Untuk part I, (https://iiumc.com/aku-seorang-planter/).
Assalamualaikum dan salam sejahtera. Hai, aku J. Alah… yang tulis Aku Seorang Planter tu. Haha. Aku dah baca komen korang. Thanks yang support. Walaupun ada sorang dua yang condemn, tapi aku tak peduli. Kenapa dalam 9 orang yang puji dan sorang yang condemn, kau kena berhabis fikir pasal yang condemn tu?
Relax. Life is too short. Kau ambil saja yang positif. Adapt benda ni dalam hidup kau. Mesti kau ceria. Orang benci kau, sebab hidup kau lebih dari dorang. Ingat tu. Tapi ini tak bermakna kau boleh berjalan dengan takbur atas bumi Allah ni. Allah benci orang yang dalam hati dia ada rasa takbur walau sebesar biji sawi sekalipun. Ingat juga tu.
Ramai yang teka aku ex-DPIM. Ya. Betul la tu. Aku ex-DPIM UITM Arau. Yang komen aku ni junior dia tu aku kenal betul. Weh, aku senior kau la. Hahaha. Batch? Memang takleh cakapla. Kena kutuk dengan kaum aku nanti. Bagi yang bertanya tentang course yang sesuai untuk join kerja ladang ni, aku recommend DPIM lah.
DPIM ni singkatan untuk Diploma in Plantation Industry Management. Ada juga colleague aku yang kerja ladang dari IPTA & IPTS lain. Tapi mostly dorang ada basic tentang Agriculture Science. Aku ada banyak sejarah masa ambil course DPIM ni. Kalau korang nak tau, aku kena buat satu lagi confession la. Panjang kalau cerita kat sini. Mesti korang nak tau pasal seniority dalam DPIM? Apa pentingnya connection dalam DPIM? Apa tu Rule No 9? Nak tau tak? Nak tau, sila vote. Hahaha.
Baik. Aku nak cerita topik ni secara santai sambil jawab soalan korang. Berbalik pada topik asal, ada reader yang tanya, “Takkan la semua best, cuba cerita cabaran dan dugaan.” Aduhhh… lemah betul soalan ni. Aku sejenis manusia yang positif lebih.
Weh.. aku bukan puji diri sendiri. Ini yang bos aku tulis dalam KPI aku. Aku hadap semua masalah aku. Jadi apa yang datang kat kau, kau hadap je. Ingat, cuma gadis sunti minta puji, anak jantan minta uji. Jadi untuk menjawab soalan, ya, Planter ni hari-hari hadap masalah. Aku cerita sikit semua masalah kat bawah dan aku harap my fellow planter tak kutuk aku. Hahaha.
Masalah manusia. Bila kau jadi Planter, kau akan hadap dengan pelbagai jenis manusia. Dari level atasan kau, sampai bawahan kau. Dari orang kampung sampai ke kerajaan. Kalau dengan atasan ni selalunya melibatkan politik tempat kerja. Bos kau lebih favour colleague kau, bos kau rasa dia sentiasa betul.
Tapi Alhamdulillah, dah 16 orang manager yang pernah aku kerja dengan dorang, takda satu pun yang perangai macamtu. Semua pun jenis masuk air macam aku jugak. Cuma bos-bos di HQ ni. Kau turun estet pun setahun sekali, tapi kau bajet macam kau tau semua benda. Kau sarung kasut boot, kau ikut aku ronda estet dalam sebulan. Aku marah ke? Haah. Bab ni aku tak reti nak positif. Haha.
Kalau orang bawahan pula, selalunya masalah sosial. Dadah, judi, arak, zina, keluarga pecah belah dan macam-macam lagila. Ini yang kau kena hadap. Dari sebesar-besar masalah sampai masalah-masalah kecil. Kes curi ayam pun aku kena selesaikan. Aku sayang pekerja-pekerja aku. Setiap kali aku pindah, pasti ada yang meleleh air mata.
Bagi aku, estet tetap berjalan walaupun aku tiada, tapi tanpa pekerja, buah sawit tu tak bergolek sendiri ke kilang. Aku pernah diacu parang di leher oleh pekerja aku. Tapi pekerja aku yang lain sempat selamatkan aku. Pekerja yang acu parang tu sebenarnya ketagihan syabu dan mabuk teruk. Esoknya dia naik ke pejabat dan menangis-nangis minta ampun.
Kalau ikut manager aku, dia suruh aku buang pekerja tu. Tapi atas nama ihsan sesama manusia, aku maafkan dia dan minta dia berubah. Alhamdulillah. Bulan-bulan selepas tu dia jadi harvester terbaik dengan gaji lebih RM3000 sebulan. Kau nampak tak power of possitivity? Hahaha.
Masalah dengan masyarakat sekeliling ni banyak terjadi masa aku kerja dekat satu negeri tu dulu. Orang kampung sangat anti dengan pengurusan ladang. Setiap keping tanah yang estet guna untuk lalu keluarkan buah kena bayar cukai/tol. Ketua kampung pula asyik memaksa pihak ladang terima anak jati kampung tu untuk kerja di estet kami. Aku stress betul masa tu.
Untuk ambil hati, aku recruit juga 2 orang budak kampung tu sebagai driver tractor. Tak lama lepas tu, aku dapat tangkap 2 orang ni seludup baja ladang dan jual pada orang kampung. Ketua kampung tu rupanya yang jadi dalang. Atas pengalaman yang aku belajar dari senior-senior aku, aku tau benda ni bukan boleh main serbu saja.
Jadi aku kena kumpulkan bukti secukupnya. Bila cukup bukti, aku jemput ketua kampung dan 2 orang driver aku ni ke office dan aku bincang masalah ni. Aku present pakai Power Point semua bukti-bukti tu. Power tak? Ketua kampung tu tak mengaku, aku present pula bukti audio dan video.
Bila aku cakap aku nak bawa bukti tu ke balai, baru dia mengaku dan minta kes tu selesai cara baik. Bos aku berkeras nak hantar ke balai, cuma aku rasa bukti ni boleh digunakan sebagai leverage. Aku minta semua cukai/tol hapus dan aku taknak 2 orang tu kerja lagi dengan aku. Akhirnya selesai masalah-masalah aku. Rasanya sampai sekarang bukti tu masih tersimpan kemas dalam peti besi office tu.
Kalau masalah dengan kerajaan ni selalunya melibatkan birokrasi. Benda macam ni aku tak minat. Untuk dapat lesen ko kena hantar hadiah pergi pejabat dorang. Payung main golf satu flight. Samada kau memilih untuk layan birokrasi tu atau kau ambil jalan mudah.
Selalunya aku layan je birokrasi dorang. Terhegeh-hegeh usung fail naik turun tangga pejabat dorang. Bos aku yang selalu layan jalan mudah tu. Tapi jangan risau, walaupun bos aku yang layan, bukti-bukti resit atau gambar-gambar, masih aku simpan.
Kerja estet ni best cuma kau kena pandai handle stress kau. Selalunya estet ni jauh dari bandar. Barang keperluan ni kau kena beli bulk untuk seminggu. Tapi ada juga estet yang dekat dengan bandar. Masalah line telefon juga satu isu kepada sesetengah estet. Tapi selalunya kawasan perumahan estet ada connection internet ni. Macam yang tanya “ Kalau 40,000 hektar berapa banyak signal tower kena buat?”.
Okay macam aku cakap sebelum ni, benda macam ni selalunya Planter dah study. Kawasan mana yang betul-betul perlukan connection internet? Selalunya office dan perumahan la. Pokok sawit tak perlu tengok Youtube untuk tumbuh. Jadi kawasan kebun selalunya tiada liputan internet.
Jadi kalau jadi emergency macamana nak berhubung? Bagus. Aku tanya, aku jawab. Hahaha. Selalunya ladang yang luas ni ada sistem komunikasi walkie talkie sendiri. Dari mandur sampai ke bos besar ada walkie talkie. Kalau kes kecemasan, kami pasti akan respon secepat mungkin walaupun tengah memerut.
Ada satu kisah menyayat hati jadi pada kawan baik aku sendiri masa kami sama-sama kerja di sebuah ladang di Kalimantan. Ladang ni baru dibuka, jadi kemudahan yang ada sangat asas. Hanya ada rumah, elektrik dan air. Line telefon memang tiada. Hari Selasa, aku ingat lagi bila kami bangun pagi tu, dia cakap “Aku sangat tak sedap hati hari ni”.
Macam biasa, kami teruskan kerja membuka ladang dan waktu rehat tu dia suarakan lagi rasa tak sedap hati dia. Aku ajak dia keluar ke bandar hujung minggu tu untuk tenangkan fikiran. Hari Sabtu petang, kami keluar ke bandar. Dalam 5 jam drive macamtu, sampai tempat ada line, menderu SMS. “Angah, mak tenat.”
Sesaat kemudian. “Angah, mak nak jumpa angah.” Berbunyi lagi, “Angah, mak nak cakap dengan Angah.” Kawan aku mula meleleh air mata. “Angah, mak dah tiada. Mak cakap mak rindu dekat Angah.” Kawan aku menjerit Allahuakhbar kemudian pitam. Aku pun dah blank nak buat apa. Terus aku drive ke bandara (airport) dan beli tiket on the spot dan hantar dia balik kampung.
Aku puji kawan aku ni. Lepas seminggu dia datang kerja balik dan teruskan kerja macam biasa. Jangan salah faham, kawan aku ni anak yang baik. Sebelum mak dia meninggal, dia buatkan rumah untuk mak dan adik-adik dia. Aku tau apa dalam hati dia. Kalau kau ada kawan yang kerja planters ni, kau boleh tengok betapa kental hati dorang. Al-Fatihah untuk almarhumah. Kau sedih tak? Relax. Mati itu pasti, hidup Insya Allah.
Bila sebut pasal kematian ni, ada juga kes beberapa planters kena bunuh semasa kerja. Kalau korang masih ingat ada kes planter kena sembelih depan anak isteri di Pahang. Planter ditikam menggunakan spike loading di Johor. Kalau kau ada rasa nak jadi planter, atleast kau isi la badan kau tu dengan ilmu tempur. Kau berdepan dengan banyak bahaya yang kau tak sangka bila kerja dalam estet ni.
Masalah lain dalam ladang ni antaranya melibatkan bencana alam. Terutamanya banjir lah. Pernah satu ketika ladang aku dilanda banjir besar. Hampir semua kawasan rendah ( dalam 70% ) tenggelam. Pengeluaran buah tetap perlu diteruskan. Kau taknak kena maki dengan bos kau masa muster. Jadi aku ambil inisiatif buat rakit dan hantar harvester ke kawasan tu. Rupanya senang lagi harvest buah sawit ketika banjir.
Lepas kau potong, buah tu jatuh dan terapung. Kau tinggal kena paku dan ikat tali kemudian tarik ke kawasan me-loading. Biji yang luruh pun kau tinggal kaut dan masuk ke dalam guni. Aku paling suka banjir. Selain aku sendiri akan turun dan ikut pekerja aku bekerja, aku akan suruh staff aku pasang jaring.
Habis kerja atau waktu rehat, aku akan bakar ikan yang kami dapat dan makan bersama-sama pekerja. Bonding time yang macamni pekerja suka sebenarnya. Dorang santai nak luah apa-apa masalah. Tapi jangan terlalu rapat sangat la, takut ada yang nak buat menantu nanti. Haha.
Satu benda yang mungkin dianggap masalah lagi adalah masa. Macam yang korang boleh baca dalam komen-komen tu, ada isteri yang terpaksa PJJ dengan husband planter dia. Ya. Masa yang kami guna untuk kerja di ladang ni hampir 24 jam. Macam aku cakap sebelum ni, kalau jam 2.00 pagi pekerja kau ketuk pintu rumah bagitau yang isteri dia sakit nak bersalin, bukan kau boleh cakap kat dia suruh tahan dulu. Jam 8 esok baru pergi hospital.
Kau kena ambil tanggungjawab tu. Kau sebagai planter jadi pemimpin untuk pekerja kau. Aku paling tak suka time closing account atau buat bajet. Sebab masalah sistem, kau terpaksa tercongok di office sampai subuh. Ada colleague Planter aku yang terpaksa usung anak bini ke office untuk pastikan kerja tu siap on time. Tapi kau kena ambil positif la.
Setiap kali hujung bulan time closing atau buat bajet baru, aku atur buat makan. Collect dana sorang sikit. Yang bawa anak, aku kurung dalam bilik meeting, pasang projector, buka cerita kartun. Takda la mak ayah dorang rasa tak selesa fikirkan anak bini makan ke tidak dirumah.
Aku faham semua kerja ada masalah tersendiri. Cuma kau perlu pandai hadap masalah kau. Kau layan saja masalah tu. Kau perlu bijak ambil keputusan. Dalam 10 orang, 9 yang setuju, kau mesti jadi 1 yang tak setuju. Kau kaji dari pandangan minoriti sesuatu masalah tu. Apa-apa kerja sekalipun, kau dianggap hebat bila kau mampu tackle sesuatu masalah. Tak semua estet macam yang aku cerita.
Setiap syarikat ada culture atau budaya kerja sendiri. Dah 5 syarikat aku serve, masing-masing ada cara sendiri. Nak pulak kalau kau dapat bos yang Baby Boomer Planters. Fuhhh… ada azab special. Kalau korang nak tau pasal Baby Boomer planter, Gen-y planter dan Millenial planter ni, aku cerita kat bab lain pulak la. Panjang dah aku taip ni. hahaha. Yang mana soalan yang belum aku jawab tu, nanti la aku jawab. Kalau korang nak la. Nak ke tak? hahahaha.
Oh ya.
PROUD TO BE PLANTERS!
– John Johny Johnathan (Bukan nama sebenar)
Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit