Kita Tidak Berada Dalam Kasut Yang Sama

Hi semua. Pengenalan yang ringkas tentang diri aku. Aku berumur akhir 20 an, mempunyai anak 2 orang. Seorang 5 tahun dan seorang baru 5 bulan.

Aku dan suami bekerja sebagai Exec di sebuah company yang biasa2 saja. Aku dan suami aku bekerja di company yang berlainan

Nak dijadikam cerita, anak 1st aku kena influenza A. Detect hari Sabtu dan sekarang sudah hari Rabu. Maksudnya dah 5 hari aku berkampung di hospital.

Alhamdulliah, keadaan anak aku semakin baik. Tapi doktor tak bagi discaj lagi. Mungkin mahu pantau lagi dan pastikan anak aku benar2 pulih. Takut nanti berjangkit dgn adik dia lagi susah kan??

Office aku tu hanya bagi 3 hari untuk compassionate leave. Selebihnya kena la ambil AL atau UPL. Yang menjadi masalahnnya, colleague aku siap cakap gini

“Anak I jugak dulu penah kena Influenza A ni dulu. Tapi I just cuti 3 days je. I sign surat dengan doktor yang I akan tanggung risiko kalau apa2 jadi kat anak I sebab I yang mintak discaj dari ward. Kerja office banyak, tak kan I nak cuti”

Dan dia mungkin berharap aku akan buat benda yang sama. Sebab sepanjang ketiadaan aku kat office, dia kena take over semua kerja2 aku.

Ala, fair la. Last month dia pergi holiday kat Japan 2 weeks, aku ok je. Ni aku dengar cerita bulan 3 dia nak pergi holiday kt Turki pulak. Aku ok je take over kerja dia.

Husband aku pula buat masa ni tiada kat Malaysia. Ada training kat Germany. 2 minggu lagi baru balik sini. So, aku kena la uruskan anak aku sorang2. Nasib baik lah baby aku mak aku tolong jagakan

Tapi ni mak aku baru call, baby aku dah start panas2 badan dia.. Kakak dah semakin ok (harap hari ni boleh discaj), harap adik tak de ape2.

Kang kalau aku sambung cuti jaga baby aku, mau berkicap budak office aku tu. Tak semua orang faham situation kita.

Sejujurnya, aku jarang sangat2 ambil leave kecuali bawa budak pergi check-up atau budak2 ni tak sihat. Tak pernah lagi aku cuti sebab nak pergi holiday ke, saja2 MC ke.

Hampir 6 tahun aku kerja situ, sekali pon aku tak pernah MC (kecuali cuti beraalin 2 bulan la ye).

Susah kalau ada rakan sekerja yang pahit ni. Mereka tak faham situasi kita. Atau pura2 tak faham. Entahlah…

Harap kedua2 orang anak aku sihat dan dijauhkan dari sebarang penyakit. Semoga anak2 korang dan orang sekeliling kita juga dijauhkan dari sebarang penyakit juga.

*Every year aku ada vaccine anak aku. Tahun ni je belum sempat nak vaccine, anak aku dah terkena dulu.

Yang benar,

– Mama (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *