Tersepit Di Tengah

Assalamualaikum. Nama aku Anis, sudah berkahwin & mempunyai seorang cahaya mata. Kami sekeluarga bergantung hidup pada suamiku seorang kerana aku hanyalah seorang surirumah sejak melahirkan anak.

Dipendekkan cerita, sudah masuk 6 bulan abang dan kakak iparku menumpang di rumah kami. Ceritanya begini. Dahulu hampir 10 tahun abang aku bekerja gaji besar di seberang tambak manakala kakak iparku pula hanyalah surirumah sepertiku. Mereka menyewa di sebuah kondominium dan hidup mereka selesa.

Akibat penat berulang alik ke tempat kerja dengan jem setiap hari, abang ambil keputusan untuk berhenti kerja. Alasannya juga nak lebih masa untuk beribadat dan family lebih2 lagi kakak ipar tengah sarat mengandung pada ketika itu.

Malangnya sepanjang bekerja, abang tak pernah ada saving untuk hal2 emergancy. Lebih kurang sebulan dia menganggur dan akhirnya kawan baik dia sendiri offer untuk bekerja dengannya sebagai tukang rumah.

Namun, setelah 2 bulan abang diberhentikan atas konflik yang berlaku antara dia dan kawan baiknya (aku tak pasti konflik apa). Maka, abang kembali menganggur dan hidup dengan saki baki gaji2 dia yang masih ada.

Waktu tu, dia masih menyewa di kondominium tersebut dengan harga RM900/bulan. Bayangkan bagaimana dia hidup dengan saki baki gaji yang ada dengan nak bayar sewa dengan nak bayar loan kereta Alza lagi.

Rumah aku dengan abang tak jauh. Lebih kurang 10minit jaraknya cuma rumah aku hanyalah sebuah flat lama yang mempunyai 3 bilik kecil. Aku selalu datang ziarah bawak makanan sebab tahu mereka sedang struggle untuk hidup. Masatu abang beritahu nak pindah rumah lain yang lebih murah, sambil2 cari kerja baru.

Akhirnya dia dapat kerja di tempat baru dengan gaji yang cukup sikit berbanding gajinya waktu kerja di seberang tambak sana. Masatu, dia beritahu yang dia kena keluar dr kondominium tersebut atas sebab tak mampu nak bayar sewa.

Jadi aku andaikan yamg dia dah jumpa rumah sewa baru untuk mereka diami memandangkan bulan yang sama tu kakak ipar bakal melahirkan. Namun, jauh terpesong andaianku.

Abang beritahu yang dia nak sewa bilik rumah kakak isterinya (kakak kepada kakak iparku) jika mereka diizinkan. Masatu aku tak tahu kenapa hatiku tergerak nak bagi abang tumpang rumah kami buat sementara waktu. Masatu suamiku izinkan dan tiada masalah bagi dirinya. Jadi, sebelum kakak ipar bersalin, mereka pun pindah ke rumahku bersama barang2 rumah mereka.

Rumahku yang kecil bertambah kecil dan sesak dengan barangan mereka. Tapi tidak mengapalah kerana kami hanya mahu beri tumpang buat sementara waktu. Jadi apalah salahnya untuk kami bertahan buat sementara waktu. Masatu definisi “sementara waktu” kami hanyalah setakat 3-6 bulan sahaja kerana bagiku cukuplah untuk abang simpan duit buat deposit rumah sewa baru.

Andai mereka masih tidak cukup wang, ibu dan bapa kami sedia menerima mereka di kampung memandangkan tiada siapa lagi dirumah. Jadi sekurangnya dapatlah kurangkan bosan ibu dan bapa bila abang dan kakak ipar tinggal bersama.

Namun cadangan dan pertolongan itu ditolak mentah2 oleh kakak iparku dengan alasan “nanti abang naik lemak”. Entahlah. Hampir setiap kali ibu call abang, ibu akan offer benda yang sama sebab ibu sendiri faham yang aku pun perlu privasi untuk rumah tanggaku.

Kini dah genap 6 bulan mereka menumpang disini dan sudah 3bulan kereta Alza abang ditarik. Abang tak punya motor, jadi abang dan suami akan bergilir ke tempat kerja menggunakan motor atau kereta suami.

Memandangkan dah lama sangat, maka suamiku pun mula risik2 bila abang nak cari rumah sewa. Jawapannya “takda duit lagini”. Aku dan suami hanya mampu diam, serba salah semua ada. Nak ditelan mati emak, nak diluah mati bapak. Begitu lah ibaratnya.

Kami tidak pernah meminta dia duit sesen pun untuk bantu menanggung sewa rumah, bil2 api air termasuklah perbelanjaan dapur. Andai dihulur, kami terima. Andai tidak, kami biarkan kerana kami mahu dia saving untuk cari rumah lain kerana rasanya dah lebih limit “sementara waktu” tu.

Hal tumpang menumpang ni hanya diketahui oleh family belah aku sahaja. Family belah suami tidak tahu kerana mereka tidak pernah datang ke sini Memandangkan mereka jauh di utara. Kami yang selalu balik ke sana bila cuti panjang.

Sekarang tengah musim cuti sekolah. Family suamiku berhajat untuk bercuti ke Jb dan menetap disini sehingga tamat cuti persekolahan memandangkan ibu dan ayah mertua ku bekerja sendiri. Katanya nak berjalan ke selatan pula memandangkan asyik kami sahaja yang ke sana.

Bila macam ni aku dan suami jadi buntu. Apa tindakan yang wajar untuk kami ambil. Rumah kami bilik semua dah full dan ruang tamu hanyalah kecil. Dimana family suami nak tidur nanti? Selesakah mereka jika mereka tahu ada penghuni lain dalam rumah ni? Apa pula kata ibu mertua bila tahu perbelanjaan semua suamiku yang tanggung?

Puas aku fikir. Katanya nak datang minggu depan tapi sampai ke saat ni kami masih belum beri jawapan. Aku risau jika family suami fikir kami tidak mahu menerima kedatangan mereka. Dalam masa yang sama, aku takut mereka jadi tidak selesa bila sampai disini.

Perlu ke aku halau abang dan kakak ipar time2 macam ni? Seperti kejam nampaknya kerana aku tahu duit abang tidak pernah cukup. Apa perlu aku buat. Atau aku dan suami yang perlu pulang ke utara? Tapi masalhnya hujung tahun mcmni memang susah nak dapat cuti memandangkan annual leave suami pun sudah kosong. Tolong aku..

– Anis (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *