Assalamualaikum, pernah tak korang tiba-tiba tersedar yang diri kita ni sebenarnya banyak benda yang tak tahu dan dalam masa yang sama benda tu salah tapi kita buat/guna sebab benda tu bersesuaian dengan agenda diri kita.
Baru-baru ni banyak sangat isu perkauman. Buka facebook isu sama, buka twitter isu sama. Cuma instagram sahaja tak nampak benda tersebut.
Whatsapp pula kalau yang bercampur dengan saudara mara. Macam-macam isu perkauman yang hari hari masuk. Pernah tak kita sedar atau tanya diri kita sendiri adakah kita ini racist?
Bagi aku isu racist ni memang melampau. Kalau baca sejarah hal perkauman ni macam-macam ada.
Tapi itulah, ramai dari kita anggap kalau orang lain racist jadi apa salahnya kita racist balik. Sebab itu jadinya pergaduhan hal perkauman. Sebenarnya isu ni bukan dekat negara kita sahaja negara maju lain pun sama.
Terus terang, aku dulu orangnya racist terlalu mudah maki kaum ini,kaum itu dan dalam masa aku rasa bangsa aku paling “superior” bagi aku benda ni punca isu perkauman. Ada perkataan,sebutan yang dulu kala orang selalu pakai. Tapi sekarang benda ni tak elok tapi masih ada yang pakai.
Aku nak berkongsi satu pengalaman aku, 3-4 tahun lepas aku pernah ikut rombongan haji. Sepatutnya kita nak berangkat ke tanah suci benda paling penting ialah jaga percakapan. Bila sampai sana macam-macam orang kita akan jumpa. Jadi ada satu isu yang hampir bergaduh.
Ada makcik ini terlepas cakap. ” “Ramai betul Ne**o” makcik tu tak sedar yang N word dia guna tak sesuai. Ayat lain orang tersebut tak faham. Tapi N word tu orang faham. Jadi sudah hampir bergaduh. Makcik tu asyik ulang “Ya Allah, saya tahu saya tak sengaja”.
Iya memang makcik tu tak sengaja. Tapi puncanya sebab apa? Ignorance. Orang-orang tua makcik/pakcik diorang slang atau sebut benda-benda racist ni bagi diorang benda biasa. Padahal benda ni terlalu sangat sensitif.
Tapi orang kita selalu sangat anggap “dulu boleh guna, takkan sekarang tak boleh guna” sebab itu kita kena tahu benda macam ni.
Okay mesti korang pernah dengar perkataan Jakun dan Sakai kan? Tapi dalam masa sama tahu ke tidak itu sebenarnya suku kaum orang asli. Kita ni sangat sangat kurang tahu tentang orang asli. Tahukah anda dua kaum ni dulu di jadikan hamba oleh orang Melayu kita?
Dan sebab itu perkataan tersebut di guna erti untuk benda negatif samakan suku kaum orang asli. Tapi kita ni ignorance. Kita anggap “eh aku guna bukan untuk kutuk orang asli” benda kita anggap normal dan dalam masa yang sama amat salah.
Aku memang tak suka isu perkauman. Bagi aku tak ada kaum yang paling Superior. Nanti akan ada yang komen. Aku tak suka Melayu, aku liberal dan lain-lain.
Tidak sama sekali. Aku pun sayang bangsa Melayu. Bahasa Melayu, Tulisan jawi dan lain-lain lagi. Sedangkan banyak budaya pakaian tradisi sejarah dan lain lain bangsa kita. Yang hancurkan ni siapa? Orang Melayu kita sendiri.
Selalu sangat kita cerita bangsa kita di tindas dari dulu dan lain-lain. Padahal bangsa lain pun apa kurangnya.
Sebab itu bagi aku ahli politik yang guna isu perkauman untuk dapat undian dan sokongan rakyat dan dalam masa yang sama rakyat sokong sebab isu perkauman aku rasa benda itu amat mendukacitakan.
No.1 kita kena ingat sebelum Melayu kita ni orang Islam. Patut ke kita sebagai penganut agama Islam. Guna isu perkauman untuk sesuatu agenda kita? Tidak sama sekali.
Bila masuk hal rasuah dalam ahli politik orang Melayu dan Islam. Kalau bangsa lain buat jahat atau rasuah orang akan cakap nama beliau. Tapi kalau orang Melayu buat jahat. Orang akan sebut “Melayu dan Islam” nampak tak? Kita tak jaga imej Islam.
Sekarang aku nak tanya. Bagi kalian Imej Islam atau Imej Melayu yang paling penting?
– Adam (Bukan nama sebenar)
Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit