Assalamualaikum wbt. Aku ni umur dah hujung asar nak masuk maghrib dah. Sikit lagi nak jejak ke Isyak. Tapi tak kahwin-kahwin.
Aku percaya jodoh dan pertemuan tu aturan dan rancangan Allah swt tapi tetap sebagai manusia biasa , aku ada sikit rasa upset dengan mak dan abah aku sendiri. Kedua-dua orang tua aku memang bermatian-matian tak bagi aku kahwin.
Asalnya aku memang ada boyfriend dari 2011 lagi walaupun hubungan tu on-off sebab mak dan abah tak restu tapi kami baik tak ada masalah dan tak gaduh. Dia pun tahu mak abah aku tak suka dia tapi dia tak tahu kenapa. Banyak kali dia tanya apa salah dia?, kenapa mak abah you tak suka i?, apa i dah buat?, kelu aku tak tau nak jawab apa.
Alasan mak dan abah aku sebab katanya masa mula-mula jumpa dia orang dah tak berkenan kat boyfriend aku tu. Lepas tu abah aku pulak cakap dia dah jumpa ustaz, ustaz cakap aku ni kena guna-guna dengan boyfriend aku.
Untuk puaskan hati mak dan abah, aku kawan je ramai-ramai sebab aku cakap dalam hati, okay mungkin boyfriend aku tu bukan jodoh aku sebab mak dan abah tak restu. Macam-macam orang dah aku kenal, macam-macam perangai dah aku hadap.
Yang jenis suka minta selfie malam-malam buta memang aku block je terus sebab aku geli. Yang jenis kaki clubbing pun aku stop berkawan. Yang jenis tangan suka merayap dalam kereta pun aku stop berkawan. Alih-alih aku akan beralih balik pada boyfriend aku.
Niat awal kenal yang lain-lain tu sebab aku tahu hubungan aku dengan boyfriend aku memang tak direstui. Tapi penyudahnya aku teruskan jugak dengan boyfriend aku walaupun tahu tak dapat restu.
Sebenarnya aku tahu, mak & abah aku tak suka dia sebab dia orang kampung belajar tak tinggi. Tak ada diploma, tak ada ijazah. Cuma ada sijil kemahiran dalam bidang elektrik. Aku ada master dan aku tahu sangat memang itu reason nya sampai mak & abah cakap aku kena guna-guna.
Sebenarnya mak & abah aku tak tahu, bidang kerja boyfriend aku tu pun bagus dan ada masa depan. Dia pun dah berada pada tahap kemahiran yang tinggi (aku tak tahu sangat level chargeman ni apa tapi yang aku tahu dia dah ada BO11kv dan sekarang dalam proses nak ambil 33kv).
Biasalah mak & abah aku dua-dua pesara kerajaan, orang kerja government paham-paham jelah. Fikiran mak & abah aku tu entah lah. Susah sangat aku nak tune. Dorang memang berkeras tak bagi aku kahwin padahal aku ni dah nak senja dah.
Masa pergi umrah, ada seorang mutawif ni dia berkenan kat aku nak buat menantu, mak memang suka la sebab anak mutawif tu Doktor. okay aku pun ikut lah kehendak mak. Mak beriya-iya nak bagi nombor telefon aku, okay lah, bagi lahh mak.
Lepas tu Doktor tu pun whatsapp lah aku. Ber whatsapp lah kami berdua sampai la dalam nak masuk sebulan lebih macam tu. Nak dijadikan cerita, dia ni duda. Mutawif tu ada bagitau mak, anak dia ni duda. Pastu dah lama duk ber texting, baru lah aku tau dia ni duda anak satu.
Aku terkejutlah jugak sebab baru tahu dia ada anak. Mungkin orang lain boleh accept duda ada anak tapi minta maaf aku memang tak boleh.
Reason why, sebab aku tak nak ada connection dengan ex wife jadi anak tu dah merupakan penghubung mereka. Jadi aku memang tak nak. Jadi hubungan tu terhenti setakat itu sebab aku memang tak nak.
Pastu cousin aku ada bagitau mak aku, ada sorang anak saudara Datuk ni nak kenal dan berkenan sangat kat aku. Mak bila dengar ‘anak sedara Datuk’ memang buntang la mata mak. Aku kenal sangat mak aku. Mintak ampun mak, bukan nak kutuk mak tapi ini kan realiti. Ampun.
Aku pendekkan cerita; dia ni kontraktor jadi kalau nak lobi projek-projek dia bawak prospek-prospek client ke kelab-kelab malam or pusat karoke, bawak perempuan-perempuan, jadi kat situ aku dah tak berkenan. So tak jadi lah jugak hubungan tu sebab, aku tak nak.
Baru-baru ni aku straight je cakap kat abah aku, aku nak kahwin dengan boyfriend aku tu. Selagi lagi abah aku cakap aku kena buatan orang, aku cakap okay jom pi berubat. Memang tak ada delay on the spot abah bawak aku pi jumpa ustaz – dia orang ustaz ya. Dua-dua ustaz tu cakap aku okay tak ada apa-apa sihat kuat.
Aku pandang abah aku sambil angkat kening. Tapi abah diam tak cakap apa. Mak pulak, bila ustaz tu cakap, restu lah bagi la anak kawin, mak buat muka kerek sikit, cakap, “saya tak tau, nak kawin, kawin lah, saya tak tau” sambil angkat-angkat bahu.
Aku sedih sangat. Aku jadi sedih sangat-sangat. Sebab mak & abah tak paham perasaan aku. Perasaan sunyi tu. Mak dan abah tak pelah dah pencen. Diorang pun ada each other. Abah pun aktif lagi dengan persatuan itu ini. Kiranya kat rumah mak ada abah, abah ada mak.
Yang aku ni, duduk sorang-sorang menyewa bilik sunyi sangat. Sunyi tu bukan maksud nya aku sunyi sebab duduk dalam bilik je tapi hidup aku memang sunyi. Kawan-kawan semua dah kahwin. Mana ada lagi yang rajin nak berwhatssap dengan aku, semua dah fokus pada keluarga masing-masing.
Kalau aku sakit, aku sorang-sorang, sedih & sunyi sangat mmg terasa waktu demam/sakit. Balik kerja layan netflix tengok sorang-sorang dalam bilik. Balik kerja pusing mall, makan sorang-sorang. Pi joging ke apa semua aku buat sorang. Sunyi sangat.
Selalu kan kalau kita tengok dalam drama, orang takde anak tengok anak2 orang dengan pandangan sedih. Hah macam tu lah aku tengok anak² orang. Pastu cakap dalam hati, bestnya ada anak sendiri. Bestnya ada suami. Kalau tengok IG tu jangan cakap lah. Tengok kawan² happy dengan suami anak² seronoknya lahaii..
Itu jelah nak share. Doakan lah mudah jodoh aku tahun 2020 nanti.. Terima kasih semua.
– Jasmin Fahara (Bukan nama sebenar)
Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit