Mungkin Ada Hikmahnya

Assalamualaikum semua. Saya bahasakan diri “aku” ye dalam cerita ini.

Aku menulis disini lepas baca confession “Semoga gaji aku berkat ya Allah”. Boleh baca confession berkenaan di sini, (https://iiumc.com/semoga-gaji-aku-berkat-ya-allah/).

Sebenarnya nak balas kat komen je. Tapi ramai kawan-kawan yang follow page ni. Segan pula.

Aku pun mempunyai perasaan yang sama dengan confessor. Selalu risau sama ada gaji aku berkat ke tidak. Setiap kali lepas solat aku akan berdoa, semoga segala kerja yang aku lakukan mendapat gaji yang berkat.

Sama dengan confessor, aku juga designer, (UI/UX designer) di sebuah company di Kuala Lumpur. Company ni kecil sahaja.

Jadi kadang-kadang aku tidak ada kerja langsung sepanjang satu bulan atau lebih dua bulan kerana company tak ada project baru yang memerlukan aku untuk design user interface atau logo atau banner untuk iklan.

Bila aku tak ada kerja kat office, aku akan tengok drama korea, tak pun scroll fb. Tu je kerja yang aku buat sepanjang 8 jam kat office. Mungkin itu yang buat gaji aku tak berkat.

Disebabkan ini, gaji aku hujung bulan selalu macam tak cukup. Tak pernah ada duit lebih untuk simpan dan kadang-kadang rasa sedih kalau tengok kawan-kawan university yang sama course dengan aku yang nampak sangat berjaya dengan kerjaya.

Kemana duit aku pergi? Aku tinggal dengan keluarga aku, jadi segala bill-bill dan barangan rumah aku yang bayarkan dan belikan.

Aku sangat beruntung dapat berkhidmat untuk ibuku (ibu tunggal) dan adikku yang masih bersekolah. Tapi kadang-kadang aku teringin nak bawa mereka bercuti macam kawan-kawan bercuti dengan keluarga mereka.

Aku tau memang itu antara sebabnya duit selalu tak cukup, jadi aku selalu berdoa kepada Allah supaya memberkati kerja aku, dan kalau betul gaji aku tak berkat dengan bekerja disitu, kau permudahkanlah aku untuk keluar dari rezeki yang tak berkat itu.

Pendekkan cerita, akhirnya awal bulan December tu mungkin Allah dah perkenankan doa aku. Company aku ingin mengecilkan jumlah pekerja and aku antara yang terpilih untuk diberhentikan.

Last day aku berkerja ialah semalam (31 December 2019). Hari ni secara officialnya aku jadi penganggur.

Sedih? Sangat sedih dan risau. Keluarga kecil aku mengharapkan aku untuk segala urusan mengenai duit. Aku risau aku tak dapat cari kerja yang gajinya setaraf dengan gaji yang aku dapat sekarang.

Tapi dalam masa yang sama aku juga berfikir, mungkin Allah nak aku cari kerja yang berkat, kerja yang aku memang buat kerja, bukan makan gaji buta semata-mata. Mungkin ada hikmah aku kena berhenti.

Jadi confessor yang post tu, doa banyak-banyak ye supaya Allah beri petunjuk.

Aku sekarang masih mencari kerja, sementara tak jumpa kerja yang sesuai dengan tahap pendidikan aku ini, mungkin aku akan berkerja di mall. Doakan aku dapat kerja cepat ye. Aku tak nak mak risau.

– El (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *