Dugaan Lepas Konvo

Assalamualaikum semua. Aku ingatkan zaman belajar dekat universiti ini paling susah. Sampai tak tidur malam siapkan assignment yang berkajang-kajang, siapkan fyp bagai.

Tetapi dugaan dekat universiti ini kecil sangat gaiss.

Aku baru sahaja konvo pada bulan November yang lalu. Aku tamat peperiksaan akhir sebelum raya hari tu. Bila raya mak cik pak cik aku dah siap tanya,

“Aik, tak kerja lagi ke?”

“Bila nak kerjanya?

“Belajar sampai degree takkan duduk betapa kat rumah je”

Weyh, waktu tu baru sahaja aku habis peperiksaan. Baru DUA hari. Tapi aku husnudzhon je la. Mungkin mak cik pak cik ni takde topik nak dibualkan.

Ok baik, aku terangkan latar belakang keluarga aku sedikit. Supaya boleh dapat gambaran, kenapa aku susah sangat nak buat pilihan.

Aku anak yatim piatu. Dijaga oleh beberapa orang mak cik pak cik. Aku ada seorang kakak dan seorang adik. Kira aku duduk dalam keluarga besar lah.

Bila ada ramai penjaga ni ingatkan senanglah. Rupa-rupanya tak weyh. Sebab mereka rasa macam self-belonging kepada aku dan nak yang terbaik untuk aku.

Bayangkan lah bila kita ada ibu ayah yang ramai. Even ibu ayah dua orang tu pun boleh bertelagah menentukan masa depan anak ini kan ramai. Aku faham tu.

Ini cadangan mak cik aku yang pertama. Dia suruh aku kahwin. Dia kata senang ada orang jaga aku bla.. bla.. bla.. Aku like “What??? Seriouslah nak kahwin? Dengan calonnya takde, kerja pun tak dapat lagi. Hidup terumbang-ambing lagi dah nak kena uruskan anak orang.

Sebenarnya senang cerita belum ready. So, walaupun ada la sesi taaruf gitu. Masih lagi belum berjayalah.

Ouh ya sepanjang aku duduk menanam anggur tu, aku rasa hampir setiap minggu aku kena pergi kenduri berkenalan dengan anak-anak siapa entah.

Ini permintaan daripada mak cik aku ni suruh aku kerja. Aku memang cadang nak kerja dahulu sebelum teruskan master semula. Jadi aku dah start cari kerja dah. Dah dapat dah pun.

Ok mesti korang terkejut aku tolak kerja gaji RM2k kan? Mesti korang rasa. What? Asal tolak, susah kot nak dapat kerja sekarang. Dan ada beberapa kerja lain aku dapat juga.

Ok inilah klimaksnya,

Aku ada kakak, lepas ibu ayah aku meninggal, kiranya kakak dan adik aku la support system yang paling kuat. Masalahnya kakak aku ni, dia tak faham dengan apa yang aku nak dan realiti fresh grad sekarang.

Dia suruh aku sambung master cepat-cepat. Ya Allah! Dia tak tahu ke aku ni penat belajar. Dah la aku sambung belajar guna duit aku sendiri. Waktu master pun guna duit aku juga. Alahai, bijaknya.

Aku sebenarnya dah decide dah nak kerja dulu. Then dia suruh istikharah. Tanya Allah betul ke tak apa yang aku buat tu. Tapi aku still nak kerja. Hati aku rasa nak kerja.

Bila aku bagi tahu jawapan aku nak kerja dia suruh istikharah semula. Lepastu, disebabkan aku malas nak bertekak, aku pergi je balik uni aku. Tapi aku tak sambung pun lagi, aku minta extend (Aku dapat direct offer).

Then, dekat universiti aku, walaupun aku dah siapkan proposal semua. Hati aku tetap nak kerja. Lepas aku bincang dengan lecturer aku, lecturer aku cakap kerja la dulu. Daripada ditolak semua job yang datang. Nanti tiba-tiba rezeki tiada pula. Aku cuba untuk bincang dengan kakak aku balik.

Aku takkan buat sesuatu sampai lah adik dengan kakak aku setuju. Kira restu la juga. Walaupun aku dah terangkan panjang lebar, tentang realiti fresh grad sekarang yang ada master pun penganggur, yang ada phd pun jadi tukang sapu.

Dia tetap suruh aku sambung dengan impian dapat gaji yang tinggi. Ingat ni zaman dahulukala ke, asal ada master phd dapat kerja bagus, gaji besar. Tak semestinya. Sebab rata-rata majikan nak pengalaman.

Dia bagi aku kerja, tapi kerja dengan kerajaan. Ini jangan ceritalah. SPA tu dah berapa banyak kali aku jawab, still tak dapat. Dekat website lain pun aku dah minta. Ingat senang ke nak dapat kerja kerajaan sekarang?

Dia suruh aku istikharah semula. Aku pun macam… Buat apa lah aku nak buat istikharah balik-balik tapi result tetap sama iaitu kerja. Dan buat apa aku buat istikharah balik-balik, kalau dia as kakak yang tentukan jalan hidup aku?

Aku betul-betul tertekan dengan permintaan-permintaan keluarga aku ni. Suruh kahwin tapi majlis nak jemput 7 keturunan. Duit pakai duit siapa? Duit aku juga. Suruh sambung belajar MASTER, duit pakai duit siapa? Duit aku juga.

Mereka ingat aku ada lampu ajaib aladdin tu ke? Bila gosok je lampu ajaib boleh makbulkan permintaa. Dia sampai tahap aku stress tu, sampaikan nak bunuh diri pun ada.

Ada orang cakap, pedulilah cakap kakak kau, kerja je. Aku bukan spesies macam tu ya. Plus aku nak minta tolong dia lagi. Ada lah ni rahsia. Jadi aku nak juga dia setuju dengan aku. Aku kalau boleh tak nak lah sebab perbezaan pendapat ini kami sekeluarga bergaduh.

Mesej moral yang nak saya sampaikan ialah kita sebagai family sepatutnya faham tahap kemampuan ahli keluarga kita sebelum suggest sesuatu.

Janganlah bila kita cadangkan, dan kita paksa orang untuk terima. Sebab yang akan hadapi dugaan dan cabaran bukan kita tapi orang tu.

Kita rasa itu yang terbaik untuk dia tetapi bukan bagi dia. Jangan disebabkan permintaan kita yang dia tak dapat tunaikan akan mengorbankan orang yang kita sayang.

– Fresh Grad (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *