Assalamualaikum dan terima kasih admin kalau kau post confession ni.
Nama aku Lili. Umur 22 tahun. Aku anak pertama dari adik beradik. Aku ni tak rapat atau bercakap dengan ayah melainkan mak aku suruh something sebab aku fobia dengan dia.
Masa aku umur 7 tahun, dia pernah rotan aku sebab aku nakal. Cuma tak tahu kenapa peristiwa tu menjadi memori hitam sangat dekat aku sampai sekarang aku tak berani nak tegur2 dia kecuali hal penting tu pun arahan mak aku.
Aku ok boleh bercakap dengan mak tapi setakat cerita hal-hal universiti je lah. Tak pernah heart to heart sebab mak aku ni memang jenis dah tanam dalam diri aku jangan nak menggatal dengan lelaki. Even suka artis korea pun dia meluat so memang aku tak berani share apa-apa dengan dia.
Cuma tu lah bila dah dewasa ni, dia start risau bila aku ‘takde sesiapa’ sebab aku just share vision aku nak capai ni capai tu.
Aku bukan takde suka someone. Ada je tapi kami just kawan baik. Ni lah bodohnya aku sebab aku ingat bila buat effort orang akan hargai. Lagi-lagi aku perempuan. Yelah aku mana pernah in relationship jadi aku fikir why not aku start everything. Tapi aku silap.
Aku cintakan dia sebab personaliti dia dan aku rasa kami ada chemistry. Kami melengkapi karakter masing-masing dan aku boleh nampak masa depan dgn dia.
Tapi tulah, jodoh ni Allah yang tentukan kan. Aku tahu dia tak suka aku. Dia friendzone aku. Sebab mungkin aku tak cantik kut (ikut beauty standard org melayu). Dan dekat penghujung tahun ni, hubungan jadi tambah keruh sangat. Kami dah tak contact each other.
Aku selalu ada masalah dengan parents sebab yelah dorang bagi layanan kat aku macam Hitler style. Sulung kan. Kena keras, berdikari. Tapi mungkin mereka lupa kut aku pun ada perasaan.
Aku selalu share dengan kawan lelaki aku ni tapi tulah bila hubungan kami ni dah putus, aku takde sesiapa. Memang aku mengadu dekat Allah juga tapi faham tak bila Allah tarik balik orang kau sayang?
Sakit. Sakit sangat. Kau kena kuat, berdiri sendiri. Kau kena nangis sorang2. Aku rindu dia. Aku sayang dia. Tapi dia tak cari aku pun. So aku tahulah aku ni berada dekat mana dalam hati dia. Entah2 takde dalam hati pun haha.
Bila benda jadi macam ni, ayah aku pula kebelakangan ni asyik highlight kesalahan aku, kadang2 salah tu bukan salah aku pun tapi aku buat tak tahu je sebab malas nak tinggi suara.
Aku jadi jauh hati. Luar aku slumber tapi dalam hati macam kena siat-siat. Dahlah tak rapat, tak bercakap lepas tu kerja nak marah je walaupun bukan salah aku.
Mak aku pulak jenis panas baran. Dia tak memukul tapi suka memaki. Orang kata “kata-kata itu lagi tajam dari pisau”. Salah sikit memang aku kena maki walaupun kadang bukan salah aku pun sebab dia bagi arahan salah.
Lama-lama aku jadi numb. Heartless. Kadang jasad je wujud tapi jiwa ke lain bila tolong mak aku. Aku buat-buat kuat walaupun dalaman ni macam air terjun.
Sedih bila orang-orang yang kau anggap penting dalam hidup kau satu-satu ‘pergi’. Allah tarik nikmat orang yg syg kita memahami perasaan kita. Parents, family, kawan… semua ‘hilang’.
Apakah aku tak bersyukur? Ya Allah janganlah jadikan aku hamba yang tidak bersyukur. Puas aku mengadu dengan Dia.
Cuma aku sedih sangat tak tahu nak cerita kat siapa tanpa di judge jadinya aku buat confession ni. Semoga Allah memberkati kalian semua. Terima kasih.
– Lili (Bukan nama sebenar)
Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit