Perangkap 12.12

Hi semua. Demam berbelanja sempena 12.12 di shopee dan lazada baru je berakhir. Seperti tajuk di atas aku nak cerita sikit pengalaman aku yang terjebak shopping di shopee semasa 11.11 dan 12.12.

Aku lebih suka membeli di shopee berbanding lazada kerana shopee lebih banyak voucher dan free shipping yang ditawarkan. Aku seorang ibu bekerja, setiap bulan aku akan memperuntukan sedikit budget untuk perbelanjaan diri sendiri dan anak- anak seperti pakaian dan barang keperluan.

Jadi semasa sale 11.11 dan 12.12 ni la aku akan rebut peluang untuk membeli dengan harga yang murah tentunya. Sebelum ni telah ada orang share bagaimana hendak membeli di shopee kan, jadi aku cuma nak share cara penggunaan pelbagai voucher yang ada di shopee.

Biasanya untuk free shipping pada hari biasa adalah dengan pembelian minimum RM19 dan RM40. Tetapi pada 12.12 free shipping adalah dengan minimum pembelian RM12 sahaja! Lagi biasanya beberapa hari sebelum 12.12 shopee akan keluarkan limited voucher yang untuk digunakan pada 12.12. Jadi beberapa hari sebelum tu aku akan buka shopee hari- hari untuk claimed voucher yang ditawarkan seperti coins cashback.

Yang ni ada yang perlu minimum order tertentu dari RM1 hingga RM100. Ada yang khas untuk fashion item, health and beauty item, barang elektrik atau semua jenis produk. Baca term pada setiap voucher untuk penjelasan lebih lanjut mengenai penggunaan voucher tersebut.

Sebagai contoh, aku membeli pakaian anak-anak berjumlah keseluruhan RM100, kemudian semasa check out aku claimed voucher free shipping dan coins cashback 120%. Voucher ni aku dapat claimed 3 hari sebelum 12.12. Voucher ni limited,ada kuantiti tertentu, bila dh fully redeemed nanti tak dapat la claimed ya. Dengan voucher ni maka aku akan mendapat coins sebanyak 120 kali ganda daripada RM100 tu.

Biasanya RM100 akan dpt 100 coins iaitu nilainya RM1 tapi masa ni aku dapat coins sebanyak 2,200 iaitu nilainya RM22.. untung kan. Gunakan voucher ni untuk nilai pembelian yang paling banyak. Jangan guna voucher dari kedai kalau ada yang ini sebab kita cuma boleh pilih salah satu sahaja. Dan voucher ni tak boleh guna untuk pembelian susu dan pampers.

Lagi aku dapat voucher coins cashback sebanyak 12% untuk top up atau pembayaran bil. Untuk pengetahuan semua sekarang kita boleh reload dan bayar bil air,astro dan bil telefon di shopee. Setiap pembayaran dah tentunya akan dapat coins juga.

Aku bayar bil astro RM80 dan aku dapat coins sebanyak 960. Voucher coins cashback ni ada yang limited jumlah coins nya.. yang tertulis no capped tu maksudnya boleh dapat seberapa banyak coins, yang limited tu akan tertulis jumlah maximum coins yang boleh diperolehi,contoh capped 500 coins misalnya.

Jadi seperti yang aku pesan tadi baca dulu term voucher tu sebelum guna. Selepas guna voucher coins cashback tu aku membeli guna voucher yang bagi potongan duit pula.

Sebelum 12.12 tiba aku akan top up duit di dalam shopee pay atau dulu dikenali sebagai shopee wallet. Dengan cara ini aku akan lebih mudah untuk membuat pembayaran, tak perlu nak log in maybank2u yang tengah sesak dan bila berjaya log in barang dah sold out pulak. Dengan shopee pay cuma perlu masuk kan kod atau password sahaja. Mudah dan pantas.

Pada waktu ni sudah tentu la aku mula membeli tepat pada 12 malam sebab tak nak la esok pagi tengok barang semua dah sold out. Dan kebiasaanya banyak kedai yang buat sale separuh harga tengah malam sampai 2 pagi je.

Bila top up di shopee pay RM100 ke atas shopee beri aku voucher RM10 dua,satu dengan miminum order RM65,satu lagi dengan RM100. Dan voucher ini hanya boleh digunakan jika membuat pembayaran melalui shopee pay sahaja.

Selepas aku mendapat coins tadi aku membeli barangan guna voucher RM10 tu,contoh..jumlah barangan RM80,tolak voucher shopee pay RM10,kemudian tolak pula coins sebanyak 12,000 iaitu RM12,(coins terkumpul) maka aku cuma perlu membayar RM58.

Coins yang aku dapat semasa 12.12 ni nanti boleh dikumpulkan dan digunakan untuk pembelian akan datang. Semasa12.12 ni aku bukan sahaja dapat membeli dengan harga murah,potongan diskaun malah aku dapat kumpul coins berkali ganda dengan menggunakan voucher coins cashback.

Terlupa pula.. sebelum mula membeli di shopee,aku log in dulu aplikasi shopback, dan log in ke shopee melalui shopback. Semua pembelian di shopee kita akan dapat coins di shopback. Coins yang terkumpul di shopback boleh ditransfer ke akaun bank. Rate dia tak sama macam shopee, coins dia 6% dari keseluruhan jumlah pembelian,tetapi bila dikumpulkan lama-lama jadi banyak juga.

Setakat ni aku dah ada RM30 dalam shopback,cuma membeli dan dapat duit lagi.Dalam shopback ni ada banyak link pembelian online seperti agoda, book.com, lazada dan macam-macam lagi.

Tetapi.. ada jugak voucher yang merupakan perangkap atau umpan sahaja. Dah beberapa kali aku terkena sejak 11.11 hari tu, geram juga dibuatnya. Contoh, aku claimed beberapa voucher sebelum 12.12, voucher RM9 dengan minimum order RM1 sahaja.. wow.. best kan. Voucher pertama adalah kedai menjual beg Grimo.

Tepat 12 malam aku nak beli la beg dengan voucher tu sekali masa nak check out voucher tu takde. Kemudian aku tengok voucher tu dah tertulis used up maksudnya dah habis digunakan. Sebelum 12 malam, dah tak boleh claimed sebab dah tertulis fully redeemed jadi macam mana bole habis kalau aku dah claimed terlebih dahulu. Aku pun tak jadi la beli beg tu.

Selain grimo brand-brand lain yang kononnya bagi voucher RM9 tu adalah Vinda (pampers), Poney,Polo Hills..ni antara yang aku claimed la..semuanya tak boleh guna masa tu.Ada tak diantara pembaca yang dapat guna voucher-voucher tu. Esok paginya aku belek lagi vocher-voucher tu dah tertulis expired pulak padahal 12 hari bulan pun tak habis lagi.

Tulis kat situ boleh digunakan pada 12.12 sahaja tapi belum masuk 13 hari bulan dah expired. Lagi tawaran beberapa item mahal dengan harga 0.12 sahaja! Contohnya steam iron philips dari harga RM200 lebih cuma jadi RM0.12 sahaja kononya. Maka sehari sebelum tu aku pun add to cart siap-siap.

Setengah jam sebelum masuk 12.12 aku log in shopee keluar pula statement barangan yang ditawarkan dengan harga 0.12 tadi tu dah kena bid pula. Bid bermula RM0.12 katanya. Harga dalam cart pun tak berubah sama seperti sehari sebelum tu.Hmmm.. perangkap je tu nak suruh kita tertarik membeli je.

Kesimpulan nya kena pandai tengok dan memilih barangan dan Voucher yang ditawarkan. Ade yang bagus memberi pulangan ada yang tak. Siapa kata membeli online menghabiskan duit,kalau bijak dapat jimat duit dan dapat pulangan duit lagi.

Sekian sahaja coretan aku ni, harap dapat membantu pada yang tak tahu. Terima kasih admin jika sudi siarkan artikel aku ni dan terima kasih kepada pembaca yang sudi membaca.

– Miss N (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *