Mertua Pilih Kasih

Assalamualaikum buat admin dan semua pembaca IIUMC. Aku ada satu luahan yang aku sendiri tak sangka nak jadi macam ni. Aku harap nama aku di hide kan untuk menjaga aib dan sensitivity masing2. Sebelum tu aku nak minta maaf mungkin confession aku ni lebih kepada krt.

Aku post sini sebab aku tahu page ni ramai follower yang lebih berilmiah. Mungkin ini ujian dan dugaan buat aku. Tapi aku tak kuat nak hadap benda ni sorang2. Aku perlu kan kata2 semangat dan motivasi dari kalian semua bukan kecaman dan kata sinis.

Aku Diana bukan nama sebenar. Seorang isteri baru berkahwin dan belum mempunyai anak. Suami aku seorang anak, menantu dan suami yang baik, bertanggungjawab, jaga solat, tak pernah berkira langsung bab duit, suka tolong aku kemas rumah. Yang ini aku sangat bersyukur. Kami kenal selepas berkahwin.

Sebelum berkahwin aku pernah bekerja. Selepas itu aku terpaksa berhenti kerja di atas sebab2 tertentu. Suami aku pula kerap outstation ke merata tempat. Jadi aku terpaksa ikut suami. Gaji suami aku mampu untuk menampung keluarga kecil kami.

Nak dijadikan cerita, suami kerap outstation ke negeri kelahirannya. Kalau dah outstation sudah tentu kami akan balik ke rumah parent dia dan akan tidur di sana. Boleh dikira since kami kahwin adalah dalam sebulan dua kali balik. Stay paling lama pun dua minggu. Aku pernah menyuarakan supaya dia balik seorang diri. Tapi dia tak faham aku dan merajuk. Aku terpaksa mengalah.

Mak mertua aku pula seorang suri rumah. Bermulut lancang ikut sedap mulut nak cakap apa. Tak pandai nak jaga hati dan perasaan orang lain. Lebih2 lagi aku ni seorang menantu yang baru. Aku orang baru. Baru nak sesuaikan diri dalam family in law. Baru nak berkenalan dah kena attack tak sempat nak mengelak. Aku pula jenis seorang yang kurang melawan dan tak suka cari masalah dengan orang. Tapi makin lama aku sabar aku dipijak kepala. Mental aku kena torchure dan dipermainkan.

Apa yang aku buat ada sahaja yang tidak kena. Dia akan komplen dan cakap direct depan aku kalau dia tak puas hati depan orang ramai. Malu aku takyah cakap la terpaksa tebalkan muka. Aku tolong dia potong sayur pun jadi isu. Kena potong macam ni macam tu. Tak tolong lagi la teruk kena. Cerewet takyah cakap la. Bukan aku tak pandai buat kerja dapur dan masak.

Sebelum kahwin lagi aku dah tolong mak aku masak macam2 kalau ada bab kenduri kendara kat rumah. Aku boleh handle masak sorang2 kat dapur. Masak bagi aku adalah benda simple dan senang. Tak payah complicated sangat. Aku ada cara tersendiri. Mak aku sendiri pun tak pernah nak control aku sampai macam itu sekali. Benda macam ini la membuatkan aku malas dan rimas nak ikut balik ke rumah mertua. Semua ada rules.

Dari sudut pemakaian aku pula seorang yang simple yang tak sarat dengan labuci manik. Tak macam mak mertua yang pandai bergaya. Aku pakai baju kurung biasa je pun dia komplen. Bagi aku asal tutup aurat dah. Suami aku pun tak bising bab ni. Mak metua pula yang melebih.

Mak aku sendiri punyai menantu. Tapi mak aku tak pernah layan menantu dia macam yang aku kena. Mak aku sehabis baik layan lebih daripada anak dia dan jaga hati menantu dia. Tak pernah nak buat muka depan menantu dia. Mak aku siap bagi macam2 lagi kalau ada masalah duit mak aku bagi duit tak pernah berkira tolong mana yang tak cukup.

Aku dengan ipar belah aku baik je kami dah macam adik beradik. Aku layan sebaik mungkin tapi kenapa aku dapat ipar belah suami mulut leser cakap kasar, batu api busy body suka campur urusan hal rumahtangga orang lain.

Mak mertua aku tak habis2 cari kekurangan aku sebut pasal kerja. Asal aku balik tanya pasal bila nak kerja. Satu family tak habis sembang pasal kerja. Membandingkan aku siapa lagi berduit. Sampai aku naik bosan. Takda topik lain dah kalau bukan pasal kerja dan duit. Terdesak sangat kah aku nak kumpul harta sampai berjuta 7 keturunan baru nak di pandang tinggi. Memandang orang kerana berharta baru nak ada rasa hormat.

Bukan aku nak kikis duit anak dia pun. Sebab aku bukan sejenis menghabiskan duit dekat benda yang tak berfaedah dan nak bermewah2. Jauh sekali nak demand macam2. Aku pun takda terikat dengan apa2 hutang sebelum berkahwin dan selepas. Semua clean bab duit.

Parents aku sendiri pun tak ajar hidup mewah even aku dari anak orang yang senang. Lagi pun sebelum kahwin aku ada duit saving kerja dulu. Ohh lupa, mak mertua aku ni high taste pakai barang yang branded. Paw duit anak tanpa belas ehsan. Duduk rumah setinggan.

Beza dgn parents aku even boleh dikatakan orang senang. Duit byk kerja hebat tapi sedikit pun tak pernah nak canang kata banyak duit kerja hebat. Duit banyak bukan modal kami untuk riak dan canang depan orang. Mak aku tak pernah nak menunjuk pakai barang mewah. Pakai gelang sampai ke lengan tunjuk siapa lagi mampu. Kami tak sanjung harta bergunung. Bagi kami harta tak boleh di bawa mati.

Parents aku didik aku pun bukan dengan kemewahan. Selagi boleh kami nak bersederhana dan takkan cerita banyak mana harta duit semua tu. Bukan aku tak mampu pakai barang mewah. Aku ada tapi aku tak suka menunjuk. Aku tak suka berlawan siapa lagi hebat. Kadang aku menyampah dengan orang yang takda apa tapi bangga menunjuk dan cakap besar. Aku cukup anti dengan orang macam ni.

Disaat waktu aku coret confession ini. Hati aku makin tawar. Rasa macam dilanyak disebabkan sikap dan perangai mak mertua ipar duai belah suami yang bertalam muka. Dah cari masalah dengan orang selepas itu senyap macam takda apa yang berlaku seolah olah puas menyakitkan hati menantu sendiri.

Bila anaknya kemain dipuji dibelain melambong. Bukan dia takda anak perempuan. Hari ni dia layan aku macam tu esok lusa Allah balas balik. Hidup ni macam putaran roda. Lambat atau cepat Allah balas. Aku bukan nak doakan buruk tapi aku geram sabar aku ada hadnya.

Aku kesian suami aku. Disebabkan perangai mak dan adik beradik sendiri dia tersepit. Aku jadi murung dengan campur tangan pihak ketiga sekarang rumahtangga kami goyang. Semua di control. Orang dah meluat dan benci aku takkan aku nak terhegeh berlakon macam aku ni okay. Aku buntu dan sakit kepala.

Seronok sangat ke tengok rumahtangga anak dan adik beradik sendiri hancur? Susah sangat ke nak terima aku. Selama ni aku banyak diam aku sabar dengan kerenah orang yang hipokrit dan negatif macam ni.

Mungkin lepas ni aku takkan jejakkan kaki untuk balik. Aku tak peduli apa orang kampung belah suami nak kata. Faham sendiri. Sebab aku rasa mungkin aku tak diperlukan dan macam tak wujud dalam dunia family suami aku.

Aku harap jika aku jadi mertua suatu hari nanti. Aku takkan buat macam mak mertua sekarang ni layan aku. Sekian cerita daripada aku.

– Diana (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *