Assalamualaikum semua. Terpanggil untuk confess setelah terbaca Jangan Masuk Campur Urusan Rumahtangga Menantu. Boleh baca confession berkenaan di sini, (https://iiumc.com/jangan-masuk-campur-urusan-rumahtangga-menantu/).
Tapi bukan nak cerita hal mertua campur tangan hal aku dan suami tetapi berkenaan sifat bakhil dan kedekut mereka.
Aku berasal dari keluarga yang miskin. Ibu seorang surirumah dan ayah seorang buruh. Manakala suami kedua ibu bapa merupakan penjawat awam dan sangat dikenali di kampung kerana kesenangan dan juga aktif politik.
Pertama: Awal perkahwinan kami, bapa mertua ada memelihara ikan di kolam yang dibina diatas tanah rizab kerajaan.
Nak dijadikan cerita, ada anak- anak jiran (orang susah lebih kurang keluarga aku) memancing di kolam tersebut ibu mertua ku telah pergi menemui ibu bapa kanak-kanak tersebut dan meminta bayaran bagi ikan yang diambil.
Pada aku tidak salah mendidik kanak-kanak tersebut dengan menegur ibu bapa mereka tetapi bukan dengan meminta wang dari ibu bapa mereka. Kerana ibu bapa mertua ku bukan lah orang susah.
Kedua: Sepanjang usia perkahwinan ku cucu-cucu tidak pernah dapat duit raya, baju ataupun hadiah. Pernah aku ke kedai barangan kanak-kanak bersama ibu mertua. Anak ku ketika itu bersama ibu mertua dan ibu mertua mengambil satu mainan yang agak mahal yang mahu dibelikan kepada anak ku.
Mesti korang ingat dia yang akan bayarkan. Rupanya diminta aku membayar mainan tersebut sedangkan gaji aku hanya 1/3 gaji ibu mertua. Balik rumah apa lagi aku minta suami ku gantikan balik duit tersebut. Aku boleh beli mainan untuk anak ku sendiri tetapi dengan harga yang aku mampu la.
Ketiga: Diaorang setiap tahun menunaikan umrah tetapi aku tengok kurang memberi kepada jiran dan orang terdekat. Malah memilih bulu. Hanya dengan orang yang kaya sahaja mereka berkawan dan rapat.
Termasuk ibu bapa ku sendiri sering disindir dan diletak belakang berbanding dengan ibu bapa mertua anak yang lain kerana senang dan bekerjaya. Malah membuat ibu dan adik beradik aku seperti orang gaji tanpa rasa bersalah menyuruh membuat itu ini walaupun anak-anak sendiri ada bersama.
Benar lah orang yang kedekut dan bakhil serta memandang darjat tidak kemana. Rumah ibu bapa mertua ku sering dimasuki pencuri, barang emas pernah diragut, nak ke mana- mana sentiasa bimbang pada rumah di biarkan tiada penghuni walaupun telah dipagar konkrit dan segala kunci.
Sedangkan ibu bapa ku, pintu utama rumah sekali ditendang sudah pecah tetapi bebas kerumah anak-anak. Ibu bapaku tidak pernah berkira dengan anak cucu. Setiap kali raya dapat duit raya, dapat hadiah hari lahir walaupun murah.
Ayahku tidak kira dengan siapa dan memang suka memberi walau hanya makanan yang dimasak oleh ibu ku. Kaya tidak semestinya pemurah, miskin bukan bermakna tidak mampu memberi
– Mia (Bukan nama sebenar)
Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit