Pandangan Dari Sisi Seorang Muallaf

Assalamualaikum WBT. Dengan nama Allah yang lagi Maha Pemurah dan Mengasihani, Apa khabar semua?

Aku terpanggil untuk menghantar artikel ini setelah membaca luahan Puan Asikin di “Murtadnya seorang sahabat” (https://iiumc.com/murtadnya-seorang-sahabat/).

Luahannya cukup terkesan dihati kerana aku adalah bekas penganut ajaran Catholic.

Terlebih dahulu aku ingin memberi sedikit penerangan tentang agama Catholic. Ramai yang musykil mengenai Catholic dan Kristian. Kristian adalah asas tetapi mempunyai cabang yang banyak. Salah satu cabang adalah agama Catholic atau Katolik.

Sebagai bekas penganut, aku cukup faham apa yang menimpa Saudari Ina. Sewaktu permulaan aku menjadi mualaf, aku tidak dapat lari dari kejian manusia dan menghukum aku tanpa usul periksa.

Apabila aku ke masjid, aku pernah dikatakan agen yahudi atau kafir kerana masuk Islam untuk memesongkan akidah orang lain.

Inilah kesilapan melayu muslim yang memang perlu diubah. Sikap yang terlalu egoistik, gemar jatuh hukum sehingga lupa dosa fitnah itu lebih zalim dari membunuh.

Berbeza apabila aku ke luar negara, penerimaan kaum muslimin dan muslimat disana cukup berbeza. Masih ingatkah anda mengenai kisah seorang imam menyapa lelaki yang ingin menembaknya di New Zealand? Imam itu adalah sahabat baik aku di sana.

New Zealand mengamalkan sikap keterbukaan dan saling respect sesama agama. Sebab itulah anda akan rasa perbezaan penerimaan mereka mengenai Islam. Mereka cukup menghargai antara satu sama lain dan itu yang dididik oleh penganut Katolik.

Apabila aku kembali ke Malaysia, aku berhadapan bukan sahaja muslim melayu disini, malah, badan organisasi sendiri tidak mempedulikan kami sebagai mualaf. Mualaf bererti masih baru, ibarat bayi yang perlukan sokongan dan galakkan.

Terima kasih kepada Ustaz Ebit Lew kerana adanya beliau, kami tidak terasa terlalu asing pada masyarakat Islam di Malaysia.

Seperti mana diterangkan oleh Puan Asyikin, Organisasi St Vincent memang terkenal bagi Human’s Right atau hak asasi manusia tanpa mengira bangsa dan agama.

Aku harap di Malaysia kita mempunyai organisasi seperti itu untuk menerapkan keindahan agama Islam dimata luar. Kita juga mempunyai ramai orang-orang Islam yang kaya raya untuk menubuhkan satu organisasi seperti yang disebutkan.

Kita perlu ubah mentaliti sekiranya kita mahu ramai jatuh cinta kepada agama Islam. Islam bukan untuk melayu sahaja. Janganlah terlalu memandang kami yang bukan melayu ini adalah hina.

Aku memilih Islam kerana aku percaya hanya Allah SWT adalah Tuhan sekalian alam dan makhluk. Aku juga akan selalu mendoakan kepada Saudari Ina untuk kembali kepada Islam. Islam agama yang cukup indah. Terpulang kepada kita untuk mencorakkannya.

Akhir Kalam,

Kepada Puan Asyikin, aku harap anda boleh menghubungi aku dan aku akan sedaya upaya menolong Saudari Ina untuk kembali kepada Allah SWT. Sesungguhnya ini adalah Jihad Fisabilillah.

Assalamualaikum…

– Halim (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *