Assalamualaikum dan salam sejahtera. Terima kasih kat admin, sebab sudi publish kan cerita ni. Aku N, and yes, aku ni perempuan berumur 26 tahun. Cerita aku ni bukan nak bukak pekung di dada, tapi aku lebih rasa nak share apa yang aku alami. Dan macam mana aku atasi masalah ketagihan video p*rn.
Aku mula tengok video tak senonoh tu bila umur aku 21 tahun. Jujur, seronok rasanya. Tapi aku sebagai perempuan suka bandingkan kecantikan perempuan di video tu dengan diri aku.
Aku mula slowdown tengok video-video tu bila aku masuk belajar di universiti yamg jauh dari rumah aku. Sebab apa? Sebab aku takut kalau apa- apa jadi kat aku masa tengah tengok video tu.
Tapi aku start balik tengok video tu bila aku dah masuk tahun akhir, kat Universiti. Sebab aku bosan dan stress sangat. Tapi ketagihan aku masa ni, tak teruk sangat. (jijik rasanya bila teringat balik)
Bila dah hbis belajar, aku jadi makin ketagih, sampaikan aku rasa 1 hari kalau tak tengok video tu, aku rasa murung, rasa nak marah orang.
And satu hari tu, azab Allah diberikan pada aku. Betis aku naik 3 bisul serentak dan lutut aku 1 bisul. Setiap 1 bisul tu adalah lebih kurang besar syiling 50 sen lama tu. Sakit weh. Aku bukan slowdown lagi, tapi aku terus stop layan ketagihan aku.
Aku solat 5 waktu sehari, tak pernah sengaja terlepas. Tapi setakat solat jelah. Doa, baca quran, semua tu takde. Bila masa aku berhenti tengok video tu, setiap kali masa solat, terbayang-bayang kat mata aku benda tak senonoh tu.
Aku rasa kehidupan aku langsung kosong, zero tau takde berkat. Solat pun, kalau try nak khusyuk, memang tak boleh.
Masa ni, aku rasa macam kematian tu depan mata aku. Aku boleh nampak macam mana aku mati. Aku boleh nampak macam mana aku kena azab Allah.
Allah azab aku lagi, aku langsung tak boleh duduk takhiyat awal dan akhir sebab bisul kat betis kanan, dan aku tak boleh sujud, sebab bisul tu betul-betul atas kepala lutut aku. Aku rasa Allah dah benci dekat aku. Aku langsung tak boleh menangis, mengenangkan dosa tu. Tak boleh menangis tau. Seksa weh rasa..
Aku cuba dalam sujud terakhir setiap solat, aku mintak ampun dari Allah atas dosa-dosa tu. Walaupun kena duduk atas kerusi untuk solat. Bersungguh-sungguh aku mintak ampun. Sampailah 1 hari tu, aku menangis dengan sendirinya masa tengah solat zohor. Aku menangis semahu-mahunya. Lega..
Ada 1 maghrib tu, dekat surau rumah aku ada buat ceramah, aku tak tahu tajuk apa lah masa tu. Tup tup mungkin rezeki aku, tajuk hari tu pasal zina dan maksiat. Tuan Guru tu cerita pasal azab di neraka untuk orang suka lgbt, suka tengok video-video ni dan sewaktu dengannya.
Kalau tak silap nama kitab yang Tuan Guru tu baca Kitab Muftahulzina lebih kurang lah, aku tak sure sgt nama kitab tu. Tapi, karangan Imam Al-Ghazali.
Diceritakan, dibawah neraka tu ada banyak kawah-kawah yang bahan bakarnya besi. Orang yang suka benda zina dan maksiat ni akan dicampakkan dalam kawah tu. Dan akan dipakai pakaian menutup dari punggungnya ke atas, pakaian tu khas dibuat dari besi tembaga dari neraka.
Dan diriwayatkan, sekiranya dibukakan penutup kawah tersebut, seluruh penghuni neraka akan menjerit sebab bau dari kawah tu yang sangat-sangat busuk. Busuknya bau orang yang suka berzina dan maksiat. Masha Allah.
Masa tu tangan aku memang dah mengigil dah, aku tak sanggup nak angkat muka tengok Tuan Guru tu, sebab aku rasa malu sangat.
Tuan Guru tu sambung, kalau orang yang suka benda-benda tak tentu arah ni, bertaubatlah. Sebab Saya (Tuan Guru) dah banyak tengok macam mana orang suka zina dan maksiat ni diazab masa sakaratul maut. Seksa sungguh dan mengaibkan. Bertaubatlah..
Alhamdulillah Tuan Guru tu bagi sekali jalan penyelesaian untuk orang-orang macam aku.
Kalau anda pembaca semua masih ingat kisah Nabi Yusuf yang digoda isteri firaun, Zulaikha. Penyelesaiannya ada didalam Surah Yusuf, Ayat 24.
Baca dan amalkanlah hari-hari, especially masa subuh, dan masa nafsu tu datang. Yakinlah, Al-Quran tu mempunyai ubat untuk segala penyakit, melainkan maut.
Aku memang berazam sungguh-sungguh nak ‘sembuh’ dari masalah ni. Aku hafal ayat tu, dan ambil gmbr buat wallpaper untuk Home screen phone.
so bila, aku unlock phone, aku akan nampak ayat tu dulu. Setiap kali lepas solat, aku istighfar 100 kali, dalam doa aku mohon kat Allah, supaya ampunkan dosa aku dan jauhkan aku dari sebarang bentuk godaan. Believe me, this was the hardest time.
bayangkan aku pegang phone je, aku terfikir tu dan nafsu naik mencanak. Bila kena macam tu, aku terus baca ayat tu, dan jujur aku menggigil bila berdepan situasi mcm tu.
Ada sekali tu, aku terbaling handphone aku sebab aku cuba nak elakkan melayan nafsu tu. I fought this battle silently. Allah tutup aib aku dari pengetahuan sesiapa, termasuk keluarga aku.
Ada 1 perkara yang buat aku rasa malu sangat. Kakak aku, time tu dia dah kahwin around 2 months and half. Dia cakap kat aku, ‘weh aku kan tak tahu pun sebenarnya pasal ‘benda-benda’ ni. Aku rasa bodoh sebab tak tahu, sampai aku kena google.’
Masa tu, aku termenung sekejap, aku fikir ya Allah untungnya kakak aku. Dia bukan tak pandai, dia belajar sampai degree, nak sambung master dah. Dia memang jenis yang bagus, pandai. Aku double diploma, tapi bidang lain-lain. Tapi bodoh sebab ikut nafsu.
Oh ye, masa ceramah tu, ada yang bertanya, macam mana nak tebus balik kesalahan-kesalahan yang telah dilakukan? Tuan Guru cakap, insyaAllah, Allah akan ampunkan kalau bertaubat sungguh-sungguh, dan banyak-banyak lah buat amal jariah, bagi makan orang miskin, bantu orang sakit, ziarah orang sakit.
Fast forward, Alhamdulillah aku masih berpegang dengan janji nak berubah tu sampai sekarang. Percayalah, kalau kita bersungguh nak berubah, Allah bagi jalan dekat kita. Aku dah alaminya, rasa seronok sebab Allah pelihara kita tau.
Dan Alhamdulillah jugak sbb aku dah nampak hikmahnya aku buat diploma lain, bidang aku ni lebih memfokuskan kerja di hospital dan klinik kesihatan. Aku pun dah dapat tawaran kerja di klinik kesihatan, dan aku berharap sangat, dengan aku bantu pesakit-pesakit ni, dapat menebus kesalahan aku.
Aku bersyukur sangat sebenarnya, sebab selama aku layan video tu, tak pernah aku buat benda yang tak sepatutnya. Alhamdulillah..
Tuan Guru pesan, ada 2 sebab kenapa Allah bagi ujian, 1 sebab Allah sayangkan hamba dia. 2 sebab Allah dah bencikan hamba dia, kalau Allah dah benci hamba dia, pintu taubat pun tak dibukakan lagi..
Semoga kita bukan dari golongan ke 2 tu. Aamiin.. Sama-samalah kita doa supaya keturunan keluarga kita dijauhkan dari benda-benda ni, dan pintu taubat masih dibuka untuk kita bertaubat.
Sekian terima kasih,
– N (Bukan nama sebenar)
Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit