Jangan Berhenti Untuk Cuba

Assalamualaikum semua. Sedikit pengenalan, saya seorang perempuan berumur 24 tahun. Sekarang tengah study leave bila dah nak grad. Disini saya cuma ingin berkongsi sedikit pendapat dan pengajaran sepanjang kehidupan saya.

Bagi saya, sepanjang kehidupan saya ni, banyak juga cemuhan, iri hati, keluhan, dan ada juga yang memberi pujian dan penghargaan. Ada satu masa, saya memberi nasihat, dan ada satu ketika saya yang dinasihati.

Kadang-kadang, bila saya sering menasihati, saya lupa diri tanpa saya sedari. Bila diberi nasihat, mula diri ini melenting dan berkata seperti “kau tak rasa apa yang aku rasa” atau “kau tak faham”.

Mungkin, ini merupakan satu alasan, atau mungkin ia juga satu penghadang bagi diri untuk tidak menjatuhkan lagi diri ini. Sebab satu ketika, bila fikiran ini terlalu serabut, bila diri membenci diri sendiri, semua dianggap negatif.

Masa kecil dulu, saya merasa rendah diri, mungkin sebab yang dipanggil nasihat itu dianggap ejekkn. Yelah bila fizikal kita, yang mungkin tidak dapat diubah, diberi sejak kita dilahirkan tapi dinilai atau ditegur.

Satu hari, bila seorang guru berkata, “tak apa kita tak cantik, tapi bila kita pandai orang akan suka kita”. Masa tu saya tersedar dan terus belajar sungguh-sungguh dengan kepercayaan pandai itu bererti result exam mesti paling bagus dan memuaskan diri.

Diri masih remaja, memang belajarla kerjanya, sampai bila ibu meminta pertolongan pon diberi alasan sibuk belajar. Banyak je masa yang dihabiskan dengan minat kat benda lain contohnya tengok drama, baca komik sebab stressnya belajar. Masa tu, result exam ni bagi saya adalah segalanya. Sampailah berjaya masuk uni.

Bila saya fikir balik, setiap kejayaan seseorang tu, ia tetap berharga dan dapat memuaskan diri sendiri, ibu bapa kita, guru kita tapi dalam masa yang sama kejayaan tu jugak bukan nya indah selamanya. Sebab setiap kejayaan tu ada tanggungjawab dan ujian lain yang kita akan hadapi dihari mendatang.

Bila dapat result PMR dulu, saya. susah-susah belajar, cikgu kata “awak tahu tak? sijil PMR ni toilet paper jer. Sijil SPM la nanti yang menentukan masa depan awak”. Masa tu, masih rasa macam tak guna je. Penat belajar, tapi dapat toilet paper je.

Ada juga cikgu kata bila masa SPM, “awak belajar je, nanti masuk uni senang”. Macam-macam kata cikgu dulu, dan sebab masa tu remaja, masih ikut saja kata guru-guru tu.

Bila masuk uni, cikgu yang mengajar dulu dah jarang jumpa but masih mencari kebenaran disebalik kata-kata mereka. Cikgu kata dulu nanti masuk uni senang, bila dah dekat uni ni, struggle dia lain macam, mana senang nya? Tetap susah adalah.

Kat uni, bila saya kena berdikari sendiri tanpa kurang kata-kata semangat mcm kat sekolah dulu, berdepan dengan macam-macam ujian, bila berseorangan, bila rasa takut dijudge, jadi serabut, stress memang rasa nak berhenti, macam-macam rasa ada.

Sebab, dunia yang dulu yang hanya pergi sekolah balik sekolah dah bertukar. Sebab masalah tanggungjawab, masa depan, kewangan, semangat, hubungan dengan keluarga, kawan, lecturer, semua tu, dengan diri yang baru mula melangkah dewasa jadi diri ni lemah kembali.

Semua nampak samar-samar. Walau result still okay, tapi diri sendiri hilang arah, takut menguasai diri, terlalu banyak yang nak dicapai, diselesaikan, dirasai, mata, hati, semua rasa ingin berhenti.

Kita cuma diuji tanpa kita sedar itu ujian dan setiap ujian berbeza kepada setiap orang. Sebagai hamba Allah, yakinlah selagi mampu mencuba, kita cuba.

Cuba untuk jadi baik. Cuba untuk tukar cara pemikiran and fikir positif. Cuba luahkan perasaan. Cuba tingkatkan ilmu yang kita sedia tahu. Cuba sesuatu yang baharu. Cuba je. Kita masih hidup.

Setiap hari adalah satu peluang. Setiap masalah, bukan semua ada penyelesaiannya. Ada yang boleh diselesaikan, ada yang boleh diselesaikan separuh sahaja dan ada yang kita masih belum jumpa cara menyelesaikannya. Kita je, cara kita selesaikan nya macam mana. Betul ke tidak.

Bila ragu-ragu, tanya orang yang lebih arif, family, kawan, orang yang kita percaya, orang yang tiba-tiba ada depan mata kita atau, tanya je Allah. Yakin yang pada diri itu adalah benar and just go for it. Tapi kita kena ingat, mungkin kita akan gagal, tapi tak apa lah, belajar dari kesilapan. Cuba lagi atau cuba yang lain.

Setiap orang, jalan hidupnya berbeza, kita juga tak serupa, kita cuma sama kerana digelar manusia. Kita selalu bandingkan “dia lelaki” , “dia pandai”. Stop comparing dan cuba lihat dia manusia dan setiap ujian manusia berbeza, Allah maha Adil, yakinlah dengan Allah.

Jika rasa terlalu stress sangat, rehatlah ikut keperluan sampai diri sedar yang Allah masih ada dekat dengan kita. Cuba fikirkan, bila semua harta benda, nikmat yang diperoleh itu tiada, Allah tetap yang tolong kita dengan nikmat kurniannya.

Bila orang tanya, kau yakin tak Allah tu dekat dengan kita? Saya akan angguk je, tapi tak faham sangat until saya baca satu tulisan. Kita ni, bila masih muda, kita sering kali kena ikut cakap orang yang lebih tua. Tapi, kadang-kadang, orang tua lupa, jalan hidup kita tak sama.

Mungkin mereka sudah alami apa yang kita tengah alami, tapi mereka alami dengan orang yang berbeza, suasana yang berbeza, dan bila pendapat kita berbeza, mereka kata kita melawan, tak bersyukur, macam-macam. Tapi bukan bererti kita kena lawan cakap mereka, cuma pendapat berbeza, bincanglah sehingga sama.

Cuma bagi saya, buatlah apa yang dirimu yakin yang dimana pon pilihanmu, Allah tetap akan tolong dirimu. Jangan pernah menyesal dengan pilihan yang kita dah buat atau pilihan yang tersilap dan buat kita gagal sebab semuanya mengajar kita jika kita muhasabah balik diri ni. Melainkan kalau awak sedar berbuat dosa, menyesallah, bertaubat dan teruskan kehidupan dengan keyakinan yang baru.

Setiap orang buat dosa, tanpa sedar atau tidak, kita cuma mampu cuba sedikit ,sebanyak, berterusan , buatlah apa yang awak mampu untuk cuba dan cuba untuk tingkatkan juga. Tetapi, jangan mencuba untuk cuba mengalah.

Lastly, ni tulisan yang saya baca tu,

Coba perhatikan yang meliputi sekalian alam ini siapa? Bahkan ia hidup dalam dirimu. Bukan hanya hidup, bahkan dia yang memandikan jasad serta memenuhi segala kebutuhanmu, seandainya yang hidup ini bergerak sederajat saja kiamat sudah dirimu.

———————————————-

Kaji saja yang hidup pada Tubuhmu maka engkau tidak akan sesat dan tidak akan tergelincir pada kesesatan maupun pada kezindikan. Coba rasa yang hidup pada dirimu ini ada rasa bersentuh tidak? ada baunya tidak? ada suaranya tidak? ada bentuknya tidak?

———————————————-

Coba telaah lagi yang hidup ini, ada kanan-kiri-atas-bawahnya tidak? Coba pikir yang hidup ini, ada tempatnya tidak? Yang hidup pada Tubuhmu itu meliputi sekalian alam. Alam apa saja…Mengapa Tubuh yang sudah disediakan sejak berabad abad lamanya tidak mahu memakainya.

Carilah Aku didalam aku. Sesungguhnya Aku maha pengasih, maha penyayang.

Terima kasih jika anda baca sampai habis.

– Shahirah (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *