Asalamualaikum. Mari aku ceritakan kisah aku membesar di tempat kerja papa dan mama aku.
Papa dan mama dua duanya bekerja, masa umur lima tahun mama menjual di kantin kuari, aku duduk dalam sebuah bilik, dan tengok tv sambil makan kek kami datang gelap kami pulang pun gelap.
Kalau aku bosan aku main lah basikal dekat tempat orang makan, pakcik pakcik tu semua dah kenal aku.. Hehe.. Yelah aku sibuk main basikal. Masa diorang makan.
Masa sekolah rendah, darjah 1-4 aku membesar di tempat kerja papa, masa nie mama dah kerja di sebuah kilang paip, dan papa pula di kuari.
Tugas papa memastikan semuanya berjalan dengan lancar dan segala masalah di rujuk pada papa, rumah kami 40 km dari kerja papa dan mama.. Maka nya aku bersekolah berhampiran mereka bekerja.
Alah kerja kuari kan ramai warga asing, tapi aku tak takut, sebab aku kenal semua, balik sekolah aku duduk dalam kontena pekerja tinggal.
Aku duduk dalam kontena pakcik mia (orang Bangladesh) pakcik mia baik dia selalu pesan belajar elok elok pandai, kasi bangga papa sama mama…
Yelah balik sekolah duduk dalam kontena ada katil, ada kipas, lepas tu dekat luar pasir.. Jarak tempat kerja papa dan kontena dalam 1km.. jadi takde sapa pun tahu aku buat homework ke tak..
Kadang abang abang lori datang.. Cakap.. Jangan main pasir okey abang nak bawak lori.. Abang lori.. Melayu…
Jadi kerja aku dekat sana, makan, main, tidur,
Makanan kalau papa tak sempat beli, bos papa yang cina tapaukan aku roti or air kotak, baik weh raya cina mesti aku dapat ang paw.. Kadang kadang kawan papa mat indon yang masak.. Sedap.
Dekat sana ada indonesia, ada sabah, ada sarawak, ada Bangladesh, eh semua ada..
Cuma tulah kulit aku sensitif, duduk tempat berhabuk, balik confirm papa dan mama sental aku cukup cukup kalau tak, tak tidur lah jawabnya..
Kalau papa dapat balik awal, awal lah aku balik(8 malam) , kalau ot, aku pun ot lah duduk dalam lori pula.. Sebab papa cakap itu tempat uncle uncle rehat.. Tak boleh kacau..
Pasal sekolah jangan tanya, kerja sekolah memang harem nak siap, kelas belakang sekali.. math bodoh.. Yelah kalau aku suruh papa ajar math.. Aku tak paham dia marah sampai taham dia ketuk kepala aku sampai bengkak..
Sudahnya aku lagi rela kena marah dengan cikgu.. Dah aku mengaku.. Sampai sekarang aku tak mampu nak selesai kan simple mathematics.. Kalau tengok soalan confirm mengeletar, berpeluh, rasa nak muntah..
Tapi nasib lah habis juga aku belajar sampai sijil.
Kalau balik rumah pun, biasanya papa akan tapau, papa kata kesian mama nak masak.. Makan apa yang ada je okey.. Jadinya dapat makan nasi kosong + keropok keping tu pun bahagia..
Tapi papa dan mama akan tetap cari masa bawak aku makan kedai, makan sedap, pergi shopping mall, rumah selesa.. Dan beborak..
Akhirnya setelah bertahun tahun mereka bekerja keras kami kini dapat memiliki rumah sendiri..
Buat ibu ayah yang terpaksa kerja bawak anak, lelah letih jangan putus asa ye semoga dapat apa yang kalian inginkan.
Dan kini mama duduk dirumah sahaja, dan mama ada bagitau teringin nak sambung belajar diploma atau sijil bahagian agama pula.
InsyaaAllah semua cita-cita mama termakbul ye.
– Bunga (Bukan nama sebenar)
Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit