Resolusi Tahun Baru

Assalamualaikum. Aku Lisa. Bukan nama sebenar. Birthday aku hujung tahun, disebabkan birthday aku nak dekat masuk tahun baru. Inilah masa yang baik untuk aku muhasabah diri aku dan perbaiki lebih baik. Ni yang aku buat saban tahun.

Aku nak cerita aku yang dulu. Aku ada adik beradik ramai, aku anak tengah. Dulu kecik2 boleh kata agak susah. Tapi rasa susah tu disulami rasa syukur sebab aku tau lagi ramai orang susah. Dalam kepayahan dan kekurangan tu, Allah beri kelebihan iaitu aku mudah belajar.

Family aku jenis cakap lepas, mengutuk, mengata, mengejek. Masa aku kecik dulu aku sangat benci diri aku. Walaupun ada kakak2 abang2 (orang luar) puji aku comel aku baik tapi ujian untuk aku, adik beradik iri hati dan suka buat cerita pasal aku.

Mak aku jenis yang suka wujudkan persaingan adik beradik. Jadi sesi up diri sendiri tu setiap masa. Duduk diam pun kena kutuk. Lagi la bab fizikal kena bahan. Self esteem boleh down teruk. Apepun aku sayang kat semua

Aku jenis yang jaga hati, buat sesuatu fikirkan orang lain. Masa sekolah aku ikat perut kumpul duit untuk gembirakan mak aku masa hari jadi, hari ibu. Mak aku bukan jenis mak yang soft, apa usaha aku apa aku buat seolah tiada nilai. Kena herdik, kena maki. Dera fizikal takde, tapi mental torture tu setiap hari.

Untuk budak2 yang dapat duit belanja RM0.50 masa sekolah rendah dan RM 1.00 masa sekolah menengah. Dapat simpan RM 30-80 untuk beli hadiah aku rasa not bad.

Setiap hari sekolah, bukannya aku bawa bekal makan pergi sekolah, sekolah dari pagi sampai petang.maghrib br sampai rumah. Tahan je perut keroncong. Bila balik, baru aku makan nasi. Masa makan tu, syukur dah ayam goreng dan kicap. Aku tau ramai lagi susah.

Bila aku masuk universiti, duit biasiswa bulan2 aku bagi kat mak. Untuk guna buat belanja adik2. Aku kesian kat mak sebab abang kakak aku selalu mintak duit. Aku buat part time. Kalau cuti sem, kerja kena berdiri 8 jam.

Setiap kali balik rumah, aku beli macam2. Masa tu takde transport. Aku jalan kaki. Bimbit barang senget kiri kanan. Aku kesian kat adik2 aku, aku taknak diorang rasa kekurangan. Aku beli macam2. Aku dah biasa bawak barang berat

Untuk orang bertubuh kecil macam aku, berat aku masa sekolah 30kg. Masa universiti 40kg. Bawak barang 40-50kg tu biasa. Masa aku sekolah, aku yang tukang beli dan bimbit barang2 rumah. Aku kesian kat mak aku bawak barang.

Apa saja mak nak, aku cuba turutkan. Aku ikat perut simpan duit untuk mak aku pergi haji… Aku pastikan duit gaji aku buat part time bersih, dengan kerja amanah. Tak curi tulang. Aku dengar ustaz cakap nak jadi tetamu Allah, kena dari rezeki yang bersih dan berkat.

Aku beli cincin gelang kat mak aku lepas dapat keje. Kesian mak dari muda jaga kami, sampai bergadai emas. Sampai la aku dah kahwin, suami aku pulak jadi mangsa sesi mengutuk. Mak dan adik beradik buat aku serba salah, buat aku kena memilih… Aku rasa lemas sangat. Nak jaga hati mak, nak jaga hati suami. Sampai tahap klimaks, aku rasa aku jaga hati semua orang tapi siapa jaga hati aku.

Aku ikat perut untuk orang lain. Aku amat jarang beli sesuatu untuk diri aku. Lepas kahwin, suami aku pun kurang hargai aku… Bukan tak hargai tapi kurang… Aku lahirkan anak dia 3 orang kut. Sampai kadang2 aku fikir kalau aku mati, takde sape kisah…aku susah hati untuk orang lain. Tapi aku entah makan ke tidak, takde orang tanya.

Selama ni apa yang aku buat atau nak buat, aku tanya mak, tanya suami. Aku takut apa aku buat tak berkat. Tapi takde sape tanya isi hati aku, apa aku nak buat. Takde sape kisah apa yang aku suka, apa yang aku tak suka.

Dalam 2 tahun lepas. Aku taktau angin mana datang atau hantu apa merasuk, beri aku kekuatan untuk aku buat keputusan untuk diri aku. First time dalam hidup aku aku buat keputusan sendiri. Masa birthday aku, aku buat benda aku suka. Aku reward diri aku.

Macam mengamuk dan lepas geram, which is aku sorang je lah tau. Lantak pi lah orang lain. Suami aku ada bisik kenapa aku tak tanya dia, mak aku pulak langsung tak berani tanya aku. Sebab aku senyap je buat tak tau. Masa ni aku rasa oh bestnya perasaan buat benda yang kita suka, tanpa kena fikir orang lain.

Tahun lepas masa birthday aku, aku dah cakap siap2 kat husband aku nak pergi bercuti sorang2. Suami aku pun tak heran dan tak kesah, dia bagi buat apa, asal aku suka. Tahun ni masa birthday aku, aku cuti, pergi buat spa, make over diri aku. Biar jap anak2.

Self appreciate, self rewarding ni bagus. At last aku rasa macam orang merdeka. Sebab selama ni terpenjara dengan perasaan jaga dan fikir pasal orang lain. Sekarang aku bebas. Dalam fikiran aku bebas dipengaruhi orang lain. Aku dah boleh kawal apa yang aku rasa.

Effect kena bahan daripada kecik ni, sampai tua terasa. Nak buang negative talk dalam kepala tu bukan senang, bukan boleh buat sehari dua. Perlukan perjuangan. Apepun ia bermula dgn diri sendiri.

Just love being yourself. The more you love yourself, the less you seek for approval and validation.

Aku bersyukur kerana tanpa bantuan sahabat aku yang percayakan diri aku, beri aku kata2 perangsang. Selalu sokong aku, ada dekat sisi aku. Aku tak mampu kawal fikiran dan emosi aku. Aku takkan mampu bantu diri aku.

Aku baru kenal sahabat aku ni 2 tahun lepas, aku banyak belajar daripada dia. Dan juga suami aku yang beri aku peluang aku buat apa yang aku suka.

So, untuk siapa yang tak sure lagi resolusi untuk tahun baru apa. Aku cadang, love and appreciate yourself. Hargai masa yang ada, isi masa dengan buat sesuatu yang kita suka. Bukan apa yang orang suka.

Beri peluang untuk diri explore hobi baru, sukan baru. Dan pandang cermin, cakap “aku cantik, aku bijak, aku baik” dengan senyum habis manis 40 kali. Peluk diri sendiri (just kidding)

“Semua orang ada masalah, untuk mengatasi masalah, kamu hendaklah tiada masalah. ”

– Lisa (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *