Usaha, Usaha Dan Usaha!

Assalamualaikum wbt guys! Hari ni aku nak bercerita sedikit sebanyak mengenai USAHA.

Alhamdulillah syukur kepada Allah aku sudahpun berkahwin dengan pilihan hati aku yang sedang hamil untuk anak pertama kami. Alhamdulillah Alhamdulillah.

Cerita ni aku nak berkongsi adalah kerana perasaan suka dan bersyukur aku membuak buak dengan segala usaha aku dari awal perkenalan sampailah jinjang pelamin yang memakan masa almost 4 years.

Awal perkenalan kami, aku budak acah2 sport kat uni dulu, dia plak memang wakil satu sukan tu je dalam batch dia. Oh ye, dia senior, aku junior. Cara kami kenal taklah unik sangat, dia baru nak belajar handle annual sport carnival under uni.

Aku plak walaupun muda hensem, tapi ada pengalaman yang agak banyak dalam handling those kind of event laaa acaaahhh! Cara kami kenal simple, through whatsapp! Malas nak cerita bab cara kenal sbb tak sweet pun sembang pasal kerja.

Just straight to the point yang mana aku cakap usaha tadi. Ya Usaha! Si dia, bagi sesiapa yang tak mengenalinya dengan rapat akan beranggapan si dia seorang yang culas, cara pemakaian agak amboi amboi amboi! Aku mulanya macam tu.

Bayangkan first meeting dengan head event iaitu akulah tu yang baru balik surau dan berjubah, dia boleh pakai pakai seluar tido dia dengan baju tak seberapa nak labuh amboi amboi amboi. Awal2 hati aku membengkak mengomel, komen dan judge. Tapi jauh sudut hati, aku suka dia, aku nak didik dia!

Balik je meeting, tak sembang banyak, call ayah (aku selalu call ayah kalau jumpa stok2 bini).. Aku cerita la dia mcm mana n sebagainya.. ayah just cakap, “Mung ni lain macam kali ni! Gini lah, saing memolek la nga dio.. pah kalu keney sangat.. ikat awal2 takut orey cop” Aku pun bagitau ayah aku untuk beli cincin merisik. Ayah aku reply ok je no hal just kena dengan cara yang betul (ikut adat dan ugama).

So hampir 2 hari aku cari cincin. Jumpa je beli (aku memang businessman kt uni so duit tarak hal).

Ok masuk part usaha. Aku kan happy kan, so ada la beberapa kawan aku bercerita… resultnya ramai yang provok, ramai yang anggap takkan jadi (sebab aku pun jenis ramai kawan pompuan n gatal gak boleh tahan).

Part family pun sama, dari sisi family aku, kakak aku dua orang dua2 tak approve bhai. Cakap macam-macam (kami mengaku kami agak judgemental sikit). Semua gambar yang dia ada share sedikit sebanyak, gambar program, semua kakak aku tapis tapi still tak approve. Aku suarakan dekat mak aku, pun sama jawapannya.

Masa tulah aku mula berusaha, berdoa dan berusaha kembali mencari akal untuk memujuk keluarga aku. Masa tu ayah aku je yang approve sbb dia memang percaya pilihan aku memang A! Come on la.. aku kot!

Jadi betullah dalam Islam, cara mendidik adalah kita kena melihat kebaikan, bukan secalit kejahatan. So, aku memang cakap sisi positifnya saja dekat family aku. Contohnya pandai masak.. nampak simple.. tapi mak aku suka sebab dia suka masak.. abak2 pompuannya tak pandai hahahaha.

So aku cakaplah nanti dia ada teman orang masak.. lepastu mak aku cakap cara dia wassap aku tak hormat aku.. so mak aku suruh aku cakap kat dia kena panggil aku abang. Hahaha.. asalnya malu hanat tu! Tapi berkat panggilan tu. Memang jauh berubah dari seorang yang ganas menjadi perempuan yang santun dan menghormati diriku walaupun aku bertaraf junior.

Kayyyy!! Masuk part kawan2, kawan aku off course aku boleh pekakkan telinga walaupun ada sorang kawan aku ni cakap macam-macam (mungkin nak bergurau) pasal dia yang macam jatuh pada fitnah. Boleh tahan jadi gaduh besar gak sebab aku nk defend dia.

Tapi masuk part kawan-kawan dia, family dia, adik2 dia semua tu awalnya tak kenal aku, tak percaya kat laki seperti aku. Kadang-kadang dia beritahu aku ni jenis kaki kikis, sekadar nak ambik harta dan sebagainya. Sampai si dia tersungkur nangis ni tak boleh bangun sebab family dia suruh buang aku dari hidup dia hahaha. Memang nangis tahap gaban ahh citer dia.

So para lelaki semua, kat sini nak cakap..bukan dengan cara balas kenyataan yang jahat atau memburukkan family pasangan korang tu adalah jalan penyelesaian.

Cara aku adalah, spread positivity, aku nangis kat tikar sejadah.. aku cari jalan nak bagi family aku percaya she is the one! Aku buat cara yang sebetulnya untuk mama babah percaya aku ni is the perfect one for her!!

Mana buktinya? Aku start menyimpan 4 tahun lepas.. tapi bukan semua untuk si dia, untuk bina karier aku dimasa hadapan.

At the same time, aku nak family aku yakin dengan keputusan aku, aku tak pernah culas melaksanakan kewajipanku sebagai anak dan aku katakan ini semua hasil nasihat pasanganku (memang dia ada nasihat pun). Taktik lain, aku belikan hadiah untuk mak ayah aku, aku gunakan nama dia yang memberi.. bukan aku..

Part family dia pula, aku jadi diri aku, aku tunjuk aku usaha, selepas belajar uni, 11 hari je unemployed, lepas tu terus kerja kumpul duit untuk next step (bertunang).. takde rehat dalam hidup aku.. aku dah claim dia as the one! So aku bagi aku, aku kena hadap! Aku kena tunai janji aku!

Alhamdulillah, waktu kami disatukan, kedua-dua pihak amatlah bahagia sehingga mengalir air mata ibubapaku mengucapkan terima kasih atas layanan kepada kami yang jauh. Jua buat mertuaku, mengalir air mata berterima kasih kepada ibubapa kerana menyayangi menantunya seikhlas hati.

Itu sebenarnya bagi diriku hasil perkahwinan, mawadahnya.. cintanya bersemi diantara dua keluarga. Masing-masing berebut menunggu menantu mereka. Hat sini tunggu aku balik.. hat sana tunggu isteri aku pulang. Siap berpantang nanti ibuku mahu jaga.

Rata2 ramai sekarang fikir jodoh tu tup tup tup ada! Hakikatnya semua itu dengan usaha! Ada yang cakap jodoh tu dah tertulis, sape2 pun terima! Ya betul!! Tapi cara ko sampai kat jodoh ko tu camne? Ntah2 dapat bodoh dulu baru jodoh!

Even your death pun Allah bagi kita pohon untuk tangguhkan. Apatah lagi jodoh yang baik pun kena pohon dan usaha! Nak jauh dari kematian pun usaha dengan amalkan cara hidup sihat!

Dan memang bendanya sukar, siapa cakap senang sebuah perkahwinan ni aku tak tahu la.. sebab aku bermula dengan orang tiada apa2, tak punya rumah, tak punya kereta. Adapun motor cabuk untuk ketempat kerja. Tapi berkat usaha, usia muda dah punya secukupnyaaa! Alhamdulillah terima kasih Allah!

Natijah dari ceritera perjalanan hidupku, segalanya bagiku adalah usaha, sama ada dari segi rezkimu, jodohmu dan sebagainya memerlukan usaha selari dengan syariat Islam.

Bila mana hatimu ikhlas kerana Allah. InsyaAllah Allah akan memberi ilham kepadamu dan permudahkan urusanmu.

Mintalah! Usahalah!

– Laki kau (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *