OCD vs Procrastinator

Assalamualaikum semua. Thanks admin jika kisah aku ni dipaparkan dalam iiumc. Sorry jika korang penat membaca luahan perasaan aku ni. I need a place to just luahkan hal yang terbuku di hati aku ni. Nak cerita dengan famili, semua jenis tak boleh terima teguran dan tak pasal-pasal kena cop anak derhaka plak aku ni.

As for my husband, aku ada luah gak la kat dia since dia ternampak aku mengamuk kat dapur rumah tu. Tapi dia sendiri tak boleh nak bantu aku keluar dari keadaan aku sekarang sebab in a way, situasi aku sekarang ni disebabkan i have no choice and quitting my career bukanlah jalan penyelesaiannya. Sapa nak bagi aku duit setiap bulan RM5k? Plus aku sendiri bukan jenis yang boleh duduk diam di rumah dan berniaga memang bukanlah forte aku. Dah try but fail miserably.

Ceritanya bermula bila aku terpaksa tinggal serumah dengan famili aku disebabkan tuntutan kerjaya aku. Seronok stay dirumah sendiri dah berbelas tahun tapi tetiba kena tukar kena tempat lain atas arahan orang atasan. Dah frust dah kat situ sebab kena PJJ sekali lagi dengan husband dan bawa anak-anak semua dengan aku sebab kerjaya husband pun sama hectic dengan aku.

Nak tinggalkan anak-anak dengan dia tu memang taklah disebabkan selain pengasuh, memang takde ahli keluarga yang boleh diharapkan in case berlaku emergency or bila dia kena outstation.  So it was decided aku akan bawa anak-anak pindah bersama aku since aku dipindahkan ke lokasi yang dekat dengan kampung aku dengan harapan time aku oustation, boleh la famili aku tolong jaga anak-anak aku ni.

Awalnya aku dah cari rumah sewa untuk aku stay dengan anak-anak aku. Tapi mak aku bagi ultimantum, kalau aku degil nak sewa rumah gak, jangan dah balik ke rumah dia. Kalau aku oustation pun jangan tinggal anak-anak aku dengan dia. Dia tak mau ambil tahu dah pasal aku dan anak-anak aku kalo aku tetap nak sewa rumah dan tak mahu tinggal dengan dia. So, nak tak nak aku kena balik tinggal di rumah famili.

Some people mungkin seronok dapat tinggal sebumbung dengan famili kan? That’s what i used to feel too. Tapi bukan sekarang. Kenapa? Bayangkan orang yang OCD tentang kebersihan dan kekemasan rumah tinggal sekali dengan orang yang suka bertangguh buat kerja.

Pinggan mangkuk lepas makan dibiarkan di bawah sofa. Kekadang lepas 2 hari baru bawa pi dapur tapi belum tentu akan terus basuh. Berlonggok lagi another 2 days atas meja makan plak. Pisau kupas buah dibiarkan kat tempat budak-budak boleh capai. Baldi berisi air mop lantai yang kotor dibiarkan tepi ruang tamu. Debu sampah yang disapu dilonggok tepi almari. Macam-macam lagi lah.

The conclict is terrible but at the same time orang yang OCD ni tak boleh tegur lagi satu pihak disebabkan nak jaga hati tuan rumah iaitu mak sendiri. Aku dah try kemas especially di dapur since bagi aku dapur ni sebenarnya nadi rumah.

Bila masak sendiri lagi sedap berbanding makan kat kedai and boleh berkumpul masak dan makan ramai-ramai. tapi dapur kena sentiasa bersih la kan? Isi rumah pun boleh makan makanan yang tak diragui tahap kebersihannya.

But not this kitchen. Kemas dan bersih tapi tahan seminggu je la. Kekadang seminggu pun tak sampai. Berterabur balik dapur tu. Sampai satu tahap aku dah rasa tak mau masak langsung kat rumah tu sebab aku tak nak masuk dah dapur tu. Memang aku bungkus je dinner untuk aku anak beranak.

Tapi nak tak nak, there are time kena masuk gak dapur especially time husband aku balik tengok aku anak beranak. Dia pun teringin nak makan masakan air tangan wife dia sebab dah penat makan kat kedai.

Tapi aku la penat nak bersih dapur sebelum masak. Sebab tu ada masa, dia sendiri akan ajak makan kat luar je la. Sebab dia tau isu aku dengan dapur tu. Gamaknya tak nak tengok wife dia mengamuk baling periuk kat dapur lagi.

But this weekend, memang aku frust giler. Bukan skit punya frust. Sampai tahap makan sambil mengalir air mata lepas tengok keadaan dapur. Aku baru takde di rumah 2 hari sebab ikut husband balik kampung dia. Lepas sampai di rumah, time tu time untuk dinner dan kami dah tapau dinner untuk dimakan di rumah.

So sementara husband settlekan anak-anak, aku ke dapur untuk hidang dinner. First thing yang buat aku stress is tengok dining table is still sama macam yang aku tinggalkan 2 hari lepas (aku balik kampung lepas breakfast dan ada makanan yang masih di bawah tudung masa aku tinggalkan rumah sebab ada yang tak breakfast lagi time tu) dan ditambah plak dengan benda-benda baru beli tapi tak disimpan. Then bau tikus.

Then aku nampak tepung dan gula aising berterabur atas lantai dan kitchen cabinet. Maybe cik tikus bawa lari. Tengok atas meja lagi satu (yang kitorg biasa guna untuk prep bahan masakan), aku tengok ada sayur yang tak habis digunakan tak disimpan semula dalam peti ais sampai dah kering sayur tu. Ditambah plak dengan unidentified things dalam tupperware yang dah berkulat pun dilonggokkan atas meja tu. Pinggan mangkuk yang dah siap dibasuh pun dilonggokan atas meja tu.

Tengok kat sinki, satu sinki dah penuh dengan periuk dan pinggan mangkuk yang dah berbasuh tapi tak disimpan. The other sink is full with dirty dishes. Dan tepi kabinet sinki, ada longgokan periuk yang dah berapa lama rendam pun aku tak tau (jenis masak tapi tak suka basuh periuk. Basuh periuk bila nak guna balik je. Don’t ask me why). Plus dengan longgokan besen yang dah basuh (besen tu semua aku dah basuh sebelum ni dan susun elok-elok kat rak).

Time ni darah dah naik kat kepala. Tapi yang buatkan aku dari marah jadi frust giler bila time aku nak menyusun benda-benda kat sinki tu, aku nampak bangkai tikus yang dah reput kat tepi kabinet dapur. Korang paham tak perasaan aku bila nampak semua ni? Rumah ni ada 3 orang yang lain duduk tak termasuk aku dan anak-anak aku. Tapi takkan bangkai tikus tu nak tunggu aku balik gak baru nak buang?!!! Diorang takde hidung dan mata ke? And this is not the first time either.

Sebelum ni aku gak yang kena kutip buang bangkai tikus kering kat dapur tu. Bila tanya mak kenapa tak buang, dia kata dia sibuk dengan benda lain sampai tak sempat nak buang. The other 2 just masuk bilik masing-masing. Padahal diorg tetiap hari lalu kat tepi tempat bangkai tikus tu. Takkan tak boleh spend masa just 10 minit untuk bersihkan? Kenapa perlu tunggu aku balik untuk aku yang bersihkan?

Husband aku suruh je pasang perangkap or letak racun tikus. For me, yang tu bukan isu sebenar. The real issues is kenapa orang dalam rumah ni tak jaga kebersihan dapur. Ruang lain dalam rumah ni boleh dikatakan kemas dan bersih bagi orang yang hampir OCD macam aku ni. Tapi ruang dapur?? Aku pun takdelah harap ruang dapur akan cantik macam martha stewart punya dapur. I just want it to be clean. That’s it.

Sebelum ni, dapur rumah ni takde lah kotor sangat. Tapi semenjak ayah aku meninggal, masing-masing dah macam letting go all the basic care masa di dapur. Dah la tak bersih lepas tu unsafe plak sebab dah jadi daya tarikan untuk ular plak datang cari makan. Ada ruang yang ular boleh masuk tapi orang yang aku suruh datang repair, tak datang repair gak walaupun dah berbulan.

Nak buat sendiri aku plak tak sampai nak paku siling umah tu (yes, ular terjun ikut siling okay!!!) aku ni dah tak larat jumpa ular kat dapur dah. Ada yang berjaya lari ikut pintu dapur dan ada yang berjaya aku tangkap dan bunuh sendiri (jangan tak percaya. Dengan hantu pun aku boleh jerkah kalo aku betul2 naik angin). Kalau masing-masing just jaga dan kemas serba sedikit, keadaan dapur takkan seteruk tu.

Even kalau diaorang rasa diorang terlampau sibuk pun, please janganlah sepahkan yang aku dah kemas. Susun semula barang yang digunakan. Aku dah keluar banyak belanja untuk organize dan bersihkan dapur ni tapi tak dihargai pun. Aku dah cadangkan untuk ambil part time cleaner, tapi mak aku bantah atas alasan buat malu kat orang je nak suruh orang tolong bersihkan rumah sendiri.

Penat dan frust ni hanya Tuhan je yang tau. I know there are way out from this problem. Either keep on cleaning and tidying things up on my own or just get out from this house. Aku lebih prefer pilihan kedua tu tapi kalau aku keluar, aku akan dicop anak derhaka by famili aku walaupun rumah yang aku nak sewa tu tak jauh dari rumah famili aku. Rayuan aku untuk berpindah ke negeri lain masih tak diendahkan oleh bos aku.

Aku dah maklum yang aku ada personal isu yang hanya boleh resolved kalau aku berpindah keluar dari negeri ni sahaja. Tapi bos aku suruh sabar lagi 2 3 tahun untuk pindah. Mampukah aku sabar dalam keadaan macam ni? Dengan isu kebersihan? Dengan living condition where i have to share 1 small bedroom with all my 3 kids? Situlah tempat tidur, situ lah tempat letak kain baju, mainan dan barang sekolah diorang?

There are no such thing as home sweet home bagi aku sekarang ni. Selagi boleh blk lewat, aku akan stay kat ofis sebab tak nak balik rumah. Pengasuh dan anak-anak aku pun tak expect aku akan ambil diorang awal setiap hari.

Aku takut one day aku jadi depressed dengan keadaan mcm ni. Dengan kerjaya aku sendiri yang agak demanding dari segi mental dan fizikal. Di ofis serabut, balik rumah pun serabut. Semasa di rumah sendiri, walaupun penat dengan kerja tapi aku boleh happy bila balik rumah. Sebab rumah sentiasa kemas walapun takde maid dan walaupun sibuk dengan keja, aku tetap boleh masak dinner setiap malam.

Even bawa bekal pi ofis or masak untuk jamu anak-anak buah kat ofis. It doesn’t take much time at all to do that sebab dapur sentiasa kemas dan bersih. Barang-barang masak dah siap prep dan simpan dalam freezer every weekend. Husband dan anak-anak pun boleh tolong kemas rumah dan sentiasa ingat warning aku “everything has its place and everything should be in its place”.

Bukan tak boleh semak, but lepas main or guna barang sila terus simpan. Jangan bertangguh. But now, not anymore. There is no joy in being in a kitchen. Dah jadi mcm tempat torture plak dah sekarang ni. Nak buat dapur asing, memang still tak boleh selesaikan masalah. Because my mom would fail to see why i need another kitchen when we already have two kitchen (kondisi sama ja 2 dapur tu).

Ntah la. Aku penat. Memang sesungguhnya penat. Mohon didoakan akan ada jalan keluar segera untuk aku tanpa menyakitkan hati mak aku dan semoga aku tidak dicop sebagai anak derhaka.

– Along (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *