Assalamualaikum warga iium confessions. First sekali, thank you admin jika accept aku punya confession.
Nama aku Nabila. Berdasarkan tajuk yang aku tulis tu, aku ada banyak syak yang adik aku gay tapi aku nak minta pendapat korang dan bagi kata2 yang membuatkan aku tak anggap adik aku gay. Aku takut. Kenapa aku cakap adik aku gay? Kalau korang nak tahu, aku ada jumpa hint2 yang mengatakan dia ni gay.
Okay, adik aku tahun ni umur tingkatan 1 dan aku umur 23, so jarak umur aku dengan dia sebanyak 10 tahun. Aku bagitahu umur siap2 aku dan adik aku sebab aku nak korang bayangkan macam mana umur muda macam tu boleh terjerumus dengan benda2 macam ni.
First cerita yang aku syak adik aku ni gay adalah dengan membaca diarinya. Kejadian baru sahaja beberapa jam yang lepas (sekarang pukul 12.37 pm, tarikh 12/1/2020). Adik aku ni memang suka menulis diari, sebelum ni pon aku ada je baca diari dia iaitu segala luahan dia di rumah dan sekolah.
Aku bukan tak hormat privacy adik aku, kadang2 dia suka letak merata then aku pula suka mengemas, so memang akan jumpa la tapi kalii aku tak syak pon tu diari adik aku sebab kertas tu macam dikoyak dari buku. Sekarang pula aku tengah cuti sem, kiranya setiap pagi aku akan keseorangan di rumah.
Bila dah bosan, aku kemas la rumah. Tiba-tiba aku jumpa satu kertas yang macam dikoyak dari buku. Aku ambil kertas itu lalu aku terkejut. Terkejut, takut dan sedih. Korang nak tahu adik aku tulis apa ? Diari tu menunjukkan luahannya ketika dia darjah 6.
Tarikh 3.8.2019
“Oh diariku, Peperiksaan semakin dekat, aku mula gementar tapi orang tu katakan buat ape takut dengan UPSR gile ke ape? Aku mula tanye kepada kawan2 tentang persiapan mereka. Ade yang buat ulagkaji tiap2 hari, ade yang tidak membuat ape pon.
Aku cuba beri mereka soalan mengarut, aku tanya mereka kalau jadi perempuan korang suka sape? (okay part ni memang aku rasa soalan dia memang mengarut. Ok sambung)
Aku tanya diri aku sendiri soalan itu. Aku akan suka Nazrin (bukan nama sebenar) sebab dia hensem, bukan macam Amir (bukan nama sebenar juga) sexy macam harimau.
Aku asyik tengok dia bukan dia layan aku pon, benci dia tapi kalau perempuan suka dia sebab dia putih, suka bergaya, pandai dan macam2 lagi. Dah sudah !!! Tak perlu cakap tentang dia!!! Nanti aku ni gay pula”
By the way, Nazrin dan Amir tu classmate adik aku. Apa reaksi korang baca diari seorang lelaki yang berumur 12 tahun macam tu?
So kes seterusya, cey acah bhai hahahaha. Kejadian ini ketika umur dia 11 tahun atau 12 tahun macam tu, sorry tak ingat. Suatu hari tu, mak ayah aku tiada di rumah. So tinggal aku dan dia. Aku duk dibilik aku, dia duduk di bilik dia. Pendek kata, buat kerja masing2.
Tiba2 aku rasa tak sedap hati then aku pergi masuk bilik dia, dia terus gelabah. Dia main ipad ayah aku. So aku minta dia ipad ayah aku “bak sini ipad tu, aku nak tengok kau tengok apa” pastu muka dia lain dooo. Dia cakap “kejap2” maybe dia nak delete la tu.
Aku terus rampas then aku check story youtube. YESS ! Dia tengok anime gay gais dengan agenda2 yang tak sepatutnya. Ya Allah, hati kakak mana tak sedih weh tengok adik buat macam tu. Aku nasihat dia serta merta dan bagi warning akan bagitahu dekat mak ayah aku.
Last sekali, apa yang aku perasan dia suka puji watak2 lelaki di drama atau movie (tambah2 lelaki korea). Aku tak kisah sangat maybe sebab dia budak2 lagipun dia malu nak puji perempuan di depan aku. Lepas kejadian2 di atas tu, aku fikir balik hehehehe.
Okay itu sahaja, cerita ni cerita sebenar ya gais, bukan rekaan semata mata. Aku harap adik aku dan kita semua tak terjerumus dengan perkara2 dilaknat oleh Allah.
Aku nak minta pendapat korang, apa korang akan buat bila adik2 kita ada buat perkara macam ni ? Komen di bawah ya, aku akan baca satu2 komen dari korang. Thakyou ya gais baca confession aku.
Assalamualaikum.
– Kak Nab (Bukan nama sebenar)
Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit