Assalamualaikum semua. Dah lama simpan benda ni, tapi saya belum cukup berani untuk tulis. Tapi disebabkan post fb mengenai muka jenazah yang sukar dicuci akibat treatment bedak sulam, saya rasa saya kena menulis juga.
Saya harap ada manfaat untuk wanita di luar sana yang obses nak jadi cantik.
Pertama sekali saya harap penulisan ni akan mendapat respon atau jawapan daripada doktor² estetik di luar sana. Sebab saya pun tak arif mengenai hukum halal haram sesetengah bahan yang digunakan di klinik estetik.
Cuma saya akan sampaikan perkara² yang nampak meragukan sepanjang saya bekerja di sebuah klinik estetik.
Bagi yang tak tahu apa itu klinik estetik, ia tak sama macam klinik biasa untuk sakit demam batuk selesema tu. Tapi klinik ni ialah klinik kecantikan, dan perlu ada doktor yang ada sijil tauliah.
1. PRP.
Dengan bahasa mudahnya, kita ambil darah pesakit dan komponen dalam darah tu akan diambil. Kemudian komponen itu digunakan dalam rawatan PRP ni.
Nak dijadikan cerita, saya tengah google mengenai PRP di klinik, tup tup ternampak mengenai fatwa di :
Jujur saya bukanlah lulusan bidang agama, tapi apa yang saya faham, bahan bukan suci hanya boleh digunakan ketika DARURAT dan TIADA ALTERNATIF lain. Rasa² bidang kecantikan ni darurat tak?
Dan yang saya tahu darurat ni adalah bila situasi mengancam nyawa kalau tak dilakukan. Dan baaanyak lagi alternatif lain untuk jadi cantik kan?
2. FILLER INJECTION.
Masa saya bekerja dulu, filler ni kami gunakan untuk pesakit yang nak hilangkan kedut. Nak tau tak apa yang menarik, ketika staff disuruh promote di media sosial mengenai so-called ‘anti-aging injection’ ni, ada doktor yang tak benarkan kami sebut boto*.
Saya ni pantang benda² tak jelas, terus tengok packaging bottle injection tu, tulis BTA. Sahh! Pelik bukan, sampai nak sorok daripada pesakit. Sebab kita semua tau bahan tu tak dibenarkan.
3. SIKAP SAMBIL LEWA PESAKIT.
Akhir sekali saya nak bagitau ada beberapa pesakit yang tengah buat treatment tulaaa baru nak tanya benda ni halal ke tak.
Adoii sah² la doktor akan cakap halal. Pusing sikit laaa.. contoh cakap, “negara maju yang lain tak nak pun buat bahan yang halal” takpun bagi ayat baik sikit, “benda ni bergantung pada niat kita..”
Excuse me niat tak halalkan cara ye. Takkan sumbang mahram tu dikira halal sebab niat takut tak sengaja berzina dengan orang lain.
Ni belum masuk cerita tipu dekat resit ye. Pesakit pun sepatutnya tahu, kebanyakan majikan hanya akan cover medical issue sahaja bila awak datang klinik. Estetik tu bukan medical issue ye sebab awak bukan nya tengah sakit.
Sebenarnya banyak lagi treatment dekat klinik estetik ni yang sangat meragukan. Cuma saya berharap wanita di luar sana, baik remaja ke, wanita 30-40 an ke, mahupun datin² yang nak masuk 60 tu ke.
Please pastikan dulu sama ada treatment awak tu ada libatkan benda meragukan atau tidak.
Saya nasihatkan jangan tanya klinik estetik tu sahaja, sebab sah² diaorang akan cover up. Try cari info dari sumber lain pula ya.
Saya tak lama sangat kerja di situ, sebab lama² jadi tak best dan rasa tak sedap hati bila ada unsur macam ni. Mungkin sekarang dah ada pembaharuan lain pula ke, wallahua’lam.
Moga bermanfaat.
– Mawaddah (Bukan nama sebenar)
Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit