Tiada Siapa Nak Jaga Hati Orang Mengandung

Assalamualaikum semua. Pertama sekali saya menulis ni dalam keadaan saya emosi dan sakit badan. Saya Aznaa berumur 27 tahun, expecting first baby. Saya baru berhenti kerja dan suami saya bekerja sebagai doktor pelatih siswazah.

Saya sedang mengandung 35 week sekarang dan keadaan badan saya makin lama makin terasa tak larat. Baru saja pulih dari demam. S

ekarang ni simptom baru rasa sakit di tulang pelvis dan ligament pubic area. Nak berjalan, angkat kaki, pakai baju, naik kereta turun kereta, naik turun tangga, Allahu terasa seksa teramat.

Dan semalam juga saya baru keluar ward sebab bleeding, syukurlah baby takda apa cuma Doktor suruh rehat. Takut sangat bila ada pendarahan macam tu, boleh jadi tanda show nak bersalin atau placenta previa.

Saya nak luahkan tentang suami saya yang kadang2 kurang memahami situasi saya.

2 minggu lepas suami saya marahkan saya dan merajuk sebab dia nak balik ke rumah ibu bapanya (mertua saya lah), tapi masa tu saya demam dan dia nak balik sebab nak ambil surat penting je, padahal boleh diposkan ke rumah kami.

Ibu bapa mertua saya masih sihat alhamdulillah, Mereka pun aktif lagi. Saya nasihatkan suami saya juga kita perlu jimat belanja sementara waktu saja daripada guna duit untuk perbelanjaan minyak kereta untuk balik ke rumah mertua oleh kerana gaji suami saya. Dia diberhentikan tiba2 tanpa notis dah 2 bulan. Rumah parent saya pun jarang balik sebab parent di kl.

Tapi entahlah, saya tahu dia ada meminjam duit dari kawan2 dia selepas gaji diberhentikan. Saving saya pun saya habis guna kan juga sebab suami tak mampu nak beri wang belanja bulanan untuk saya.

Saving tu jugalah saya guna untuk beli barang keperluan baby bila dilahirkan nanti. Salah ke saya nasihat untuk jimat duit belanja sementara waktu sampai urusan gaji tu selesai?

Isunya bila suami saya ingat saya tak suka balik rumah mertua. Saya bukan tak suka, tapi badan saya sendiri dah tak larat nak travel jauh. Nanti di rumah mertua pun saya perlu juga memasak dan tolong apa yang patut.

Saya betul2 tak larat sekarang ni. Bukan lah nak mengada2, tapi Allah je tahu rasa sakitnya badan ketika ini. Selagi saya mampu bersabar sehingga bersalin agar kesakitan ini hilang selepas itu, insyaallah.

Jadi sekarang saya dilemma lagi. Suami saya tiba2 ambil cuti seminggu untuk pulang ke rumah mertua last minit dia bagitahu saya. Saya yang baru je discharge ward kerana bleeding semalam belum habis rehatnya.

Beberapa kali diperiksa oleh doktor laluan bersalin yang kadang2 sakit juga rasanya ditambahkan pula pening kepala, nak jalan pun sakit di bahagian pelvis.

Ini memang symptom normal untuk wanita mengandung yang hampir dekat due dinamakan Symphisis Pubis Dysfunction (SPD) dimana otot ligament yang berfungsi untuk support tulang pubic loosening sebagai preparation for birth. Tapi sakitnya tu Allah je tahu.

Jadi, saya suarakan yang saya tak larat nak ke mana2 melainkan tempat dekat saja tambahkan pula kakak ipar saya juga pulang ke sana.

Kakak ipar saya ni doktor, selalunya kalau pulang ke rumah mertua mereka selalu berborak tentang kerja kedoktoran saja. Rasa tersisih saya sebenarnya. Tapi itu bukan lah alasan saya tak nak balik. Saya takut saya melawan dan tidak taat pada suami sebab tak nak balik ke rumah mertua.

Kalaulah dia faham sakitnya badan saya sekarang mengandungkan anak kami. Dia langsung tak mahu jaga perasaan saya.

Pernah hari tu dia decide nak balik ke rumah mertua saya pada pukul 11 malam dan sampai ke sana nanti pukul 2-3pagi. Saya tak tahu lah apa yang dia fikir, saya pernah explain yang keadaan tak sama kalau saya tak mengandung. Mungkin dia larat, tapi saya tak larat.

Sejak masuk third trimester ni sakit2 ni mula datang, sebelum itu saya OK saja aktif sikit. Hari2 saya menangis sebab tak larat tahan sakit.

Korang semua tolong lah doakan suami saya memahami & decide untuk tak balik ke rumah mertua. Maaf.

– Aznaa (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *