Assalamualaikum. Aku perkenalkan nama aku sebagai Rai, perempuan berumur pertengahan 20-an. Aku ada seorang bestfriend lelaki, aku namakan dia Joseph. Aku muslim manakala Joseph pula non-Muslim Sabah, agama rasminya kristian namun gaya kehidupan dia lebih kepada free thinker.
Kami sudah lama berkawan, dari zaman belajar sehinggalah ke alam pekerjaan. Kami bekerja di company yang sama, namun department yang berbeza.
Walaupun department berbeza, tapi kami kerap berjumpa setiap hari untuk break bersama, kadang-kadang pergi dan balik kerja pun sekali. Orang luar akan anggap kami macam pasangan kekasih yang ideal tapi realitinya, kami hanyalah bestfriend.
Benar kata orang, lelaki dan perempuan memang tak boleh jadi kawan baik. Aku bukan sahaja sayang Joseph sebagai kawan, tapi lebih dari itu. Aku cintakan dia sepenuh hati aku. Tapi Joseph pula hanya anggap aku bestfriend dia, dia sayangkan aku hanya sebagai kawan saje, tidak lebih dari itu.
Sakit? Ya sakit sebab aku perlu memendam rasa ini dek kerana faktor perbezaan agama, budaya dan lifestyle. Kami bestfriend dan kami sering pergi ke mana bersama, malah hampir semua rahsia dia aku tahu, dan banyak rahsia aku dia tahu sebab kami suka sharing cerita.
Bagi aku, Joseph adalah lelaki paling kacak di mata aku, malah akhlaknya jauh lebih baik dari muslim yang lain. Aku tertarik dengan personalitinya dan cara dia layan aku, memang sweet dan caring. Cuma, lifestyle dia memang agak liar.
Aku tahu berkenaan nightlife dia sebab dia sendiri yang bagitau aku. Dia setiap hujung minggu akan mabuk dan berparti di kelab-kelab malam, dan hampir setiap minggu juga dia akan langgan GRO high profile yang kos semalam boleh mencecah hingga ribuan ringgit.
Ya dia memang high taste. Dia takkan langgan pelacur murahan tepi-tepi jalan yang ramai orang pakai tu. Tapi dia cari yang betul-betul cantik dan limited edition. Yang betul-betul kena dengan taste dia.
Kadang-kadang dia minta aku ambilkan dia selepas dia dah mabuk-mabuk dan berseronok dengan betina-betina lain. Aku tak marah? Why aku nak marah? Aku memang bestfriend dia, so aku tak boleh nak halang minat dan keinginan dia.
Dia sendiri mengaku yang dia memang kaki minum dan at least once a week memang kena try pekena dengan pompuan untuk lepaskan his lust. Macam addiction jugaklah.
Pernahlah aku tanya, “Sampai bila kau nak hidup macam ni? Mabuk everyweek, f*ck sana sini, why tak cari wife je kahwin dan kau boleh f*ck dia like everyday”.
Jawapan dia simple, “I’m still young and I want to enjoy my life. Kahwin is complicated. Nanti bila aku rasa nak quit, aku quitlah”. Well said. Enough. Aku dah tak berani nak cakap lelebih. Kang dia benci aku pulak.
So almost all girls yang dia pernah hook up tu aku tahu dan kenal, nama pun bestfriend kan. Tipu la kalau tak jeles.
Aku dah penat menangis bila mengenangkan saat-saat dia tengah berasmara dengan pompuan lain. Perasaan tu macam, aku ni Seolah-olah wife yang sedang menunggu di katil saat isterinya tahu suaminya tengah f*ck pompuan lain.
Walaupun kehidupan dia sangat sosial, tapi itu tidak mengubah dan mengurangkan sedikitpun rasa kasih dan cinta aku pada dia. Kenapa aku cinta dia sangat? Sebab dia selalu ada di sisi aku saat aku senang dan susah. Sebab dia je faham aku. Cuma, dia tak pernah cinta aku. Hanya aku yang cinta dia.
Bila aku sakit, dia lah orang yang paling risau. Dia terus bergegas ke rumah aku dan ketuk pintu sampai nak tercabut pintu rumah tu. Tahu-tahu je dia ada depan pintu sambil tanya “sakit apa ni? dah makan ubat?”, soal dia penuh serius.
Dan macam biasa, aku memang tak suka makan ubat. So dia akan pergi ambil ubat dan paksa aku makan. Then dia akan masakkan bubur sebab nak bagi aku makan dulu before ambil ubat. Sounds like drama kan? But it is really a reality.
Antara garang dengan caring. Can you imagine this? Dia sangat concern dengan diri aku. Membuatkan aku sentiasa dibuai cintanya. Tapi, aku kecewa sebab cintaku hanya bertepuk sebelah tangan. Dia hanya sayang aku sebagai kawan sahaja.
Dia jugak tak boleh tengok aku sedih. Pernah sekali ada member kitorang marah aku, then dia pergi marah orang tu balik sebab buat aku sedih.
Dia memang protective. Kalau ada lelaki lain nak ngorat aku, dia macam jeles tau siap halang aku lagi keluar dengan lelaki tu.. tapi entahlah.. aku pun tak faham dia ni.. adakah dia suka aku? tapi dia cakap dia anggap aku sebagai kawan sahaja, tak lebih dari tu..
Aku cuba untuk tawan hati dia, aku belikan dia hadiah, masakkan dia makanan sedap. Memang dia suka, tapi hanya sebagai kawan. Jadi dari situ aku percaya bahawa dia memang dah set limit untuk hubungan kami memang sekadar kawan je, takleh lebih.
Kadang-kadang aku cuba turn off kan perasaan sayang aku pada dia ni, tapi it’s just that this feeling is getting stronger ever and ever..
Aku pernah berangan untuk Islamkan dia. Alangkah indahnya kalau aku dapat islamkan dia, tapi the fact is dia sebenarnya more to free thinker. Tak percaya sangat dengan agama. So cane aku nak influence pegangan dan akidah dia kalau dia sendiri yang reject agama tu sendiri from the first place?
Kalau birthday aku tiba, dialah akan jadi orang pertama yang wish pastu tiba-tiba muncul depan rumah dengan surprise. Yes he is really a romantic guy, mungkin sebab dia ni memang pencinta wanita.
So let’s just assume yang dia memang layan semua perempuan sama. Tapi aku ni macam special sikit sebab aku sorang je bestfriend yang dia ada.
Tolong doakan dia berubah dan tertarik dengan Islam okey. Aku teringin sangat nak tengok dia tinggalkan nightlife dia tu dan seriously committed himself as a Muslim.. tapi entahlah bila semua ni akan terjadi.
– Rai (Bukan nama sebenar)
Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit