Saya Tak Nak Kahwin

Assalamualaikum semua. Thanks admin sebab sudi baca and published cerita saya. Macam biasa tolong hide detail saya. Saya cuma nak minta pandangan team² IIUM Confessions – BM. Nak kata saya buntu macam ada masalah besar tu, tak ada lah buntu sangat. Cuma kadang² saya jadi fed up dengan keadaan sekeliling saya.

Saya berusia 33 tahun. Saya ada 5 adik beradik and kesemuanya sudah berumah tangga dan mempunyai anak masing². Hanya saya seorang yang belum berumah tangga. Saya mempunyai seorang tunang 5 years older than me. Dia duda anak 2. We dating almost for 11 years and kami sudah mengikat tali pertunangan selama lebih 3 tahun.

For me, seriously saya dengan tunang saya tak ada masalah sebenarnya. Memang betul tunang saya banyak kali cakap pasal kahwin tapi so far alhamdulillah dia faham yang saya masih belum bersedia. Kami masing² ada kerja tetap and we both bukan jenis main² dengan kerja. Setiap hari dia akan ambil saya pergi dan balik kerja.

Kami sudah beli rumah guna nama bersama (Dont ask me kenapa boleh lepas beli rumah nama bersama, padahal tak kahwin lagi. Itu rezeki kami.) pada tahun lepasuntuk preparation sebelum berkahwin dan saya sendiri ada buat pinjaman peribadi khas untuk majlis perkahwinan yang saya impikan dan untuk kegunaan hidup selepas kahwin nanti.

Family saya memang ok and sangat selesa dengan dia. Everytime family gathering or family vacation, dia sentiasa ada. Dia sangat² rapat dengan adik lelaki dan adik² ipar saya yang lain. Anak² dia pun ok dengan saya. Dorang selalu tanya saya “bila mummy nak kahwin dengan papa?” sebab mama dorang pun dah kahwin baru. Saya pun ok dengan anak² dia, semua dah besar and pandai bawak diri masing². Bab family memang tak ada masalah.

Ramai orang fikir, hidup dah stabil kenapa tak kahwin? Mana² saya pergi, orang akan tanya benda yang sama. Kenapa kau tak kahwin²?? Bila nak kahwin?? Kenapa tak nak kahwin?? Kenapa takut nak kahwin??

Sebelum bertunang saya ambik masa hampir setahun untuk bersetuju dengan pertunangan tersebut. Itu pun sebab desakan family dia dan family saya. Tipulah saya cakap saya tak teringin nak berumah tangga. Saya nak kahwin, saya nak sangat ada anak sendiri, lagi² saya dah nak masuk middle 30s, perasaan nak ada anak sendiri membuak².

Tapi time saya fikir jelah saya nak semua tu. Bila kembali di dunia yang nyata, saya just geleng kepala jelah. Saya memang selalu set dalam kepala “kalau aku nak selamat, aku tak boleh kahwin” dan saya paksa diri saya supaya tak fikir benda ni sangat.

KENAPA SAYA TAK NAK KAHWIN?? KENAPA SAYA TAKUT SANGAT NAK KAHWIN??

Sebab saya nampak kecurangan ibu saya dengan mata saya sendiri. Nothing break a child’s heart more than finding out one of his/her parent cheating on their partner. Especially when you are too young and you found out about it by yourself. The impact/effect kekal sampai mati. Macam saya selalu cakap “permanent scratches mark”.

Saya hanya berusia 14 tahun pada masa itu. Terus terang cakap rasa macam patah hati sangat² bila dapat tahu ibu buat macam tu kat arwah papa. Arwah papa sangat penyayang. Dia tegas tapi dia open minded dengan anak². Masalahnya papa sangat² murah hati. Dia sanggup susahkan diri dia untuk tolong orang lain which is saya faham kenapa ibu saya fed up.

Hidup kami sendiri pun kais pagi, makan pagi, kais petang makan petang tapi dia tetap akan tolong orang sebab papa jenis tak sampai hati. Papa rajin kerja, bila ingat balik hal lama² macam ni, automatically air mata saya jatuh.

Ibu pulak suri rumah tangga sepenuh masa. Kami pindah KL sehelai sepinggang. Sebagai anak sulung, masa kecil saya, saya puas melihat kesusahan ibu dengan papa. I saw my papa exhausted physically and my ibu exhausted mentally/emotionally.

Suatu malam saya terjaga dari tidur sebab saya terdengar orang berbual. Rupanya ibu tengah berborak dengan “kawan” dalam phone. Waktu tu papa out station, normally bila papa out station, kami 5 beradik akan tidur dengan ibu. Saya tak boleh tidur and saya dengar segala perbualan mereka.

Disitulah saya dapat tahu yang ibu telah menduakan arwah papa dan bermulalah episode benci yang mendalam terhadap ibu saya. Saya jadi degil and melawan cakap ibu tapi bila papa cakap, saya dengar. masa tu bila tengok muka papa, rasa sedih sangat².

Actually “kawan” tu bukan orang luar tapi salah seorang daripada family sebelah papa jugak. So sebab tu “kawan” tu selalu ada dirumah kami. Setiap kali “kawan” tu datang, saya akan buat muka, memang saya sengaja tunjuk yang saya tak suka dia.

So satu hari tu arwah papa kena out station. Saya memang tak sedap hati. Malam tu saya cuba tidur macam biasa, entah macam mana saya terjaga tengah malam. Saya tengok adik² saya je yang ada. Ibu saya tiada dalam bilik. Hati saya berdebar² sangat. Saya keluar bilik, pergi ke ruang tamu, tak ada orang tapi bantal dengan tilam ada. Selalunya “kawan” tu tidur kat ruang tamu sebab rumah ada 2 bilik je.

Saya pergi ke bilik kami adik beradik, tak boleh buka and tertutup rapat. Saya dah mula menangis, saya harap sangat ibu tak buat apa yang saya tengah fikir. Saya buka semua lampu dalam rumah termasuk bilik air dan dapur. Saya pergi ruang tamu, saya pasang TV kuat² (Saya 14 tahun, what do you expect? itu jelah cara budak² memberontak.. hahaha).

Masa saya duduk kat ruang tamu sambil tengok TV. Tiba² keluar bilik, dia tanya kenapa saya tak tidur?, saya cuma cakap saya tunggu dia balik sebab saya ingat dia keluar. Ibu senyum kat saya and ibu cuma cakap dia kat dalam bilik air. Rumah tu ada 1 je bilik air, saya siap buka lampu bilik air.

TAPI KENAPA SAYA TRAUMATIZE DENGAN PERKATAAN KAHWIN??

Sebab saya nampak arwah papa menangis. Sebab saya nampak papa very frustrated. Sebab saya nampak papa yang saya ingat kuat tiba² jadi sangat lemah. Sampai hati ibu buat airmata papa jatuh. 1 malam papa menangis, tanpa saya sedar, saya pun turut menangis.

Saya ada kakak sepupu yang tahu segala rahsia ibu, itupun sebab ibu selalu minta tolong dia. For example tolong belikan hadiah birthday untuk “kawan” tu and that time ibu selalu suruh kakak sepupu saya beli card phone (seingat saya kalau nak call guna phone rumah, kena guna card tu untuk dapat harga lagi murah, so ibu selalu sangat beli card tu). so everything related “kawan” tu, ibu akan minta tolong kakak sepupu saya.

Entah macam mana satu hari tu, ibu bergaduh besar dengan kakak sepupu saya. Depan arwah papa, kakak sepupu bagitahu yang ibu ada skandal lain. Allah je tahu macam mana terkejut dan takutnya saya masa tu. Papa tanya cara baik, ibu mengaku.

Malam tu, papa tak boleh tidur. Dia duduk dalam bilik kami main komputer. Dia menangis, bila tengok dia menangis, saya pun automatically menangis juga. Raut wajah dia sangat² kecewa. Masa tu saya harap sangat ibu dengan papa bercerai. Andai kata mereka berpisah, sudah tentu saya akan ikut papa.

Keesokan paginya, papa hantar saya dengan adik² pergi sekolah macam biasa. For one whole day, saya tak focus dengan kawan², saya cuma nak balik tengok papa. Balik sekolah papa ambik macam biasa. Saya tengok ibu dengan papa berkelakuan seperti biasa. Akhirnya saya dapat tahu yang papa tak nak fikir panjang. Dia ambil keputusan untuk lupakan apa yang berlaku. Dia maafkan ibu dan ibu janji tak buat lagi.

Papa kata demi anak² sebab kesian anak² masih kecik katanya. Terus terang cakap saya tak setuju keputusan papa (sampai hari ni, aq benci bila perempuan yg dicurangi masih bersama suami atas alasan anak masih kecil). Dengan apa yang terjadi, kami meneruskan hidup seperti biasa kembali. “Kawan” tu pun dah lama tak nampak.

Arwah papa pass away semasa saya berusia 18 tahun. Selepas papa pass away, ibu semakin berani menunjuk yang dia sedang hangat bercinta dengan “kawan” tu. Satu hari ibu bertanya kepada kami 5 beradik, “boleh tak kalau ibu nak kahwin baru?”. Surprisingly, semua adik² saya setuju kecuali saya. Saya cuma bagi kata “Ibu boleh kahwin baru tapi dengan 1 syarat, kakak akan keluar rumah selama² nya.”

Ibu batalkan niat dia dan sampai hari ni dia tak pernah sebut perkataan “kahwin baru” depan saya. Dia tahu saya tak suka dia. Sehingga hari ini saya tak pernah cari dia, selalu dia je yang contact saya dan bertanya khabar. Saya sentiasa lebihkan adik beradik saya. Semua harta, EPF, Insurans saya letak ke semua nama adik² saya dan tak ada satu pun harta saya atas nama ibu saya. Saya boleh beli emas untuk anak² buah saya tapi saya tak pernah beli seketul emas pun untuk ibu saya.

Saya tahu saya berdosa sebab buat ibu yang mengandungkan saya 9 bulan macam tu tapi perasaan benci saya sudah tersemat dihati. Satu je cara saya berbakti kepada ibu, setiap kali dia admit hospital, saya akan ambil cuti seminggu dua hanya untuk menjaganya. Saya tak izinkan adik² saya menjaga nya kerana saya tahu ini sahaja peluang yang saya ada.

“Kawan” tu hidup lagi. Dah terlalu lama saya tak jumpa dia. Sehingga hari ini saya tak jejak kaki kerumah nenek di kampung. Saya benci keluarga papa saya. Sehingga sekarang saya tak bertegur sapa dengan sesiapa yang ada related dengan family papa.

Semenjak arwah papa meninggal dunia, dari umur saya 21 tahun hingga sekarang 33 tahun, setiap tahun saya akan pulang ke kampung untuk menziarahi kubur arwah papa. Setiap kali pergi, saya akan menangis mengenangkan nasib papa. Mulut saya tak lekang menyebut “sampai hati ibu buat papa macam ni”. Demi Allah aku sayang papa lebih dari nyawaku sendiri.

Buat cinta hati saya papa, terima kasih sebab banyak berkorban untuk kakak dengan adik². Maaf papa tak sempat rasa duit kakak, kakak tak sempat balas budi papa. Tapi percayalah setiap kali solat, nama papa lah yang kakak doakan dulu. Let meet up in jannah one fine day. Aminn..

Kepada adik² kesayangan kakak, kakak doakan rumah tangga korang kekal sampai bila². Cuma kakak nak tanya, kenapa korang cepat move on dengan apa yang dah berlaku? Korang tak rasa marah ke dengan apa dah berlaku??

Buat tunang tersayang, terima kasih sebab bagi masa 11 tahun untuk saya. Saya cuma minta masa setahun je lagi. Saya janji ini kali terakhir saya tangguh perkahwinan kita. Saya akan cuba kuakan diri untuk meneruskan perancangan kahwin kita. (ada sesiapa tahu kat mana nak cari pakar kaunseling tak).

Kepada ibu, jangan sesekali mempersoalkan kenapa kakak takut nak kahwin. Sebab kakak takut kakak akan jadi macam ibu. Lebih teruk lagi, kakak takut kakak kena betrayed macam papa. Mum, i really cant handle betrayal.

Thank you,

– Gametophia Lady (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *