2 bulan lepas aku berjaya secure new job. Totally new industry, new position, memang menyimpang jauh daripada previous work experience aku. And I’m excited to explore new challenge.
Maybe daripada tajuk korang dah boleh agak industri apa yang aku bakal kerja. It is hospitality industry – a hotel. 4 hari sebelum aku start kerja manager hotel whatsapp, “I remember you said you can work without the scarf right?”. I was like, “What??? I never say that”. Berderau darah aku.
Aku cuba ingat balik moment2 interview 2 bulan lepas. Adalah sangat mustahil aku agree untuk sacrifice agama demi kerja. Bagilah gaji 10k sekalipun kalau disuruh bukak tudung aku sanggup decline the offer.
Lagi 4 hari nak start kerja baru issue ni timbul. Ya Allah dugaan apakah ini. Dia kata company diorang follow international hotel standard. Ok. Tak kesah la nak follow international standard ke apa, yang baru sekarang bagitau dah kenapa?
Time interview cakap la terang2 tak leh pakai tudung. Aku pakai tudung kot masa interview. Takde pun dalam memori aku dia mention diorang follow international hotel standard tak boleh pakai tudung.
Lepas panjang lebar aku taip, tak cukup taip aku call pulak lagi, ayat aku hujung2 tu senang je. “If the company don’t like me wearing the scarf then I’m sorry I have to ‘tarik diri’ from joining the company. I’m saying this because I don’t want in the future got any issue. So now its up to the management”.
Tak lama lepas tu dia call balik cakap memandangkan aku tak nak bukak tudung so diorang takkan letak aku bahagian operation. Aku just kerja bahagian office je. Which is first of all memang bahagian operation tu bukan jobscope aku pun.
Aku interview untuk position marketing. Memang marketing duduk ofis. Cuma masa interview diorang kata bila aku dah start kerja nanti let say ada ketikanya aku tak busy so diorang mintak aku backup bahagian operation. Jaga kaunter. Aku ok je.
Yang aku tak ok kenapa masa tu tak cakap team operation tak boleh pakai tudung? Kenapa masa tu tak mention so called “their-culture-following-
So tu lah ending selepas sesi aku defend my stand & religion. I’m sorry I have to be firm. Kalau dia nak sebarkan kat staff dia yang aku degil kepala batu lantak dia.
Nak membawang pasal aku, sukati. I said what I said. Kalau begitulah gayanya culture diorang, aku dah nampak dah yang akan aku korbankan lunch hour aku untuk solat zuhur. But its okay.
Ada satu ayat dia yang paling takleh blah. Dia kata staf dia yang melayu pergi kerja pakai tudung, sampai hotel tanggal tudung. Ketahian apakah ini?!
Eh, aku memang nak carilah nanti siapa puaka2 yang mempersendakan agama ni. Sangat2 kecewa negara Islam macam kita, majoriti Muslim, Islam agama rasmi, agama rasmi inilah yang dipersendakan.
Sebelum ni aku pernah dengar issue diskriminasi keatas pekerja wanita Islam. Cuma aku tak expect benda ni betul2 jadi kat aku.
If that’s how they play, I’m so ready to break any rules sampah diorang. Awal2 aku dah redha kalau diorang takleh terima pendirian aku, aku rela lepaskan job ni. Aku yakin rezeki Allah tu luas.
Maybe ada antara pembaca kat sini yang kerja hotel or other hospitality industry. Boleh share tak any similar experience or situation yang berlaku macam kes aku ni. Aku nak tau, what I’m suppose to do if in the future timbul lagi kes diskriminasi di tempat kerja.
Kepada siapa patut aku majukan kes ni? Pejabat buruh? Suhakam? Ada tak kes2 similar yang berjaya settle? Please share di ruangan komen.
Also, mohon jasa baik share if ada kekosongan bidang marketing or anything similar just in case memang aku tak lama kat hotel tu nanti.
Terima kasih daun keladi.
– Tun Teja (Bukan nama sebenar)
Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit