Assalamualaikum all peminat IIUM Confession. Never been in thought yang aku sendiri nak membebel kat ruangan IIUMC ni.
Resipi kecil rumah tangga (untuk para suami tercinta):
1. Bantu lah bini kat rumah.
Contoh: lipat baju, basuh pinggan, basuh baju.
Ye tahu, mak2 korang kutipkan baju korang time korang bujang2 dulu, which is tak patut pon mak ko kutipkan tapi dah kau malas sangat nak buat, terpaksa lah mak2 yang kutipkan betul tak.
Pinggan pulak, setakat pinggan 2 3 bijik, cawan 2 bijik, tolong la basuh. Cuba jadikan basuh pinggan kat sinki tu amalan harian. If dah terbiasa nanti, maka rajin tuh naturally will comes in.
Keje orang lelaki bukan setakat buang sampah kat tong sampah besar je yeh. Sila amek peduli sikit hal-hal lain yang berkaitan.
Kalau dah bangun tidur, tolong lah tegangkan cadar ke. Susun bantal ke. Semua nak bini buat ke? Amboi raja betul awak ye.
2. Cuba lah jadi pendengar yang baik. Komen yang positif.
Bini membebel sekali dua tolong lah bagi perhatian. Kami2 ni penat tau tak. Terkejar2 buat itu ini. So ter-bebel la sikit2. Tolong lah dengar. Ape yang hang perlu buat ? hang diam je bila kami bebel. Takyah jawab cakap bini hang.
Bini is always right ketika dia membebel. Sebab, time tuh la terkeluar semua isi hati dia. Fahamilah isi hati kami wahai suami.
Kami ade anda je untuk buat luahan hati ke hati. Nak luah kat mak ayah, mak ayah kat kampong. Nak call, tak best plak buat luahan through call2 ni. Kene cerita face to face baru best. Ini bini hang dok bebel, hang dok relek je layan instagram. Sabar jelah.
3. Ok kite cerita bab nafkah. Zahir je, batin tak nak sentuh.
“Ustaz, saya dan isteri sudah sembilan tahun hidup bersama. Alhamdulillah, hidup kami bahagia. Isteri saya bekerja sejak berkahwin lagi.
Kami mengagihkan tanggungan rumah tangga seperti ansuran rumah, ansuran kereta, belanja dapur, belanja sekolah anak-anak, belanja bil-bil dan lain-lain antara kami berdua.
Manakala perbelanjaan keperluan diri seperti pakaian, bil telefon dan lain-lain ditanggung masing-masing. Pendapatan isteri saya setakat ini melebihi perbelanjaan-perbelanjaan ini dan dia masih mampu menyimpan setiap bulan pada jumlah yang agak banyak.”
“Adakah saya masih wajib memberikan nafkah kepada isteri saya dalam keadaan ini?”
Jawapan:
“Suami wajib memberikan nafkah kepada isteri, iaitu untuk memberikan makanan dan pakaian yang mencukupi serta menyediakan tempat tinggal yang sesuai.”
“Kewajipan ini berasaskan beberapa dalil al-Quran dan sunah.
Kaum lelaki itu adalah pemimpin dan pengawal yang bertanggungjawab terhadap kaum perempuan, oleh kerana Allah telah melebihkan orang-orang lelaki (dengan beberapa keistimewaan) atas orang-orang perempuan, dan juga kerana orang-orang lelaki telah membelanjakan (memberi nafkah) sebahagian dari harta mereka.”
— Surah al-Nisa’ ayat 34
“Di akhirat nanti, para suami akan ditanya tentang kebajikan dan agama isteri serta anak-anak mereka. Memandangkan isteri juga bekerja, menjadi kebiasaan, perbelanjaan rumah dan keluarga diagihkan antara suami dengan isteri.
Sebenarnya agihan ini dibuat atas timbang rasa isteri. Tanggungjawab hakiki untuk nafkah keluarga tetap di bahu suami. Jika isteri tidak ingin berkongsi pendapatannya, maka suami tidak berhak memaksa atau merampas.”
Bagilah perbelanjaan kat bini even bini bekerja. Tau. RM100 pon kami hargai sangat2. Bagi RM50 pon dah bersyukur habis dah. Fuhhh, husnuzon betul aku.
4. Jadilah ketua keluarga yang bertanggung jawab.
Nampak bini tak solat, pegi paksa dia solat. Nampak bini solat lambat, nasihat suruh solat awal waktu. Jangan hang buat tak tahu je. Kalau bini sebok masak, tak sempat solat. Hang amek alih la senduk tuh kejap, tolong bini kat dapur. Bini leh solat dalam keadaan yang tenang. Ini bini nak solat pon takut dapor meletop, sebab laki nye tak tolong tengok. Laki sebok layan instagram.
Nampak bini tak bukak al-quran, suruh la bukak. Nasihat la baca 1 page pon cukop sehari. Esok2 upgrade jadi 2 page. Bulan depan 3 page / day. Jadikan amalan. Mintak bini baca tafsiran sekali, barulah ber-isi bacaan dia insyaaAllah.
Bimbinglah kami isteri2 nih, kami pon nak masuk syurga. Teringin nak dudok dlm syurga bersama suami dan anak2.
Nampak bini pakai ketat, tegur. Suruh loggarkan pakaian. Tudung bini singkat sangat, hang belikan tudung besar. Tak pon, cakap je direct: “tudung awak ni seksi sangat lah. Kan ?”
Bini ni, sometime dia buat pekak (sebab malu mungkin kene sound). Tapi dia dengar tau cakap suami dia. Esok2 mesti tudung bini awak dah labuh sikit. Cuba try tegur.
5. Mingle around with your spouse family too.
Jangan tok diam je, nate sungguh. Cuba berborak, buat lawak. Tanya bende bodoh ke, asalkan berborak. Phone boleh letak tepi kat rumah family. Nak tengok instagram? Sebelum tidur check la kejap ig awak tuh. Awak tuh bukan ramai nau followers pon, takyah bimbang sangat aihh.
6. Sayangilah anak bini.
Bawak anak bini pijak shopping mall ke seminggu sekali, pijak rumput putrajaya pon kitorang happy tau asal dapat bawak anak jenjalan keluar.
7. Last sekali, fahamilah isteri.
Isteri penggeli, awak tolong jadi pembersih. Isteri penakut? build her courage. Jangan dok acah2 dia. She hate thattttttt.
#AKU BINI YANG TAKUT LIPAS.
– Cahaya (Bukan nama sebenar)
Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit