Berkahwin Dengan Tentera Laut

Assalamualaikum semua. Nama saya Dini. Dini ada terbaca confession seorang isteri Pegawai Tentera Laut yang agak terkesan dengan personaliti suaminya yang mementingkan tugas dan kurang komunikasi dengannya. Lebih kurang begitulah summarynya.

Boleh baca confession berkenaan di sini, (https://iiumc.com/bersuamikan-askar/).

Pertama sekali Dini simpati dengan confessor. Dini juga isteri Tentera Laut jadi sis I feel you.

Dini taknak komen lebih-lebih sebab Dini pun tak tahu situasi sebenar confessor yang menamakan dirinya Hanim tetapi Dini tahu raaaaamai isteri tentera melalui apa yang Hanim lalui. Dini di sini cuma nak cerita tentang apa yang perlu pasangan tentera laut bersedia lalui.

Segala yang Dini nyatakan ni,Dini tahu dan percaya sekiranya pasangan tentera tak berjaya atau bersedia atasi atau adapt boleh menyebabkan masalah mental health seperti anxiety dan depression.

URGENCY

Ha, kawan Dini pernah cakap pada Dini Navy ni “panik”.Dini tak faham sampailah Dini berumahtangga. Navy ni automatically jenis tindakan urgent gila. Dia macam tak boleh kita nak bertangguh sikit atau kejap lagi la atau nanti kita pergi la. Respon mesti immediate dan tindakan upon every decision.

Sampaikan kita rasa : Macam dah takde esok je tapi sebenarnya sebab dia dah ditrain macamtu… Bukan senang nak switch taw sebab kalau dia punya mindset “tunggulah” memang karam la kapal dia atau matilah dia dan anak kapal.

JADUAL ANJAL

Okey, yang ni Dini paling stresssss. Jadual dia tak pernah fix langsung. Tetibe je dia akan roger : minggu ni tak balik taw. Duty. Roaster berubah la. Belayar gi sini la. Hantar pegawai gi situ lah.

Eh, macam-macam lah yang mengundang pergaduhan kalau kita tak faham tapi begitulah hidup mereka dan kita pun drag along.

Eh, siapa suruh kan nak kahwin abam Navy sangat… Huahuahua tapi… ada sweetnya.

Bila tiba-tiba dia terpacul depan pintu rumah sebab dapat pelepasan sebelum belayar which kita pun dia tak sempat nak bagitahu sebab dia pun tiba-tiba dapat tahu jadi dia terus chow balik kampung dan the fact dia tiba-tiba balik tu buat ko menggelabah puyuh sebab kau tak siap apebende pun bila tetiba dia pon cakap :

Esok nak balik rumah mak boleh la.. Ahad pagi kita balik. Ahad malam saya balik kem. Aduh, anda rasa saya ada masa untuk sakit kepala?

PROBLEM SOLVER

Yang ni best. Di saat orang mengadu suami dia lengai dalam menyelesaikan masalah, navy selalunya quick problem solver.

Kau baru terhegeh-hegeh fikir, dia dah bagi solution cuma kalau dia tak jumpa lagi solution dia akan tanya kau macam-macam soalan macam kau dah buat salah besar tapi sebenarnya dia nak cari punca problem dan come up with solution.

Janganlah samakan pendekatan dia dengan pendekatan kita yang buat meeting karipap angin start pukul 8 habis pukul 5 pun tak jumpa penyelesaian.

TAK SUKA ALASAN

Yang ni sakit hati woi. Bila kau cakap kau tak boleh selesaikan sesuatu perkara tu (kau pun mengadulah dengan penuh penghayatan) dia akan tanya kenapa?

Sebab dia nak tahu kenapa sebab dah dia memang tak boleh terima alasan. Dia akan proses halangan-halangan kepada selesainya kerja kau tu sebagai alasan walaupun bukan niat dia nak lekehkan kau ke atau salahkan kau ke…. so save your pity to yourself… hahahaha.

Dini tahu siapa baca akan rasa gilalah keringnya, buat apa kahwin kalau tak boleh nak pity wife etc tapi beginilah… Mereka ni bukan ditrain untuk memahami situasi orang lain/empati. That is the fact.

Memang emosi mereka agak kering kecuali towards family la which they rarely shows it… Kata mudah they are ssssssoooo bad in expressing their emotion tapi percayalah mereka ni sangat penyayang dan they truly care in their own way.

Macammana nak adapt? Macam mana nak hidup dengan navy?

Pertama sekali, kita pun kena jadi kering… Haha… means stop or limit self pity. Jangan terlalu “kesiankan” diri sendiri. Live a life like them, means always ready. Kita kena pandai merancang waktu.

Tak boleh buang masa sebab chances tiba-tiba ada apa urusan tu sangat tinggi jadi kita tak la gelabah dan penat terutama yang bekerja (Dini bekerja dan Dini pun busy serta sengaja busykan diri dengan anak-anak dan kerja supaya Dini tak meratap kesedihan di bucu katil bila suami pergi belayar).

Komunikasi kena kerap through whatsapp atau berdepan. Kena cakap straight aje sebab mereka ni tak take to heart. Harini punya kes, selesai harini.

Mereka ni memang takkan bawa hal kerja ke rumah sebab private and confidential jadi kita pun kurangkan cakap fasal kerja dengan dia dan membawanglah dengan kawan-kawan kerja kita aje dan bila dengan dia spend la masa bermanja, bermain dengan anak, memasak, mengemas bersama-sama sebab masa dengan mereka limited.

Jangan bazirkan dengan pergaduhan, kecil hati, masam muka sebab you never know if they will come back to you safely,one piece or kau cuma dapat signal they already gone. I was once almost lost my man because his job and whatever I confessed here is merely an advice not only for Navy’s wife but to all wife out there.

– Dini (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *