Naluri Tak Normal

Assalamualaikum dan salam sejahtera semua warga IIUM Confession, ini kali pertama aku meluahkan rahsia terbesar aku secara terbuka setelah bertahun-tahun aku pendam masalah ni.

Sebelum tu, aku perkenalkan seba sedikit tentang diri aku. Nama aku A, sedang bekerja di hospital swasta sebagai seorang nurse dan berumur pertengahan 20-an.

Keluarga aku tak warak sangat tapi menjaga jugalah bab asas agama. Parents aku tak strict sangat pasal couple. Nak couple boleh, tapi kena pandai jaga diri dan jangan buat perkara bukan-bukan.

Aku sejak kecil memang tak berapa berkenan dengan kaum lelaki. Tak, jangan salahkan ayah aku sebab dia adalah lelaki terbaik yang aku pernah jumpa.

Bila berdepan dengan lelaki, aku nampak macam normal. Berinteraksi dan bergaul dengan selamba. Tapi dalam hati hanya Tuhan saja yang tahu betapa bergolaknya perasaan benci tu.

Aku mula memikirkan tentang lelaki ni akan ambil kesempatan dan sedang fikir yang bukan-bukan tentang perempuan. Senang kata, aku ada trust issue dengan kaum lelaki kecuali ayah aku.

Mungkin disebabkan tiada perasaan terhadap lelaki, aku cepat jatuh hati pada kaum sejenis. Ianya bermula semasa aku tingkatan 3.

Aku tak tahu kenapa dan bagaimana, aku suka gila kat senior aku ni. Perempuan semestinya. Setiap hari aku kena pandang muka dia. Tapi aku pendam je la perasaan ni. Memang gila lah kalau aku confess. Kena pancung nanti dengan mak ayah aku.

Bukan senior aku sorang je yang aku suka, sepanjang aku kat uni, ada beberapa perempuan yang aku suka. Aku hanya mampu tengok dari jauh dan fantasize pasal diorang.

Paling menyakitkan bila aku dapat rasakan kawan yang aku suka ni, suka kat aku juga. Tapi disebabkan perkara ni salah, kami hanya pendam dan cuba kawal perasaan.

Macam mana aku dapat rasakan dia suka aku? Cara lirikan mata dia, she always wanted to look at me.

Kadang-kadang, dia macam aku juga, cuba untuk lawan tapi kadang-kadang perasaan tu membuak-buak. Alhamdulillah, aku berjaya tempuh zaman uni tanpa terherumus dengan ikatan atau perbuatan songsang.

Tapi masalah ni berlanjutan di tempat kerja. Sorang doktor kat hospital aku ni sejenis yang favouritism sikit. Memang rapat dengan nurse perempuan saja.

Aku tak tahu nak describe macam mana, tapi aku dapat rasakan yang doktor ni suka kat aku. Cara dia pandang aku, cara dia nak ambil hati aku. Dan the worst part is, aku pun suka dia.

Aaarrgghh, aku tak tahu macam mana, tapi aku macam dah gila bayang pasal dia. Setiap hari kena fikir pasal dia dan fantasize tentang dia.

Aku benci perasaan ni. Setiap hari berperang dengan diri sendiri ini sangat memenatkan dan memberi tekanan pada aku.

Aku takut, andai suatu hari nanti, doktor ni confess pada aku, kuatkah aku untuk menolak?

Aku cuba untuk tidak terlalu rapat dengan dia macam nurse yang lain. Tapi dia yang mencari aku dan cepat terhibur dengan aksi-aksi spontan aku. Sungguh aku tak kuat..

Tolong doakan aku dapat kerja di tempat lain agar aku dapat lari dari terjerat dengan perasaan yang menyeksakan ini dan dibuang segala perasaan songsang yang menghantui aku sekian lamanya.

Terima kasih kerana sudi membaca luahan hati aku dan doakan aku. Kalau ada tips nak hilangkan perasaan ni, please do share ya!

– Nurse A (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *