Jauh Beza Bagaikan Langit dan Bumi

Alhamdulillah, syukur ke Hadrat Ilahi kerana DIA masih memberi peluang kepada insan yang hina dina ini untuk merasai segala nikmat kurniaanNya yang tidak terkira luas dan besarnya.

Saya memulakan penulisan ini dengan ucapan salam dan sejahtera,

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh warga pembaca sekalian, awalnya aku ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada pihak IIUM Confession kerana sudi menyiarkan confession aku yang tidak seberapa ini, serta tidak lupa juga kepada para rakan pembaca yang sudi untuk ‘mendengarkan’ luahanku yang sudah lama terperuk dalam jiwa dan mindaku.

Okey, dalam coretan ini, aku ingin berkongsi serba sedikit pengalaman aku yang tidak seberapa ini namun harapnya ia mampu membuka mata dan pemikiran segelintir kelompok terhadap isu ini.

Sebagai manusia biasa kita tidak bebas daripada ujian-ujian hidup yang mendatang hinggakan kadangnya mampu melunturkan semangat juang jiwa insaniah, namun tiada cara lain yang dapat kita lakukan adalah dengan harus sentiasa bersedia untuk mengharunginya meskipun ia amat pahit dan amat berat.

Berbalik kepada kisahku, aku merupakan seorang pelajar di sebuah IPTA, dan aku menetap di dorm pelajar bersama 6 orang roommate ku kesemunya.

Kesemua mereka amatlah baik terhadapku, namun ada ketikanya aku boleh menjadi seorang yang loner dan pendiam, dan kadang-kadang aku juga ada merasakan yang aku tidak boleh masuk dan ‘kekok’ untuk bergaul dengan mereka, bagaikan terdapat suatu benteng yang menyekatku setiapkali aku ingin beramah-mesra dan berbaik-baik dengan mereka.

Bukan aku tidak mahu untuk mencuba berbaik-baik, tetapi aku tidak mengerti bagaimana dan dari mana untuk aku harus bermula? Dan kerap kali juga aku terperasan pada saat kami berkumpul bersama (khususnya, sewaktu aku ada bersama) masing-masing bertukar menjadi janggal.

Walhal pada awalnya suasana begitu ceria, kemudian suasana yang gegak-gempita pada mulanya mula bertukar menjadi sunyi-sepi, masing -masing mati akal bagaimana untuk bereaksi dan act waktu tu.

So perkara ni memang seakan-akan kelihatan remeh-temeh guys tapi ia memang boleh mempengaruhi hubungan baik kau dengan roommate2, dan mesti ada yang mengatakan bahawa perkara ni bergantung atas persepsi masing2, dan dengan anggapan, kau je yang fikir lebih walhal orang lain tak fikir macam tu pun.

Siapa yang kata macam tu please jadi lebih peka lepas ni. Ni berkaitan ilmu psikologi guys, manusia ni makhluk yang complicated dan sukar difahami, kita tak akan pernah benar2 memahami mereka. Kadang zahir nampak macam biasa saja tapi dalam lubuk hati terdalam siapa yang tahu ?

Roommate aku semua mereka boleh dikatakan memang agak akrab antara satu sama lain, dan hubungan pun dah macam adik-beradik . So, kadang2 time mereka tengah bergembira tu aku akan lebih lebih memilih untuk bersendirian dan membuat hal aku sendiri. Aku nak biarkan mereka menikmati saat bahagia bersama2.

Namun, jangan silap ya, sikap aku yang suka bersendirian ni tak bermakna yang aku ni seorang anti-sosial, tetapi aku ni memang seorang tidak begitu arif dalam bab2 nak memulakan komunikasi dengan orang sekeliling yang aku kira tidak sebegitu dekat dengan aku.

Namun hanya ada beberapa insan tertentu je yang boleh membuatkan aku secure dan opened untuk share hal2 peribadi aku dengan mereka, dan mereka ni dah tentunya memahami karakter aku yang sebenar.

So, untuk menjamin keharmonian kami bersama, maka pendekatan yang aku ambil ialah dengan tetap berbicara dan menegur satu sama lain seperti biasa tapi hanya sekadar berkaitan tentang perkara2 dasar sahaja dan tidak lebih.

Sekarang ni, aku try untuk improve diri aku sendiri jadi lebih baik, aku tahu sebagai seorang roommate aku mempunyai begitu banyak kekurangan, jelas tampak aku seorang yang pentingkan diri sendiri sebab aku selalu membuat hal aku sendiri dan membuatkan diri korang rasa macam tak wujud sama sekali.

Tapi percayalah aku tak berniat sebegitu sama sekali terhadap korang. Walaupun kadang2 tu nampak aku layan korang macam korang tak wujud tapi aku tetap sedar yang aku ni manusia biasa yang memerlukan untuk korang memahami aku, aku pun dalam masih proses untuk memahami dan mengenal korang semua.

InsyaaAllah aku try, untuk membiasakan diri dengan lifestyle korang dan terima korang seadanya. DOAKAN AKU UNTUK TERUS KUAT, SABAR DAN BERTABAH ya guys.

Kepada sesiapa yang mengalami hal yang sama, aku harap korang selalu berfikiran positif dan bersangka baik dengan dengan mereka tu, walaupun kadangkala kesabaran kita agak teruji dengan kerenah2 mereka.

Mungkin mereka turut berdepan dengan situasi yang sama walhal berkemungkinan mereka juga masih dalam proses untuk lebih mengenali diri kita , mereka pun perlu diberikan masa dan peluang seperti kita. Setiap orang perlu diberikan peluang guys untuk improve diri sendiri.

Sekian sahaja kalam daripada saya, terima kasih kepada para pembaca sekalian. Moganya penulisan ini mampu menyuntik manfaat dan kesedaran dalam diri kita dan saya ingin memohon maaf sekiranya terdapat keterlanjuran perkataan dan bahasa sepanjang proses perkongsian kisah ini.

– Jefryy D. (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *