Aku Seorang Planter V

Untuk part I, (https://iiumc.com/aku-seorang-planter/).

Untuk part II, (https://iiumc.com/aku-planters-2-masalah-problem/).

Untuk part III, (https://iiumc.com/aku-planters-iii/).

Untuk part IV, (https://iiumc.com/aku-planters-iv/).

Assalamualaikum dan salam sejahtera. Geng! Dah episod 5. Korang tak bosan ke? Hahaha. Bagus-bagus. Ini intention aku. Saja nak larikan korang dari baca benda mengarut. Aku cuba selitkan benda-benda ilmiah sikit biar General Knowledge korang terisi sikit.

Aku perasan ramai bini-bini planters komen. Weh, korang takde keje eh? Masak cepat. Tok laki balik nak makan kejap lagi. Hahaha. Rajin korang tag laki korang ye. Aku harap bila korang yang mana bread winner dia seorang planter, faham situasi kerja suami atau ayah korang.

Stress. Macam-macam kena handle. Pagi-pagi buta dah keluar kerja. Matahari dah terbenam baru balik. Keluar tak jumpa matahari, balik pun tak jumpa matahari. Treat dorang nicely. Mungkin dorang ni tak pandai nak terangkan apa dorang rasa, so aku bantu korang untuk terangkan apa dorang rasa.

Untuk sesi Q&A hari ni aku nak jawab soalan brader Aqran Kamal. Relax brader. Jangan dok cemuih dulu buat ladang ni. Kita buat dia jadi best. Soalan pasal racun ni memang best. Aku elaborate panjang sikit. Aku tak nak cerita tentang organochlorine atau organophosphate. Aku ambil yang mudah-mudah dulu. Untuk meracun, kau kena tau dulu fisiologi tumbuhan tu. Kau tau tak senduduk bulu atau Clidemia Hirta ni ada dalam list “100 Worst Global Invasive Species Database”.

List ni dibuat oleh International Union of Conservation Nature. Adakah perlu panik? Sit back and relax bro. Aku jawab soalan kau. Clidemia ni kau spray saja pakai Triclopyr atau Metsulfuron-methyl. Kalau pakai Triclopyr, recommended rate satu hektar pakai 1.5 liter. Kalau Metsulfuron-metyl, recommended rate satu hektar pakai 150 gram.

Triclopyr dan Metsulfuron-methyl ni nama untuk active ingredient. Kalau nama yang dia guna untuk jual di kedai, Triclopyr ni guna nama Garlon, Kenlon dan lain-lain. Metsulfuron ni guna nama Ally, Kenlly dan lain-lain. Baca label sebelum guna.

Untuk bancuhan, kau kena tengok jenis pam racun yang kau guna. Walaupun ada manual, tapi kami as planters lebih suka buat calibration sendiri. Ini untuk elakkan overkill which is akan rosakkan tanah dengan excessive chemical. Yelah, kalau kau boleh matikan orang sekali tikam, buat apa kau nak santau, tikam dan buat smackdown kat dia. Tikam sekali cukup la. Hahaha.

Aku minta maaf sebab aku tak pernah guna mistblower untuk buat spraying sebab aku selalu gunakan Conventional Knapsack Spray. Orang kampung aku panggil pam kocok. Tapi basic calibration tetap sama. Calibration sangat senang. Dapatkan berapa recommended rate untuk 1 hektar. Spray volume 1 hektar. Saiz tangki pam racun.

Contoh aku bagi. Racun Tryclopyr. Recommended rate 1 hektar adalah 1.5 liter. Spray volume adalah 50 liter sehektar. Saiz tangki pam adalah 16 liter. Pengiraan dia, 1.5 liter bahagi dengan 50 liter kemudian darab dengan saiz tangki iaitu 16 dan kau akan dapat 0.48 liter. Jadi untuk satu pam racun, kau isi air 16 liter kemudian racun triclopyr 0.48 liter. Ingat bro. Pakai PPE. Jangan merokok.

Kau nak tau apa racun triclopyr mampu buat? Ini sejarah okay. Sapa bosan, boleh skip. Jap aku panggil saka sejarah aku masuk. Brrrr… Semasa Operasi Ranch Hand dalam Perang Vietnam antara Viet Cong dengan USA antara tahun 1961 dengan 1971, triclopyr dikenali sebagai Agent Orange. Seperti yang kita tau, USA ni bukan power sangat dalam guerilla warfare ni. Setiap ambush atau contact dengan Viet Cong ni, dorang kalah sebab terrain hutan yang dorang tak biasa. Viet Cong ni pula ada tunnel system bawah tanah yang sophisticated.

Macam mana cara USA ni buat? Dia bancuh Agent Orange ni dan spray di hutan-hutan Vietnam. Dorang pikul pam ke? Aku tak tau la kalau terdetik soalan tu dalam kepala korang. Bingai juga. Hahaha. Tak. Dorang buat aerial spraying pakai Huey & UH-1D Chopper dan Provider Fair Child C-123. Huey & UH-1D tu helikopter, Provider tu kapal terbang. Ko tau apa dorang panggil? The Rainbow Herbicide.

Apa jadi? Hutan dan kawasan pertanian di Vietnam terjejas teruk. Untuk tahun 1966 sahaja, rekod menunjukkan lebih 6500 kali mission flight dibuat. Paling teruk long term effect. Chemical residue tu menyebabkan lebih sejuta rakyat Vietnam cacat. Sebab tu dorang menang main bola lawan Malaysia dekat SeaGames baru ni. Eh tak. Cilaka btul saka sukan aku ni. Tak menyabar.

Adakah ini pertama kali herbicide digunakan? Tidak. USA belajar dari British tentang Agent Orange semasa Malayan Emergency tahun 1950-an. Motif aku cerita? Pakailah PPE untuk keselamatan anda. Faham tu skuad?! Saka tentera aku kacau pulak. Hahaha.

Hari ni aku nak cerita pasal “Work like a bull, live like a king”. Aku start kerja di company yang sangat best. Golden Hope Plantation. Dia punya benefit, aku taktau nak kira macamana. Sakit dia bayar. Anak kau sekolah dia bayar sampai umur 18. Spec mata kau rosak, buat baru dia bayarkan. Loan company. Macam-macam lagi la. Kau ada maid sendiri. Baju kotor masuk bakul. Esok dah siap iron tergantung dalam almari.

Aku cuma cuci pinggan makan sendiri sebab dah terbiasa dari kecil. Kalau tak basuh, nanti tangan kena ketuk. Mak aku pun garang macam manager estate. Wuuu. Ini yang aku cakap live like a king. Rumah kau memang takdan merasa la berdebu. Lantai rumah berkilat. Kebun sayur kau sentiasa keluarkan hasil. Rumput rumah kau tak sempat nak panjang. Tapi kalau kerja, jangan cerita la. Member aku pernah menangis cari motor dia dalam timbunan Mucuna sebab motor dia jatuh teres. Kahkahkah.

Aku ni budak kampung. Rumah aku kat kampung masa tu rumah papan saja. Bila aku dapat posting dekat estate, aku bawak mak ayah aku datang estate tu. Berdiri la kami anak beranak depan banglo yang aku dapat. “Rumah ka istana ni?’’ Humang ai. Aku tak tau rumah ke istana.

Bilik ada 5. Bilik air 4. Master bedroom dah macam court badminton. Almari sampai ke ceiling. Dapur ada wet kitchen, dry kitchen. Belakang tu ada 2 buah bilik stor. Maid aku cerita dulu asalnya tu bilik maid dengan driver. Ruang tamu tu kalau kau bersembang, kena menjerit sikit. Punya besar. Lantai rumah tu kayu. Aku taktau bapak kayu apa dia pakai sampai ketuk pun tak berbunyi. Padu betul.

Walaupun dah banyak kali aku praktikal kat estate masa aku ambil DPIM dulu, tapi ni la pertama kali aku masuk rumah macamtu punya besar. Aiinaa.. sandi ni kalau tinggal sorang. Tak lama, senior aku di Arau dulu, datang jenguk aku. Dia ni satu estet ngan aku. Cuma dia di Main Division. Aku tanya la apsal rumah aku besar sangat. Rumah pelawat ke ni. Dia cakap estate yang establish zaman kolonial memang macamtu rumah dia. Rumah aku ni kira kecil la. Dia bawa aku pusing tengok Guest House dengan Banglo Manager. Mak… Macam muzium punya besar.

Benda paling lucu time aku nak mandi. Mana la aku pernah mandi bilik air ada bath tub. Punya la batak aku time tu. Fefeeling orang putih. Mau dekat sejam aku berendam. Patutla orang putih suka mandi berendam. Best rupanya. Dulu di kampung, aku berendam dalam tali air sawah atau sungai ja. Hahaha.

Tapi bukan semua rumah estate macamtu. Aku pernah kerja satu company di selatan semenanjung. Aku decide nak pindah sebab aku nak knowledge pasal jungle clearing. Kau boleh kira berapa kerat saja planters yang ada pengalaman jungle clearing ni. Lepas aku rasa aku dah ada basic replanting sawit, aku cakap kat diri aku, aku kena cari ilmu pasal jungle clearing. Aku dapat info ada company nak buka tanah hutan untuk jadikan ladang sawit. Aku join.

Kau tau rumah apa aku dapat? Container 20 kaki. Ya. Macam kontena ko tengok dekat Port Klang tu. Kontena tu dia letak atas kaki konkrit tinggi dalam 5 kaki. Kontena tu dia letak dekat kaki bukit. Depan rumah aku tu ada anak sungai mengalir masuk kolam. Seberang sungai ada kongsi pekerja kontrak. Tandas? Awal-awal tu aku pakai tandas open ja. Hahaha. Tak lama tu aku buat tandas yang proper sikit la. Takdela bintat bontot aku kena gigit nyamuk kalau memerut malam-malam. Hahahaha.

Struggle betul aku time tu. Kalau musim hujan, banjir. Kalau musim kemarau, air minum pun xda. Pekerja kontrak okayla sebab taukey dorang akan hantar bekalan makanan setiap kali dorang hantar diesel atau part machineries. Lagi pun dorang ada tukang masak. Aku? Aku bertabah je la. Kekadang kalau dorang ada masak special, dorang panggil aku join dorang.

Kau mesti tanya kenapa aku tak keluar. Meh aku cerita. Dari division aku ke main office jarak dia 23km. Bagi kau mungkin dekat. Tapi kalau jalan ex-jalan balak ni, memang azab la. Aku cuma akan ke main office setiap hari sabtu untuk update progress. Bila sampai main office, aku akan keluar ke Kluang, stay sana untuk habiskan weekend aku. Itu pun kalau aku rajin nak redah dari main office ke jalan tar. Tak jauh. 12km saja. Dari jalan tar ke Kluang dalam 130km. hahaha.

So aku banyak habiskan masa aku dalam hutan tu. Untuk air minum, aku ada buat inovasi sikit la. Planters mungkin familiar dengan rain water harvest. Terutamanya geng-geng Boustead. Untuk aku, aku harvest mist. Ya. Embun. Kawasan aku duduk tu sangat sejuk bila malam. Setiap pagi mesti berkabus. Dinding rumah aku ni sampai berpeluh.

Aku dapat idea seketul. Aku rembat jaring mulching di nursery dan bentangkan dekat batang kayu yang aku pacak atas bukit belakang rumah aku. Di bawah jaring tu, aku potong paip pvc supaya setiap embun yang menitik bila terperangkap dekat jaring mulching tu tak jatuh ke tanah. Hujung paip pvc tu aku pasang paip yang turun ke rumah aku. Jadi kalau aku nak minum, aku minum je la air yang dah aku tadah tu.

Bila kau dalam situasi terdesak, otak kau akan ligat berfikir. Sebenarnya kau boleh buat otak kau ligat berfikir walaupun bukan dalam situasi terdesak. Ni lah sebenarnya cara yang betul untuk guna otak kau. Hehehe. Pasal makanan aku tak risau. Pekerja kontrak tu rajin memburu. Stok daging mentah eksotik ni tak putus. Kalau bosan, aku makan ikan. Aku tangkap ikan dekat sungai depan rumah aku tu. Cuma bila rindu ayam je aku akan keluar pergi Kluang makan KFC. Takpun aku kidnap ayam yang pekerja kontrak aku tu bela.

Mesti korang tertanya aku tak takut ke duduk hutan sorang-sorang tu. Aku takut juga sebenarnya. Tapi benda ni sebenarnya kau boleh lawan. Kau pernah jumpa ke orang mati kena makan hantu? Aku tak pernah lagi. Tak tau la kalau kau pernah. Selalu juga aku kena usik dengan bunyi-bunyi.

Cara aku lawan senang saja. Kalau bulu roma aku dah meremang berdiri, aku akan jerit kuat-kuat. “Kau tunjuk muka, aku tumbuk.” Hahaha. Sampai sekarang juga la benda tu tak pernah tunjuk muka depan aku. Kalau dia tunjuk muka depan aku, mengikut mazhab sains aktuari, ada 2 kemungkinan akan berlaku. Kalau dia tak lari, aku lari la. Hahaha.

Ada satu kisah best. Satu malam tu aku tengah tidur. Sedap-sedap tidur, jam 2 pagi macamtu. Badan aku automatik jatuh dari katil dan tergolek ke penjuru tempat meja kerja aku. Tak lama lepas tu, katil aku begerak sendiri ke arah aku. Panik aku sekejap. Hilang mamai aku, baru aku perasan, rupanya kontena aku tu dah senget.

Dari luar, aku dengar gajah bertempik. Aku naik atas katil, sambung tidur. Kalau aku keluar waktu tu pun bukannya aku boleh sekeh kepala gajah tu suruh betulkan rumah aku balik. Silap-silap kalau dia smackdown aku, kenyang orang kampung aku makan kenduri arwah. Hahaha.

Kalau waktu balik rehat tengahari, aku tak boleh masuk rumah aku. Dia punya panas, sikit lagi boleh rentung dalam tu. Yela. Kontena besi kot. Kalau tengahari, aku selalu tidur bawah rumah aku. Lena betul tidur. Angin bukit. Bunyi air sungai. Tambah pulak tidur dalam buaian. Peh. Berdengkor chorr… Kebanyakkan planters rasa nikmat “work like a bull, live like a king.” Tapi situasi yang aku rasa kat atas tu lebih kepada “work like a bull, live like a bullshit.” Hahaha.

Aku perasan ada lady planter komen suruh aku update sikit sebab sekarang dah ramai lady planters. Wow. Tahniah. Tentang not only DPIM produce good planters, I’m agree with you. Alma mater apa pun yang you pegang, doesn’t change it. Cuma aku dulu belajar di Uitm. Macamana aku nak cerita pasal UPM pulak. Aduuu. BTW, bila nak join aku buat jungle clearing ni di Kapit ni? Tak luas dah. Dalam 2000 hektar je lagi. Nanti dah ready, give me a call. Hahahaha.

Nak next episode tak? Tajuk apa?

– John Johny Johnathan (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *