Alahai Emak dan Ayah

Assalamualaikum semua.

Tujuan aku menulis ni adalah sekadar untuk luahkan perasaan yang aku pendam selama ni. Nak luah perasaan sedih aku ni pada kawan malu. Jadi aku ceritakan sahaja la dekat sini.

Kisahnya begini. Aku merupakan seorang perempuan yang umurnya hampir mencecah 30 tahun.

Aku tidaklah cantik tetapi tidak juga hodoh. Tetapi mungkin disebabkan bila aku rasa malu, aku akan kelihatan dingin dan menyebabkan aku susah didekati mana-mana lelaki.

Pada awalnya mak dan ayah aku tidak berapa kisah aku masih tidak ada teman lelaki walaupun kadang kala emak aku bertanya. Selalunya aku akan jawab acuh tak acuh sahaja sebab aku tahu emak aku tidak serius. Hanya sekadar bertanya.

Walaubagaimanapun, bermulalah kisah dukaku pada tahun 2020 ni. Dikhabarkan bahawa sepupu perempuanku yang muda beberapa tahun dari aku akan bertunang tidak lama lagi.

Aku juga mula nampak perubahan pada tingkah laku emak dan ayahku setelah mendapat tahu berita ni. Mereka mula risau padaku yang masih belum berteman.

Mereka tidak secara terang -terangan suruh aku mencari teman. Tetapi mereka akan lebih kepada menyuruh aku untuk ‘upgrade’kan diri aku. Contohnya, beberapa minggu lepas, aku bersiap-siap untuk membawa haiwan belaanku ke klinik haiwan.

Semasa aku sedang memakai tudung, tiba-tiba emak aku datang mendekati aku dan berkata, “Nini tadi ayah suruh emak bagitahu kamu. Pakai tu biar la cantik-cantik sikit”.

Terkejut aku dengar ayat emak aku. Terus aku pandang cermin. Tak adalah selekeh pun. Aku pakai seluar slack hitam, baju lengan panjang dan tudung yang digayakan.

Lama juga aku fikir. Apa yang tak cantik. Mungkin aku yang tak cantik agaknya. Hahahaha. Aku pun jawab, ” Dah cantik la ni emak. Nak cantik macam mana lagi. Lagipun nak pergi klinik haiwan je”. Akhirnya sepanjang perjalanan pergi ke klinik haiwan tu aku memikirkan aku ni selekeh sangat ke?

Kisah seterusnya, baru sahaja berlaku beberapa hari lepas. Aku, emak dan ayah aku nak pergi kenduri kahwin. Jadi aku pun keluarkan baju kurung yang aku nak pakai. Tiba-tiba ayah aku kata baju yang aku pakai tu macam orang yang dah berumur punya.

Aku rasa pelik. Selama ni aku pakai tak pernah pula mak dan ayah aku complain.

Waktu aku tengah bersiap tu emak aku tak berhenti complain suruh aku bergaya. Sampai aku jadi keliru. Emak aku nak suruh bergaya macam mana lagi. Semua pakaian yang aku pakai serba tak kena. Aku seorang yang sukakan gaya yang simple tetapi tidaklah selekeh. Akhirnya aku menangis.

Aku tanya emak aku sebenarnya emak aku suruh aku bergaya sangat tu sebab dia rasa malu ke sebab aku ni tak ada siapa yang nak?

Emak aku terus terdiam. Mungkin emak aku rasa bersalah cakap macam tu dekat aku. Sampai sekarang aku rasa sedih sebab aku rasa aku tak dapat bagi apa yang emak dan ayah aku harapkan.

Itu sahaja luahan perasaan aku. Terima kasih sudi baca confession aku ni.

Aku harap sesiapa yang terbaca confession ni dapat doakan supaya aku cepat-cepat dapat bertemu jodoh yang baik. Aku juga doakan semoga perkara yang baik-baik berlaku pada kalian juga.

– Nini (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *