Selamat sudah anak-anak beradu, terasa nak menaip malam ni berkaitan tajuk cerita. Aku ibu kepada 3 cahaya mata, berusia pertengahan 30 an dan sudah berkahwin hampir 8 tahun.
Alhamdulillah, Allah berikan rezeki zuriat di saat hati aku betul-betul redha dengan setiap perancangan Allah. Sebelum tu, aku selalu dihimpit dengan pertanyaan, bila nak ada anak.
Bukan setakat orang luar yang bertanya, orang sekeliling pun selalu memberi tekanan pada aku dan suami perihal anak sampai terkesan pada emosi aku sedangkan aku dan suami happy je lalui kehidupan kami sendiri dan berserah semuanya pada yang Maha Esa.
Bila dah ada zuriat, masih juga ada perkara yang trigger orang sekeliling untuk komplen cara nak jaga anak-anak ni.
Cara masing-masing untuk mendidik dan membesarkan anak tak sama tambahan lagi kehidupan zaman sekarang dan zaman dulu langsung tak sama. Tapi masih juga ayat, ‘dulu macam ni ok je’, ‘dulu buat itu,buat ini ok je’ digunapakai.
Ada orang lebih selesa tidurkan anak di siang hari tanpa sebarang alat bantuan dan ada orang lebih selesa gunakan buai untuk anak. Ada orang suka biarkan anak menangis dan pujuk diri sendiri sebelum dia pujukkan, dan ada yang tak boleh langsung tengok anak menangis,cepat-cepat pujuk.
Ada jugak yang lebih selesa buat home schooling di usia anak 4 tahun sebelum menghantar anak bersekolah di usia 5 tahun,dan ada yang lebih selesa terus hantar anak sekolah di usia 4 tahun.
Banyak lagi lah cara ibu bapa ni nak tentukan hala tuju anak-anak diorang, cara diorang nak didik anak masing-masing takkan sama dengan orang lain. Sebab perangai setiap anak-anak tu pun berbeza. Jangan nak samakan setiap dari anak tu akan berkelakuan yang sama je.
Cuma kadang-kadang orang sekeliling ni yang lebih-lebih, macam diorang tau semua pasal anak orang lain ni. Biarlah diorang buat keputusan sendiri kecuali kalau keadaan memudaratkan, barulah masuk campur. Tapi ibu bapa ni mesti nak buat dan beri yang terbaik untuk anak-anak diorang kan.
Yang melihat tu, doakan lah yang baik-baik untuk setiap ibubapa ni. Jangan pulak jadi batu api cakap itu ini, itu tak kena, ini tak boleh. Masing-masing dah besar, dah jadi mak ayah pun, mesti ada solusi di setiap perkara yang jadi.
Lebih sesuai kalau orang sekeliling ni membantu bila ibubapa tu sendiri yang mintak tolong. Lain dari tu, doakan jelah yang baik-baik.
Aku doakan setiap ibubapa di luar sana terus diberikan kekuatan untuk besarkan anak masing-masing dengan cara yang terbaik dan aku mohon doa kalian untuk aku terus diberi kekuatan membesarkan anak-anak aku tanpa terkesan dengan kata-kata orang sekeliling.
Terima kasih.
– Mom of 3 (Bukan nama sebenar)
Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit