Untuk part I, (https://iiumc.com/tentang-mimpi/).
Hai Assalamualaikum Aku pernah tulis confession tentang mimpi 2 bulan lepas. Alhamdulillah rata rata aku terima tiada kecaman cuma kata kata semangat dan teguran membina. Semua kata kata semangat yang kalian berikan aku screenshot dan baca bila aku hilang semangat dan fikir negatif.
Alhamdulillah, aku baru pulang dari umrah. Benar kata kata kalian, lepas balik dari umrah Allah jawab satu persatu doa. Ketika di depan Kaabah iaitu pada hari lahir aku juga, aku berdoa supaya Allah tutup pintu harapan aku pada dia jika dia benar bukan milik aku dan menggantikan aku dengan lelaki terbaik dunia akhirat buatku.
3 tahun aku menanti dia, kalau aku tahu dia ada gf pada waktu tu, tentu aku tak ingin berkenalan dengan MN. Duhai MN, kenapa perlu kau tipu aku hidup hidup?
Apakan daya hati dah terlajak sayang, aku sayang MN tapi aku lepaskan juga pada gf nya yang banyak tolong dia saat susah dan senang. Aku risau digelar perampas, aku risau menyakiti hati perempuan lain. Aku lepaskan kenangan dan harapan yang dicipta MN bersama aku.
Aku share sedikit perasaan hiba aku, saat aku berada di Jabal Rahmah. Tempat pertemuan semula Nabi Adam dan isteri baginda. Mutawif berdoa, aku mengikut mengaminkannya dengan curahan air mata.
Pada ketika Mutawif berdoa ‘Ya Allah, Engkau kurniakanlah jodoh terbaik dunia akhirat buat anak anak kami’ saat itu aku toleh ke belakang dan terlihat ayah yang berpakaian ihram berdoa sambil melutut dengan tangan yang diangkat sangat tinggi. Ayah aku menangis merintih sesungguh sungguhnya ketika itu.
Aku tak tahu apa doa dia, aku tak tahu apa yang ayah aku tangiskan tapi aku ingin benar ayah aku tahu yang aku sangat terluka dengan perbuatan seorang lelaki terhadapku walau aku sembunyikan dari pengetahuan dia. Tapi di hadapan Allah, aku hanya berdoa dan merintih. Tiada terlintas dendam terhadap lelaki lelaki yang pernah mengecewakan aku.
Dan pada saat ini aku menulis, MN sedang bersanding bersama gf nya yang kini menjadi isteri yang sah. Di hari bahagia dan dihari lahir perempuan tersebut. Lelaki yang aku tunggu selama hampir capai 4 tahun menikah dengan gadis pilihannya. Aku masih degil scroll gambar perkahwinannya di ig story kakak MN.
Hati dan perasaan aku? Aku menyesal dengan pertemuan dengan MN tapi apakan daya, inilah jalan aku. Inilah bahagian aku. Aku redha, namun aku cuma manusia biasa. Sedih. Saaangat sedih. Harini satu pekerjaan aku tak menjadi. Mungkin aku perlukan sedikit ruang dan peluang untuk diri aku harini. Ibu aku pun faham, dia biarkan aku berehat dalam bilik.
Aku sudah merasa keperitan jatuh bangun dalam dunia percintaan berkali kali, putus tunang sudah, putus cinta sudah. Wallahi, hati aku kini makin keras macam besi. Aku agak trauma dengan percintaan.
Namun, aku harap satu saat akan ada sinar harapan buat aku kembali, aku harap satu saat aku akan bahagia seperti orang lain yang mampu berkasih sayang sesama suami isteri. Tiada lagi lagu ‘Seribu Tahun- Imran ajmain’ yang aku selalu play dalam kereta. Tiada lagi kasih dan pernantian buat MN, haram sudah aku menaruh harapan serta kasih pada suami orang.
Doakan semoga aku terus kuat, meneruskan kerjaya, mencipta memori indah di negara lain. Membina aset dunia akhirat dan menajamkan bakat berenang, kek dan gubahan bunga aku kembali.
Akhir kalam, aku mendoakan kebahagiaan buat semua lelaki yang menyakiti aku dan aku tidak pernah simpan dendam dengan semua lelaki yang pernah menyakiti aku. Buat MN, saya masih ingat janji awak unutk rawat luka lama saya tapi hakikatnya awak lah yang menambah garam di luka saya.
MN, terima kasih dengan pengajaran hidup yang awak berikan, sebelum kita berpisah awak pernah cakap awak takut kalau satu saat Allah balas perbuatan jahat awak pada saya pada anak perempuan atau adik kakak awak kembali. Tapi MN ingatlah, Allah itu Maha Adil dan Maha Pengampun.
MN, andai awak terbaca, saya sedang melihat awak bahagia dan saya bahagia. Saya tahu cinta tak semestinya memiliki. Saya tak dapat memiliki awak, saya masih maafkan awak walau awak berlaku terlalu kejam terhadap saya.
Untuk lelaki di luar sana, jangan pernah bermain main dengan hati perempuan. Hati perempuan sangat lembut dan mudah jatuh sayang. Sungguh mahal kejujuran dan kesetiaan seorang lelaki di akhir zaman kini. Berlaku setia dengan pasangan masing masing. Ingat, di belakang seorang gadis yang kau lukakan ada hati seorang ayah yang turut terluka.
– AMN (Bukan nama sebenar)
Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit