Aku sudah lali dengan pertengkaran mulut ibu dan bapaku sejak di bangku sekolah sehinggalah aku bekerja sekarang. Semuanya kerana duit. DUIT.
Yang tak pernah selesai sehingga masuk tahun 2020 pun bapaku tak sedar akan silapnya yang telah mengkhianati ibuku terutamanya.
Bapaku berjawatan tinggi dalam jabatan kerajaan. Tapi gaji dia sehingga berbelasan ribu semua digunakan untuk melabur pada saluran yang salah yang sampai sekarang tiada sedikit hasil pun untuk keluarga.
Sampaikan rakannya nak buat pinjaman beli kereta atas namanya pun dia terus settlekan tapi letak jaminan atas nama ibuku. Tapi anak-anaknya motorsikal pun tak dibelikan apatah lagi kereta walaupun terlebih mampu.
Sepanjang tahun 2018 hingga 2019 pula, dia terlalu gian dengan pelaburannya yang entah kemana hasilnya. Last2 ibuku jugak yang menyara keluarga untuk perbelanjaan makan harian. Beli-belah barang dapur pun ibuku yang tanggung.
Setiap bulan tak sampai separuh bulan pun bapaku selalu meminta wang minyak kereta daripada ibu. Dia tidak pernah dilihat memberi wang nafkah pada ibu kerana menganggap ibuku bergaji besar pun boleh menyara keluarga.
Allah mempersaksikan kifarahnya terhadap bapaku, sedikit demi sedikit Allah tarik rezeki dan nikmat sihat. Dua buah kereta rosak sampaikan ditinggalkan saja di tapak parking bertahun-tahun lamanya kerana tiada duit untuk membaiki padahal semua duit dilabur pada orang luar.
Yang terkini, bapaku banyak tunggakan bank dan entah apa fikirannya dia nak apply loan yang servisnya kena bayar sejumlah wang besar dalam 10k-15k baru lulus loan.
Loan sejenis apakah itu sampaikan semua duit simpanan ibuku dalam banknya digunakan bapaku untuk membayar dp loan tersebut tanpa pengetahuan ibuku.
Kerana setia, percaya yang tinggi terhadap suaminya, ibuku serahkan kad banknya tanpa ragu kepada bapaku kerana setiap bulan mereka buat perjanjian untuk tolong bayarkan duit kereta. Tapi selama dua bulan tunggakan kereta, ibuku baru sedar yang dia dikhianati bapaku.
Duit yang sepatutnya digunakan untuk perbelanjaan, duit kereta, yuran pengajian adikku semua digunakan bapaku untuk loan, pelaburan yang dia gilakan sangat tapi tiada sedikit pulangan pun. Semuanya hangus begitu saja.
Sudah berbuih mulut ibuku menasihati bapaku untuk tidak mempercayai orang luar tapi masih dia teruskan sikapnya itu. Semua nasihat dari isterinya, anak2 nya hanya sepintas lalu saja di halwa telinga tapi dia tidak pernah serik.
Bapaku banyak kali menjadi mangsa scam tapi dia tidak pernah sesal mempercayai orang yang tak dikenali hanya kerana tamak dengan duit pinjaman yang entah mengapa dia sendiri tak dapat berikan alasan yang kukuh. Alasan paling tak masuk akal dia boleh beri hanyalah.. “Ingatkan dapat.”
Padahal gajinya mampu menyara kami sekeluarga dengan lebih baik. Semua duit yang digunakan seolah-olah tiada nilai. Aku sakit hati dan kecewa melihat tangisan ibuku terhadap apa yang dilakukan bapaku terhadapnya.
Sampai sekarang aku masih tidak dapat melupakan betapa teganya bapaku mengkhianati kepercayaan ibuku. Tapi semua itu masih lagi tak beri kesedaran pada bapaku. Dia masih lagi mempercayai orang lain yang mengiklankan wang pinjaman lumayan.
Hari2 si ceti haram itu meminta wang pendahuluan dari bapaku untuk loan nya lulus. Bapaku merayu pula pada ibuku yang sudah sekian kalinya dia khianati. Tapi kali ini ibuku sudah meluat dengan perangai bapaku yang masih ego dengan mempertahankan kesilapannya.
Aku juga menjadi mangsa bapaku kerana janjinya untuk memulangkan kembali duit yang dipinjam membuatkan aku percaya. Sampai hari ini pun bapaku masih lagi berdiam diri.
Sampai masa mungkin nyawa keluarga kami diancam dek kerana sikap bapaku yang tidak mahu berubah. Aku boleh agak dalam masa 2 bulan lagi bapaku akan mengulangi perbuatannya yang menjadikan mangsanya ialah ibuku.
Kalau bapaku lebih sedar akan tanggungjawabnya untuk uruskan kewangan, menafkahi ibuku dan anak2nya sudah pasti keluarga kami harmoni dan bahagia saja seperti yang aku impikan dari dulu.
Yang menanggung kami sekeluarga hanyalah ibuku. Ampunkan aku ibu yang masih tak mampu membalas jasamu.. mengelap air matamu…
Aku buntu dengan sikap bapaku yang langsung tidak memikirkan masa depan keluarganya. Aku sudah hilang rasa hormat dan percaya terhadap bapaku.
– Anak yang kecewa
– Yah (Bukan nama sebenar)
Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit