Assalamualaikum. Tadi terbaca confession pasal adab tetamu tu. Boleh baca confession berkenaan di sini, (https://iiumc.com/kita-tetamu-diundang-atau-tidak/).
Gatal je tangan ni nak menaip kat komen tapi tulah, ramai sangat yang mengenali saya. Demi jaga hati, kat sini jelah untuk saya luahkan.
Pasal adab tetamu tu saya memang setuju sangat. Sebab saya baru je terkena harini. Sangat menyedihkan bila saya dah siap masak berjenis2 masakan, nasi pulak masak lebih banyak dari biasa. Tunggu punya tunggu tak juga muncul. Suami dah tanya bila tetamu nak sampai.
Yelah, dah sampai waktu tengahari dan waktu makan pun. Kalau makan dulu, tetamu kesian pulak takut segan nak makan. Tapi bila kita tunggu sampai pedih2 perut, at last dapat mesej tak jadi datang.
Orang nak datang rumah takkan kita nak halang. Dah berjanji nak datang tiba2 tak jadi pula. Habis makanan banyak2 ni siapa nak makan? Nak bagi jiran? Jiran kiri kanan atas bawah semua balik kampung. Nak suruh kami makan? Tak terdaya nak perabis semua ni.
Kalau ikutkan hati rasa nak marah je tapi takpelah mungkin dia betul2 ada urusan nak elak. Tapi saya berasa sedih dan sangat terkilan bila tengok semua makanan ni bakal basi dan dibazirkan macam tu je.
Jangan tanya kenapa tak sedekah je. Sekarang ni cuaca tengah hujan dan musim banjir, saya memang tak de hati nak keluar rumah. Memang nak memerap je kat rumah.
Selalu tengok orang je jadi mangsa, sekarang bila kena kat saya. Allahu, kena jugak kat aku. Saya ni suka sangat terima tetamu. Kalau boleh nak masak grand2. Memang niat nak bagi tetamu kenyang, puas hati dan tak jemu kerumah kita.
Bila jadi gini, tawar dah hati saya nak terima tetamu. Tetamu memang bawak rezeki, tapi apa yang berlaku harini mungkin bukan rezeki saya. Dahla tengah bulan, beriya saya shopping sekali tak jadi pulak nak datang. Dahtu tak maklum awal tak jadi.
Apa yang saya mampu buat harini hanyalah bersabar sahaja. Sabar jelah. Tapi saya takde pulak niat nak balas balik apa yang berlaku harini. Cumanya beri pengajaran kat saya, tunggu tetamu datang rumah dulu baru pum pam pum pam kat dapur.
Pada tetamu2 yang datang rumah saya, awak tak perlulah susah2 bawa apa2 untuk kami. Cukup awak datang, berbual-bual, gelak2 dan makan kenyang2 kat rumah saya pun dah cukup.
Kalau nak tumpang tidur pun, InsyaaAllah kami sediakan fasiliti yang hampir selesa buat awak sekeluarga. Saya tak perlukan balasan apa2. Awak datang rumah pun dah 1 rahmat.
Cuma tolonglah, kalau tak jadi datang tolonglah maklum awal2 supaya saya tak buat sebarang pembaziran.
Kecewa sangat,
– Murung (Bukan nama sebenar)
Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit