Untuk part I, (https://iiumc.com/aku-
Untuk part II, (https://iiumc.com/aku-
Untuk part III, (https://iiumc.com/aku-
Untuk part IV, (https://iiumc.com/aku-
Untuk part V, (https://iiumc.com/aku-
Untuk part VI, (https://iiumc.com/aku-
Untuk part VII, (https://iiumc.com/aku-
Untuk part VIII, (https://iiumc.com/aku-
Untuk part IX, (https://iiumc.com/aku-
Assalamualaikum dan salam sejahtera. Hai. J is back. Amacam? Life okay? Anak bini sihat? Harap-harap semua sihat. Aku dah decide nak rehat lama kat episode 10. Musim buat budget dah sampai. Malas nak serabut-serabut. Pelan-pelan la korang layan input-input aku ni.
Okay. Q&A session. Hidayah Jaafar. Duduk hutan stress? Tak kot. Macam kawan aku up status. Dia ditanya, “Where is the fun to work in off grid, rural and out reach area?” Dia jawab, “There is no difference between me and casual tourist who are seeking a piece of peace of mind except they are paying for it and i was paid to do so.” Tak stress sangat. Yang penting kita kena pandai handle stress tu.
Kalau boring, kau belajar la benda baru. Aku ingat ada sorang member planter aku ni buat Loom Bands. Hahaha. Muka dah macam sarjan pencen, tapi buat Loom Bands. Siap dia tanya aku kaler apa yang aku suka. Dia buatkan key chain. Kat rumah dia tu penuh getah warna macam-macam. Siap beli kits lagi. Aku nak gelak, takut kena tinju.
Shahril Mohamad. Soalan tentang biofuel. Baik, untuk current company yang aku kerja sekarang dah pakai B20. Previously B10 and B5. Aku ada dengar ura-ura dorang nak naikkan sampai B100. Tapi aku tak sure either engine machineries kami boleh support atau tidak B100.
As far as I concern, biodiesel ni untuk green engine. Mungkin sedikit modification dekat fuel pump, kita boleh pakai B100 tu. Kami still beli dengan supplier luar untuk biodiesel. Ada company yang dah run biodiesel refinery macam Sime di Pulau Carey. Tapi aku tak sure efficiency dia. Lama dah aku tinggal Sime. Nanti geng Sime komen kat bawah tu.
Farah Ant. Pasal EU ni kita tak dapat buat apa. Apa saja regulation yang dorang buat, kita akan patuhi dan sesuaikan dengan waqi’ di Malaysia ni. Impak sangat besar which is dorang boycott minyak kita tapi setakat ni apa saja yang dorang buat, kita akan counter balik. EU ni elok masa kecik-kecik dulu picit hidung dia. Negara paling banyak import minyak sawit adalah India, China, EU, Thailand, dan Amerika.
Basically, dorang ni rasa terancam sebab vegetable oil dorang tak mampu bersaing dengan sawit. Jadi dorang try attack tentang culture kerja. Dorang lupa, dorang yang introduce sawit ni dekat sini. Kami sekarang cuma tambah baik saja culture tu.
Cerita pasal Chinese lady planter tu tak pernah dengar. Tapi memang kami galakkan dorang buat green program ni. Tanam sayur, bela ayam untuk kurangkan perbelanjaan dorang diluar. Aku pun ada bela ayam dan jual kepada pekerja dengan tak ambil untung. Just ambil bayaran untung tampung kos anak ayam dan makanan saja. Aku percaya kepada self-sustain plantation.
Self-sustain ni konsep farm yang akan aku buat nanti. Aku nak bela ayam, itik, lembu, kambing, rusa dan ikan. Lepastu aku nak tanam sayur yang common. Aku akan ambil apa yang perlu untuk aku dan selebihnya aku akan jual untuk dapatkan apa benda yang aku tak mampu tanam dan bela. Contoh macam beras dan ikan laut.
Aku sangat tak suka kesesakan bandar. Maybe aku akan settle down di Ledang, Kundasang, Raub atau Jerai. Aku pun teringin nak buka kedai ala-ala Italian Meathouse. Aku ni seorang yang full time gastronomous dan part time cullinary lover.
Beza gastronomy dan cullinary ni senang. Gastronomy ni tentang makan. Cullinary ni tentang masak. Idola aku Alton Brown,Wolfgang Puck dengan Marco Pierre. Kalau kau rasa Gordon Ramsay terror bab masak, Marco tu tok guru dia. Owh ya. Aku langgan Astro semata-mata nak layan Food Network.
Doakan impian aku tercapai geng. Nanti kalau aku dah berjaya, aku jemput korang makan-makan dekat barn house aku. Korang imagine je barn house aku tu dikelilingi ladang durian, ada sungai depan tu, haiwan-haiwan ternakan aku berlari-lari anak keliling barn house dan green house aku. Kalau tak boleh imagine, kau Google dulu. hahaha.
Nur Ziqh. Kalau novel, aku baca novel Ramli Awang Murshid. Idola juga tu. Hlovates tak pernah baca, nanti aku try cari. Thanks for info. EFB di mill tu kami buat compost. Kebanyakkan kilang dah ada compost plan dia sendiri. Dulu sebelum ada compost plant, kami ambil dan buat mulching untuk immature dan beneficial plant.
Nurain Ismail. Mak kawan tu stay dalam seminggu juga dalam hutan tu. Kami bawak pergi rumah panjang. Mandi air terjun. Makan ikan empurau. Bagi dia rasa daging liar. Apa-apa saja yang buat dia happy. Nak balik, kami pam sebiji lagi ubat tidur. Hahaha.
Shikin Ilyas. Part ajak pekerja solat ni best. Setiap hari Jumaat, pekerja lelaki Muslim diberi kebenaran balik awal. Kebetulan masa tu kami dapat manager baru. Macam biasa, pukul 11.30 tu aku balik nak siap-siap pergi masjid. Bila dah siap, aku start motor aku pergi masjid.
Sampai masjid, aku nampak manager baru ni duduk dekat tangga masjid ambil attendance. Hahahaha. Kantoi habis 2-3 executive lain tak pergi solat Jumaat. Esok dia buat speech dekat muster pasal ponteng solat Jumaat. Dekat ½ jam makan ceramah free. Hahaha.
Nur Attiqa Natasha. Child labour in oil palm industry is a big no. Kami strictly comply Children and Young Person Act 2010. Children ni bawah 15 tahun. Young person ni bawah 18 tahun. Kami cuma ambil pekerja atas 18 tahun.
Kalau nak tahu, dulu memang ada child labour. Tapi zaman kolonial dulu. Kerja-kerja rencam yang senang macam kutip biji getah, cuci karung baja dan lain-lain. Owh ya, bawah akta yang sama, kalau family business dia tak kira child labouring. Contoh macam tolong ayah kutip biji lerai dekat kebun persendirian.
Munera Haroon. Kalau bagi aku, Raya Puasa aku sambut dalam ladang. Raya Haji aku balik kampung. Best juga raya dalam estet. Makan mewah. Dapat juga aku makan makanan authenthic Bangladesh dan Indonesia. Ayam penyet dorang buat memang sedap. Nak pulak dorang hidang dengan sambal tomat. Peh.. heaven john. Lagi sedap dari kau makan di kedai ni. Kari Bangladesh ni memang padu. Kalau tersedak, bersembur air hidung.
Enn Choh. Proses buka ladang kat sini susah. Banyak law dan regulation kau kena patuh. Paling penting, zero burning. Memang kau tak boleh bakar langsung. Sampah domestik pun kau tak boleh bakar. Kena tanam. Itu pun lepas kau asingkan besi, kaca dengan plastik.
Norizan Mamat. Macam ni aunty. Kami punya senior ni terjal amat. Dorang nak kami punya fitness lagi tinggi dari geng ROTU. Sebab tu dorang suruh lumba lari dengan geng ROTU ni. Budak sekarang panggil ragging. Kami dulu panggil training. Alhamdulillah. Berkesan juga cara tu. Sampai sekarang, kalau apa yang datang, kami hadap saja. Tak boleh hadap, kami lari laju-laju. Hahaha.
DiLa Latif. Nice. Aku tunggu geng DPIM komen, dah tumbuh janggut lutut aku. hahaha. Kami balik juga time cuti sem. Kalau orang lain cuti 8 minggu, kami cuma cuti 4 minggu. Lagi 4 minggu kena pergi praktikal.
Praktikal masa part 1 paling seksa. Praktikal dalam Uitm tu. Semua orang takde. Malam sunyi semua kolej. Aku pernah tidur tengah jalan antara Cendana dengan Pulai. Dekat court tenis tu. Ramai-ramai baring tengah jalan. Sebijik motor pun tak lalu.
Malam-malam pergi jalan-jalan kat kolej perempuan yang dah kosong. Time makan paling seksa. Semua tutup. Nasi sebungkus, ayam 3 ketul, kongsi 6 orang. Janji beralas perut. Ukhuwwah kami ni disebabkan oleh tradisi senior-senior kami. Apa benda pun kena unite. Sorang salah, semua kena hukum. Bertahan je la. Sebab tu sampai sekarang kami kawan baik.
Mel Lin Da. Dah join dah group tu. Tapi tak rajin komen. Taknak kena kecam. Hahaha. Good effort dorang tu. Teruskan. Kembangkan lagi. Banyak lagi dorang boleh buat tu. Banyakkan refer group urban farming lain lagi.
Siti Sariff. Please do that. Kalau dah ada minat, teruskan. Support dia. Dulu cita-cita I nak sambung ke UAS Uppsala, Gdansk Poland atau Sapporo Agriculture College Jepun. Tapi memandangkan graduate part 8, lupakan je lah. Hahaha.
Roza Abdul Rahman. Yam Seng? Aduu.. ini pun dark side of planters juga ni. Ada satu tradisi yang turun temurun dari planters zaman colonial lagi iaitu beer talk. Tapi apa-apa pun semua bergantung kat peribadi seseorang tu.
Ada sorang senior planter yang saya kenal pernah pesan, “Apa benda yang kau buat, kau ingat satu je, ada lagi tak secebis iman dalam dada kau?”. Nak saya jadi ilmuan, saya pun masih belajar kak. Tak cukup lagi ni.
Zudokoshita Zeet Zureena. Mak aku klako? Belum aku cerita pasal bapak aku lagi. Lagi klako dia tu. Aku paling suka time dia drive. Time drive dia paling klako. Selalunya aku nampak malaikat maut panggil aku time dia drive. Pernah dia bawak kereta jalan Kota Tinggi ke Mersing.
Depan kereta kami ada 3 biji kereta. Dia nak overtake juga 3 biji kereta tu. Bila dia keluar, tiba-tiba ada sebiji trailer laju dari depan. Dia overtake juga. Trailer tu makin dekat. Tengah dia overtake kereta kedua, dia toleh tanya aku kat sebelah, “Sempat tak?” Ya Tuhan… Time kritikal macamtu dia ajak begurau. Hahaha.
Bainun Ct. Macam mana sawit boleh jadi santan? Hurmm.. Panjang ni, aku pendekkan. Santan sawit berasal dari minyak sawit juga. Tahun 1998 dorang jumpa santan kering guna teknik dry blow. Latest dorang tapis minyak sawit tu sampai jadi santan warna kuning cair.
Petang tak nampak pekerja dekat kebun sawit? Ah sudah.. mana dorang menyorok pulak? Nanti aku cari. Hahaha. Sebab dorang mula kerja jam 6.30 pagi, jadi dorang habis kerja jam 2.30 petang. Kalau kau balik pukul 5, memang tak jumpa la. hahaha.
Syazwana Sulaiman. Selain membaca, aku suka tulis surat kat sahabat pena. Hahaha. Takdelah. 70-an betul bunyi hobi tu. Hahaha. Aku suka buat pisau, memancing, jalan-jalan dekat hutan, restore kereta, ikut misi kemanusiaan, dan bercerita. Tapi orang tak suka dengar aku cerita. Sedih betul. Rupanya dorang lagi suka aku menulis. Mungkin sebab rupa aku kot. Maklumlah, gigi taring semua. Bobby, deme jangan gelak. Hahaha.
Hafizah Mahfuzah Hanim. Krisis air di estate? Setakat estet-estet yang aku kerja, takde lagi krisis air. Air kami tapis dari kolam tadahan. Infact, masa krisis air or kemarau, ada je orang kampung datang minta air. Kami bagi. Orang Selangor yang tengah takde air tu janganla gi pau air estate-estate kat Selangor tu pulak. Hahaha. Mati la aku kena kecam.
Soalan pasal tangan panas. Aku tak sure nak cakap macamana? Kau dah try? Ke kau amalkan teknik tanam tinggal? Lepas tanam kau biar je pokok tu cari makan sendiri. Kau berpegang teguh pada prinsip, ulat dalam batu pun boleh hidup? Hahaha. Kalau nak ikut, tangan planters ni pun panas. Ringan lagi tu. Cepat panas hati. Hahaha. Bila kau tanam, kau cuba jaga tengok. Pilih benih yang baik, medium tanah yang baik, baja yang baik, air yang cukup. Insya Allah. Bak kata Buya Hamka, “Yang sudah ada ini harapan kita.” Korang try la yang terbaik.
Nabill Fakhrie. Isu pertanian haram di Cameron. Baik, apa-apa yang haram dan melanggar peraturan, janganla buat. Ada sebab kenapa orang larang. Ikut peraturan. Ikut pengalaman member planter aku yang kerja di atas sana, sayur Cameron paling kuat pakai racun haram dari Thailand. Ya. Atas sana pun ada planters kerja. Korang pun mesti biasa selfie-selfie dekat ladang dia. Takpun makan cake dekat ladang dia. Hahaha.
Doreen Chumpin. Hahaha. Tinggi nar semengat kitak juak mau cari kamek? NurFarah Ayuni. Hahaha. Buat buku. Lambat siang la kalau aku tulis buku. Mau dah bercicit esok baru siap. Mana ada orang nak baca tulisan rojak macamni. Awal-awal kena banned dengan DBP.
Aku ada perasan wife kepada tok imam Masjid Al-Ummah Telok Chengai share cerita aku. Aku nak bagitau korang, banyak-banyak masjid dalam Malaysia ni, ada 2 yang aku pernah pergi dan aktiviti dia best. 1, Masjid Kompleks Pertanian Serdang. 2, Masjid Al-Ummah Telok Chengai.
Kenapa best? Aku tak pernah jumpa lagi masjid kawasan kampung panggil lecturer ekonomi untuk bagi talk pasal Belanjawan dan Ekonomi Negara dekat masjid. Tok imam tu pun aku rasa umur dia tak jejak 40 lagi.
Ini sepatutnya fungsi masjid. Masjid ni juga rajin buat program bedah buku. Kalau korang ada peluang, try usha-usha page Fb masjid al Ummah tu. Nak kenal tok imam dia senang je. Yang tinggi renjong tu la tok imam dia. Hahaha. Jangan marah paksu. Gurau.
Dah habis sesi soal jawab. Aku nak sambung topik hari ni pulak. Kali ni aku nak bawa topik serius dengan sedih sikit.
Ok dah. Kali ni aku nak cerita bab safety. Bunyi macam boring kan? Aku pun boring. Kalau pergi kelas safety ni berjam-jam bhai. Naik tepu otak aku. Bosan yakmat. Tapi apa boleh buat, once dah terjadi incident kat tempat kau, memang berjoget la orang DOSH ni turun.
Setiap kerja yang kau buat dalam ladang ni ada buku SOP dia. Hatta mesin rumput pun ada SOP dia. Bukan kau boleh suka-suka nak buat kerja. Kau kena brief dulu pekerja kau. In case kalau jadi accident, tapi kau tak brief pekerja kau sebelum dia start kerja, memang masak la kau. Tengok pada keseriusan kes. Surat cinta warna apa nak dapat.
Safety ni terletak bawah akta OSHA 1994. Bawah akta tu ada regulation yang kau kena patuh. NADOPOD 2004. USECHH. Noise Exposure. Kalau geng ni nak cari salah kau, dia akan check ikut level. Mula-mula dia akan try charge kau bawah Akta.
Kalau tak dapat, dia akan try charge kau bawah Regulation. Kalau tak sabit, dia try Industrial Code of Practise. Tak sabit jugak, dia akan charge kau bawah Guidelines. Geng planters take note la. Susah kalau geng ni da start buat kerja dorang.
Kau pastikan semua briefing documented. Amek gambar, simpan rekod. Benda biasa. Supaya senang nak backup kau kalau jadi apa-apa. Aku cakap sebab aku pernah kena, walaupun aku terlepas sebab semua bukti menyokong yang aku dah jalankan tanggungjawab aku, tapi aku still kesal sebab ada nyawa yang melayang.
Aku faham punca kemalangan ni kau boleh shortlistkan kepada 3. Punca manusia, punca alat dan takdir. Kau boleh nak elaborate lagi pakai fishbone Ishikawa tu tapi bagi aku, 3 tu dah cukup. Kes aku ni memang dah takdir pekerja aku nak meninggal. Aku down betul time tu. Aku tak tau apa patut aku buat. Bos aku sampai suruh aku cuti sebab dia nampak aku down.
Aku memang rapat dengan pekerja-pekerja aku. Bila dia meninggal sebab kerja yang aku suruh buat, aku betul-betul rasa bersalah. In fact masa outsource panel buat inquiry tu, masuk je bilik, aku terus cakap aku yang salah. Panel tu cakap, kita tak investigate untuk cari salah. Tapi untuk cari punca dan prevent benda ni dari jadi lagi.
Cerita dia macam ni. Kau pasang background music sedih-sedih sikit. Pagi tu macam biasa aku suruh pekerja aku ni untuk ambil buah guna mini tractor grabber. Ala… tractor kecik yang ada tangan untuk cekup buah tu. Lepas dia gantung dog tag dia kat tempat kunci, dia pun start kerja.
Masa aku otw balik ke rumah petang tu dari office, aku nampak lagi yang parking grabber tu kosong. Aku ingat dia still ambil buah sebab memang kadang-kadang sampai malam dia ambil buah. Dia ni memang rajin. Kadang-kadang dia siap tapau lagi buah-buah balance member dia yang balik awal.
Malam tu macam biasa aku pusing compound office nak tengok dorang dah lock belum compound office. Bila aku check tempat kunci, aku still nampak dog tag pekerja aku. Aku tak sedap hati. Aku pergi tengok tempat dia kerja petang tadi. Tapi aku tak dengar bunyi grabber tu. Aku balik linesite, aku cari mandore harvesting aku, ajak dia cari sama-sama.
Dekat sejam aku pusing tapi tak jumpa. Makin aku risau. Aku panggil field conductor aku guna walkie talkie, suruh dia ajak lagi 2-3 mandore lain pusing pergi cari sebab ikut record guard house, pekerja tu tak keluar.
Dalam pukul 11 malam macamtu, walkie talkie aku berbunyi. Field conductor aku panggil aku datang field 89. Aku tanya jumpa dah ke. Dia cakap dah jumpa. Aku suruh la dia balik dengan pekerja tu. Tapi field conductor aku ni minta juga aku datang field tu. Aku pun pergi la.
Bila aku sampai, aku park motor, terus aku rasa nak rebah. Mandore aku dah menangis-nangis. Field conductor aku dah duduk mencangkung urut kepala. Pekerja aku tu meninggal atas grabber tu kena hempap pokok sawit yang kena Ganoderma. Kau bayangkan kau duduk atas tractor, kepala kau tersangkut di stereng, bahu kau rapat dengan peha sebab kena hempap dengan pokok sawit umur 23 tahun. Usus kau berterabur bawah seat tractor tu.
Aku panggil manager aku dengan HA aku datang field tu. Lepastu aku pergi balai polis buat report semua. Polis datang ambil gambar semua. Dan jenazah kami hantar ke hospital untuk post mortem. Pukul 10 malam esoknya baru aku balik rumah aku. Next day, orang HQ mula turun. Mula dah dorang ni gelabah tetek.
Aku yang penat dari kelmarin mula nak panas. Benda dah jadi. Notification ke DOSH aku dah buat. Full report in 7 days tu kau boleh tunggu aku okay kejap tak? Apa kau ingat aku saja-saja nak hantar pekerja aku serah nyawa macam tu je ke?
Untuk pengetahuan korang, Ganoderma ni kulat yang menyebabkan basal stem rot atau reput pangkal batang kepada sawit. Setakat yang aku tulis ni, takda lagi ubat yang proven boleh cure Ganoderma ni. Setakat nak prolonged life sawit tu, memang ada. Nak cure, memang tak ada.
Aku cadangkan dekat fellow planters aku, kau keep track berapa jam driver tu bekerja dari dia mula daftar. Senang. Nasib baik aku ada simpan rekod jumlah jam dia mula bawa tractor. Bila panel tu tengok, dia rasa arwah tu dah kompeten sebab dah bertahun dia bawa grabber tu. Sistem dog tag tu pun bagus. Aku implement sebab nak tau siapa yang pakai tractor tu. Senang nak monitor.
Banyak lagi kes accident dalam plantation. Tapi ni semua punca dari mentaliti. Benda yang orang larang, jangan la buat. Sebab tu aku tak segan silu maki pekerja aku buat salah. Dan kalau perlu, physical contact. Aku tak peduli. Janji kau selamat dan tak mati bawah jagaan aku. Aku taknak kau datang berjalan, balik dalam kotak.
Ada lagi kes-kes lain yang ngeri. Tapi yang ni paling terkesan dekat aku. Arwah memang baik. Dia selalu ajak aku balik kampung dia di Jawa Tengah sana. Nak bawa aku pusing Pulau Jawa. Alfatihah untuk kau bro. Nanti kita jumpa.
Yang lain, pandai-pandai la jaga diri kat tempat kerja. Orang tak buat law safety ni kalau benda ni tak penting. Aku rasa aku stop sampai sini dulu la kot. Lepas ni memang aku busy sikit. Dah sampai masa nak kena kerja sampai 2-3 pagi. Silap-silap, tidur di office.
Aku tinggalkan korang dengan kata-kata Buya Hamka. “Hidup terbina antara pahit dan manis. Jikalau selalu saja pahit, hati akan menjadi rawan. Dan kalau sentiasa saja manis, hati akan menjadi bosan.”
Aku taknak korang bosan. “Jangan tangisi yang telah hilang, tapi syukuri yang masih ada.” Ingat semua, “Manusia itu asalnya dari tanah, makan hasil tanah, berdiri di atas tanah, dan akan kembali ke tanah. Lalu kenapa masih bersifat langit?.” Be humble and stay positive.
Mohon maaf atas terlanjur kata atau terguris hati. J is signing off, 73, jumpa dan jumpa lagi. Assalamualaikum. Clear.
– John Johny Johnathan (Bukan nama sebenar)
Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit