Aku Seorang Planter VII

Untuk part I, (https://iiumc.com/aku-seorang-planter/).

Untuk part II, (https://iiumc.com/aku-planters-2-masalah-problem/).

Untuk part III, (https://iiumc.com/aku-planters-iii/).

Untuk part IV, (https://iiumc.com/aku-planters-iv/).

Untuk part V, (https://iiumc.com/aku-planters-v/).

Untuk part VI, (https://iiumc.com/aku-seorang-planter-vi/).

Assalamualaikum dan salam sejahtera. J is back. Amacam life? Ok tak? Relax. Masalah tetap datang. Kau hadap je. Tuhan tak hantar masalah kalau kau tak mampu nak hadapi. Dia hantar untuk buat kau bertambah kuat dan bertambah rasa bersyukur.

Baik. Q&A session. Soalan pasal kerja semasa bulan puasa. Hahaha. Soalan kau ni mengundang betul la. Takpe. Aku cerita sikit. Kebanyakkan team management akan berpuasa. In fact, kami akan bagi kelonggaran untuk balik kerja awal. Tetapi bagi pekerja, kami faham juga situasi kerja dorang.

Untuk aku, aku akan bersahur dan puasa macam biasa. Tetapi kalau sampai satu tahap yang kau tahu kau dah sampai limit nak collapse, kau berbuka la. Puasa ni bukan untuk menghukum kau, puasa ni untuk tunjuk rasa bersyukur kau. Setiap kali kau tertinggal, kau ganti balik.

Pasal pembukaan tanah hutan untuk jadi ladang sawit tu aku dah jawab. Tu pun kalau korang bagi perhatian dekat apa yang aku tulis tu la. Aku cuma nak tambah yang bukan semua class hutan kau boleh buat ladang sawit. Semua bergantung kepada Enakmen Hutan 1968. Instead of blaming industri sawit, bagus kau blame pembalakkan. Balak tebang hutan, kami tanam pokok.

Ada yang komen nak anak dorang jadi planter. Baik. Cuba tanya balik hati korang part paling dalam. Betul ke kau nak? Kalau luck dorang dapat estate dekat jalan besar, mungkin kau boleh zumba tengah jalan sambil dengar lagu Bailando. Tapi kalau luck dia macam aku. Hahaha. Baik kau cari katil yang ada banyak bucu. Senang kau nak nangis. Takdelah setiap kali menangis, bucu yang sama. hahaha.

Ini kisah kawan aku. Dia pindah kerja ke Sarawak. Jadi mak dia nak tengok tempat kerja dia. Berhabis kawan aku ni cakap jangan. Siap nak sponsor mak dia ni pergi holiday ke mana-mana yang mak dia mau. Tapi mak dia berkeras jugak nak tengok tempat kerja anak dia ni. Demi taknak menghiris hati emak, anak dia beli la tiket flight ke Bintulu. Aku dan kawan aku dah standby sehari awal dekat Bintulu ni.

Bila mak dia sampai, kami bawa pergi makan. Siap tapau lagi makanan ringan. Beli stok barang dapur. Last sekali kami bawa mak dia ni pergi farmasi top up ubat darah tinggi. Sebelum jalan, aku dengar kawan aku tanya mak dia. “Mak, mak yakin tak ni? Jauh kita kena jalan ni.” Mak dia jawab, “Jauh mana sangat, dalam Malaysia jugak.” Senyum aku dengar jawapan mak dia. Ooo Yeahhh makcik. Jangan kau mintak patah balik dah la nanti.

Bermula la perjalanan kami. Sejam pertama, makcik tu tanya. Dah nak sampai ke? Anak dia jawab jauh lagi mak. Mak tido dulu. Lepas 3 jam perjalanan, kami berhenti makan. Tapau makanan. Mak dia tanya, jauh lagi ke. Kawan aku tengok muka aku, aku selamba je jawab, “Tak jauh sebenarnya perjalanan ni. Macam dari Ipoh nak ke Krabi.” Makcik tu muka dah mencerut, “8jam?”. Anak dia jawab, “Err.. bukan ikut pintu Bukit Kayu Hitam, ikut pintu Bukit Bunga. 12 jam macamtu.” Mak dia diam je.

Bila kami dah start jalan balik, aku dengar sedu-sedan dekat belakang. Aku faham juga perasaan emak ni. Tapi bila aku toleh tengok kawan aku ni, aku tgok air mata dia meleleh. Aduh… kacau macam ni. Aku bisik kat kawan aku ni,

“Aku ada ubat tidur, kau bagi sebiji kat mak kau, nanti dah sampai, baru kita bangun kan dia.” Kawan aku jawab, “Wei anjing. Emak aku tu. Kenapala kau tak offer dari tadi?”. Hahaha. Kami selamat sampai ke estate dengan selamat. Lama juga mak dia tidur. Over dose kot. Dia tak tau berapa kali kereta tu menggelongsor nak jatuh gaung. 3 kali redah sungai. Hahaha. Kau yakin ke nak suruh anak kau jadi planters?

Kerja planters ni stress. Kau hadap stress hari-hari. Kalau ladang yang dah well establish pun stress, tambah la ladang yang belum establish. Jadi untuk release some steam, planters ni kena pandai cari hobi. So, topik hari ni, hobi-hobi planters.

Cerita ni aku dapat dari kawan aku. Ada sorang planter ni. Senior planter. Minat betul memancing. Biasalah hobi memancing ni. Ramai je yang ada hobi memancing. Tapi hobi dia ni extreme betul. Dia ada satu kolam ikan yang dia buat khas untuk dia je memancing dalam estet dia. Pernah juga dia buat trip ajak assistant-assistant dia ke laut untuk memancing.

Ada sekali tu, dia tanya assistant-assistant dia. Hujung minggu apa plan. Semua assistant dia jawab dorang tak kemana-mana. Lepak di estate saja. Jadi dia ajak semua assistant dia tu pergi laut memancing. On the spot. Dorang cakap taknak ikut sebab tak ada fishing rod.

Manager ni suruh pergi rumah dia dan ajak masuk satu stor. Bila on saja lampu, dorang ni punya terkejut. Bersusun rod dekat rak. Reel ni semua ada. Yang duduk dalam kotak belum pernah guna pun ada. Mata kail saiz paling kecik sampai paling besar. Tali pancing pun ada satu rak. Batu ladung macam-macam saiz bersusun dalam kotak atas lantai.

Manager tu pilihkan alat pancing untuk assistant-assistant dia. Kau ambil ni. Kau pakai yang ni. Macam kau shopping di shopping complex tu. Dorang punya hairan. Dorang syak manager tu buat part time buka kedai pancing. Kita nak pergi jigging ni. Kau buka kotak atas tu ambil jig. Member aku tu cerita, segala umpan tiruan bersusun dalam stor tu.

Kau ambil life jacket sorang satu. Safety first. Dah siap pilih barang. Dia ajak start pasang segala barang-barang tu. Kemudian dia suruh assistant-assistant dia balik pack baju. “Aku bagi korang setengah jam. 2.30 petang tayar bergolek. Tunggu aku ambil korang di rumah.” Sharp 2.30 petang, manager tu start kutip sorang-sorang assistant dia di rumah.

Sampai di jeti, assistant-assistant ni terkejut lagi. Manager tu siap ada bot 40 kaki. Complete dengan segala alat memasak. Dorang syak manager ni buat part time jadi tekong bot. Hahaha. Dorang ni ikut manager tu siap bermalam di laut. Ikan yang dapat, sekor pun dia tak ambil. Cuma minat memancing je. Haru juga. hahaha.

Aku teringat masa di Arau dulu. Kami pun curi-curi memancing dekat kolam Uitm. Punya la seronok sebab turun ramai-ramai memancing. Macam dah berpesta. Tengah sedap menarik talapia, tiba-tiba ada pakgad tercongok hujung kolam tu. Bersepah kami lari menyorok dalam kebun kelapa. Berlari-lari bawak ikan kena pancing tu. Hahaha.

Ada satu kisah lagi yang aku teringat. Kami rembat ayam budak part 4. Bila part 4 ni kau tak payah buat share farm. Kau kena bela ayam. Kami rembat tak banyak. 7 ekor macamtu. Gemuk-gemuk ayam dorang ni. Kami suruh sorang member kami ni sembelih sebab plan nak buat BBQ kat kebun kelapa. Siap sembelih, proses semua, kami pass dekat budak perempuan ni suruh dia tolong marinade kan. Dah siap marinade, kami bakar sambil makan ramai-ramai.

Tengah-tengah makan, member yang kami suruh sembelih tu tanya,”Aku nak tanya la, kalau kita tak mandi wajib, sembelih ayam, sah tak sembelihan tu?”. Cilaka. Nak tersembur juga kami time tu. Tapi tenang je dia sambung, “Tapi takpe la, ayam ni pun ayam rembat.” Kahkahkah. Bongok tak simpan langsung ke anak cucu. Dia borong habis. Bawah bintang suwey apa la kami ni lahir dapat kawan-kawan terjal macam ni. hahaha.

Ada juga planter yang hobi dia restore kereta-kereta dan motor-motor lama. Mini Mock, Mercedez, Lada Niva, dan macam-macam lagi. Beli bangkai kereta yang tersadai, lepastu restore sendiri. Kadang-kadang bila tengok harga spare part tu macam tak masuk akal pun ada. Aku pernah tengok sorang manager ni restore Suzuki Katana lama. Masa mula-mula beli tu, lantai pun tak ada. Bila dah siap restore, dia jual. Tapi dia punya cun, macam baru keluar kilang. Mungkin sebab puas kot. Kalau aku, baik aku simpan. Hahaha.

Kebanyakkan geng Sime ni main golf. Aku dulu nyaris terjebak juga. Berangan la nak cari 1 set golf. Aku pergi la Aeon nak cari golf set ni. Dia punya harga tak boleh bawa bincang. Cancel nawaitu aku. Iron 3 sebatang pun dah beratus harga. Macamana la manager aku boleh ada sampai 4-5 set golf ni. Jenama bukan biasa-biasa. Ben Hogan, Bettinardi, Callaway, Cobra.

Tapi kalau kau ikut manager kau ni main golf, macam-macam cerita la kau dapat. Sambil main, sambil mengajar. Kadang-kadang dia buka cerita sejarah. Tu yang aku banyak dapat cerita dari dorang. Aku ni tidak lah menonjol sangat dalam plantation ni. In fact kalau korang kenal aku secara personal, aku ni pendiam.

Bangga seminit aku bila ada komen dalam FB dari orang HR kata aku bagus. In real, aku tak pernah pun kena puji. Aku suka menulis ni sebab ada dark side dalam jiwa aku yang kata aku kena tulis untuk bagitahu orang yang aku tahu juga benda-benda ni. Aku nak sebelum aku mati, orang tahu cerita aku. Hahaha.

Kau tanya la orang-orang lama dalam plantation ni. Kerja ladang ni perlukan luck. Aku pernah kerja di ladang yang visitor dia tinggi. Dalam seminggu, 2 kali wajib ada visitor. Stress. Ada sekali visitor dari HQ. Aku cuma terlupa sediakan tisu tandas. Benda tu jadi isu. Siap ada memo keluar yang kata estate tak alert dengan kebajikan visitor.

Aku reply pendek saja email tu. “F**K YOU, sincerely, J.” Ya. Impak tu besar juga dekat karier aku. takde luck. Tapi aku tak salah. Kalau dia request, aku boleh hantar. Stok ada. Tp instead of request, dia ambil pilihan untuk hantar memo. Dapatla ubat dia. Hahaha.

Bagi aku dalam dunia ni ada 2 jenis orang. Doers dengan talkers. Talker ni akan bercakap. Dia pandai bercakap. Tapi sekadar bercakap saja la. Pokpek 24 jam. Yang akan ubah dunia ni adalah doers. Dia tak banyak cakap, dia buat saja. Hayun? Hayun. Kayuh? Kayuh. Tibai? Tibai.

Apa yang datang, kita layan je. Masalah tetap datang. Ini cara untuk Allah tau yang kau ingat ke tak kat Dia. Walaupun masalah yang datang tu besar gunung, kau yakin je yang kau ni bulldozer. Selesai juga masalah tu. Kalau belum sampai masa kau mati, kau takkan mati.

Aku teringat kisah aku mula-mula buat ladang dulu. Selalunya aku akan masuk hutan dengan staff aku. Kebetulan hari tu staff aku sakit. Jadi nak tak nak, aku kena masuk juga sorang-sorang sebab kontraktor dah nak masuk start kerja. Aku usungla GPS Trimble tu start mark kawasan. Bila matahari dah naik dalam 2 galah tu, aku start lapar. Aku pun keluarkan dapur, start masak Mee Sedap.

Tengah masak tu, aku dengar harimau mengaum dari atas bukit, tempat aku park kereta aku. Ahh.. Bala sudah mari. Aku cari pokok kayu yang agak besar banir dia tu, aku duduk membelakangkan pokok tu. Tangan aku sebelah pegang parang, sebelah lagi sarung push dagger. Kau kena ingat satu benda mengenai harimau ni.

Harimau ni sebenarnya tak la seberani mana. Dia akan serang hendap kau. Jarang harimau serang dari hadapan. Dia akan aim leher kau dari belakang. Time tu aku dah standby dan redha dah. Aku dah hantar sms minta maaf kat mak ayah aku. Aku dah bagitau lokasi mana aku mati. Aku minta halal semua dah.

Dekat sejam aku tunggu. Harimau tu tak muncul-muncul. Mee yang aku rebus tu kembang dah tahap apa lagi entah. Tapi lapar punya pasal, aku sesah juga. Pelan-pelan aku panjat balik bukit tu. Paappp… Dari jauh, aku tengok harimau tu tengah main dengan anak dia dekat kereta aku. Balerr.. Nasib baik single cab aku ada alarm, aku tekan suis alarm sambil standby nak lari in case harimau tu lari ke arah aku.

Nasib baik, harimau tu lari ke arah lain. Cepat-cepat aku lari ke kereta dan drive balik ke office. Sampai office, aku dapat sms dari mak aku. “Dah mati ke belum?”. Hahaha. Begurau ye mak? Taknak belanja Tupperware baru dah. Biar Cik Wan tayang kat mak Tupperware Snow Flake dengan Choco Tower baru dia. Hahaha.

Nak next episode tak? Tajuk apa?

– John Johny Johnathan (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *