Isteri Yang Lari II

Untuk part I, (https://iiumc.com/isteri-yang-lari/).

Assalamualaikum semua. Tak sangka confession saya menjadi bual mulut kakak2, abang2 dan adik2 sekalian. Alhamdulillah saya dah baca almost semua komen di confession sebelum ni.

Ada yang menyokong, ade yang menentang dan ade juga yang mengecam. Tak pe kita kupas satu-satu lepas ni. Dan saya nak berterima kasih juga pada yang memberi cadangan dan buah fikiran untuk ape yang saya perlu buat.

Ok sebelum tu saya highlight la point2 yang saya dapat dari komen2 dari confession saya tu antaranya:

– Tak bersyukur anak ade sihat wal afiat masih nak me time.

Ok terus terang saya cakap saya amat2 bersyukur oleh Allah yang memberikan saya zuriat yang sihat, aktif dan selalu ade dengan saya. Cuma bila sampai hampir 4 tahun tak mampu nak buat benda yang kita minat dan kita suka, saya sampai blur, ini ke diri aku yang sebenar, yang selalu huha2 tetibe jadi menyendiri dalam dunia sendiri. Ditambah dengan perangai anak2 yang kadang kala buat ibu2 ni naik hantu.

Ade masa terfikir lah nak buat ape yang kita buat dulu.. betul kat komen2 cakap, dapat pegi mr diy sorang2 pon dah heaven kan? Tapi saya tak dapat nak menikmati macam tu, kalau bawak sure berangkut la semua sekali, kalau diorang tunggu dalam kereta pon saya tak mampu nak shopping sendirian lama2 sebab saya takut saya dah buat anak2 dan suami menunggu di dalam kereta.

Buat orang tertunggu2 bagi saya kesian sebab bagi saya orang dah penat tunggu kita pulak lengah2 kan macam tak aci la kan.. so saya kalau masuk diy atau eco, saya akan cari barang yang saya nak je then saya bayar.

– Isu anak rapat dan dah dua orang ni jadi masalah.

Iye saya nampak komen kata macam saya tak mampu nak handle anak2 yang selang setahun ni, isunya bukan ini sebab semasa setahun dua usia anak ini masih mampu berkompromi dengan situasi ni. Tapi sebab benda ni dah lama, hampir 4 tahun saya hadap benda yang sama.

Ditambah sekarang makin besar makin banyak akal sampai saya tak mampu nak handle sorang2, Saya hanya meluah sebab ade satu tahap saya rasa saya dah tak boleh simpan. Bagi saya ok je anak dua selang setahun ni, dia jadi ade kawan bila main2 compare dengan anak sorang.

Iye mungkin si sulung baru umur 4 bulan masa tu saya dah mengandung anak kedua. Masa tu ade isu dengn period dan kes pil, tapi takpela tu kisah 3 tahun lepas. Lagipon ni kerja tuhan, kalau ikutkan saya hampir nak buang anak kedua ni tapi Allah tu Maha Mengetahui.

Sekarang dia la yang manja, pandai amek hati, sifat dia buat mak dia melting hari2 dengan dia. Dah la debab jalan macam penguin haha comel je. Dan untuk adik dan kakak sekalian, kami pon dalam fasa merancang sebab suami pon paham anak dia macam mane,macam mana hiruk pikuknya rumah ni sampai dia kata”cukup la dua dulu, mungkin anak dah sekolah baru boleh pikir”.

Kalau kata saya tak merancang sah2 anak saya dah berderet, dalam usia nak masuk 5tahun perkahwinan ni sure saya dah on the way preggy anak ke 4, tapi tak, masih 2 orang.

So jangan nak mendabik dada sangat kalau anak satu kata awak merancang, betul merancang tu perlu tapi dalam situasi orang baru kawen setahun dua, ade suami belum paham konsep subur dan sebagainya, dah kalau makan pil juga lekat nak buat camne, Allah maha mengetahui, sebab rezeki tu dia yang bagi kan?

Saya tak pernah salahkan kes saya anak selang setahun ni sebab banyak sangat hikmah Allah tunjuk lepas dapat anak kedua ni, suami naik pangkat dan macam2 lagi tapi saya malas nak cerita lebih. Iyela orang tetap akan bercakap sebab dia tak berada dalam kasut yang sama.

Sebab sini confession, bagi saya ini tempat saya dapat bercerita walaupon orang tak kenal saya tapi saya dapat baca pendapat dan cadangan dari semua.

*kejap aku (confession dulu) kejap saya, hahaha sori tau ni ikut keluar dari kepala je jadi maafkan la kalau penggunaan bahasa tu nampak macam tak konsisten. OK jom sambung!

– Suami saya seorang yang pemalas, tak reti handle anak.

Hihi ni yang saya nak tergelak masa baca,komen nampak macam suami saya tunggul kan tak reti jaga anak, takde la sampai macam tu akak2 sekalian. Saya suka komen sorang sis ni kata “saya tak nampak dia macam mengaibkan/menghina suami dia, cuma dia kata suami tak yakin”..

Betul tu sis saya tak cakap dia pemalas tapi situasi nya macam ni, anak2 ni bila takde ibunya dia menempel dengan si ayah. Sampaikan dalam kereta nak pegi memane, si abang elok je duduk kat kerusi, tapi si adik nak jugak duk atas riba, nak tak nak terpaksa dah ciksuami drive slow2 sambil meriba si adik. Tak ke haru macam tu.

Sebab tu cik suami macam tak yakin nak jaga dua orang sekali sebab si adik ni jenis manja, jadi macam situasi atas tula, jadi nak jalan memane nak cik suami memandu dengan tenang antara dia bawak saya sekali untuk jalan2 atau terpaksa tinggal semua dia drive sorang.

Untuk carseat baru ade 1 je, ni tengah kumpul duit beli untuk si adik, Untuk hal kemas2 rumah kalau sepah sangat dia tolong je, mop lantai, cuci pinggan, basuh baju. Cuma dia kerja bukan kerja shift, dan bukan kerja office hour, jadi ade hari dia kena stndby adela waktu dia tak pulang.

Kekadang 3-4pagi baru muncul, esoknya pagi2 lagi dah masuk keje balik kena pegi mahkamah kalau ade sebutan kes, atau tuduh orang kena tangkap tu.. ade je time2 dia basuh berak anak. Dia bukan tak buat ade masa dia masih tolong. Cuma 1 je laki ni dia jenis kena berterus terang, takleh berkias2, aritu bagitahu yang kita dia jeles, at last dia faham.

– Masukkan kat taska/ hantar pengasuh/ daycare.

Iye betul yang ni memang dah bincang sebelum confession sebelum ni disiarkan. Kami dah bincang memang nak hantar sebab nampak anak saya si sulung boleh cakap tapi mcm tak pandai sangat jadi memang nak bagi dia bersosial cuma saya tak yakin sebab dia belum free diapers lagi, dah berak dalam pampers baru bagitahu, dah kencing baru bagitahu.

Dah pernah nak potty train tapi dia mintak juga pakaikan pampers siap tarik tangan kat pampers mintak pakai kan, ibu pon dah naik pening dengan dia nak buat camne.. kalau ade tips potty train boleh share ea?

Btw anak saya tengah tahun ni baru genap umur 4 tahun tapi ikut tahun dah 4 tahun la kan, si adik pula dah 2 tahun setengah, tapi masih breastfeeding, agak susah juga nak wean off mungkin faktor maknya sentiasa ade kat rumah kan. Kalau ade tips wean off pon boleh share juga ye?

Btw saya memang ikut duduk kat tempat suami keje tapi tempat dia ni macam pekan kecik je, so tempat daycare tu mcm xde, taska2 kerajaan jela ade pon tp banyak full dah, iyela anak baru dua kecik2 lagi jadi tak reti hal taska/ tabika/ tadika.. tu yang ase nyesalnya tak usha bulan 12 haritu.

Ikutkan target nak hantar si sulung 5 tahun, tapi untuk kebaikan dia juga kan mungkin cari yang mana boleh terima lagi walaupon dah lewat sebulan ni, ingat nak masukkan untuk bulan 2 ni, semoga ade rezeki kami.

– Saya duk kampung.

Ok yang saya wasap suami kat kampung tu, saya duk sekejap je. Saya tak PJJ dengan suami, tapi sebab dah lama tak balik kampung, bulan 9 tahun lepas last balik, sebelum akhir bulan 12 haritu saya balik kampung semula.

Jadi gap 3 bulan dari yang bulan 9 jadi ingatkan nak duduk dalam 2 minggu je tapi suami ade hal tak dapat amek jadi duduk sana dekat sebulan jugak la. Banyak hikmah saya dpt masa duk kampung, anak saya suka jalan umah nenek saya a.k.a moyang dia la kan..

Hampir setiap hari, mintak nak pegi umah tokyang dia. Anak saya yang no 2 sebelum ni asik nak berdukung je, sejak abang dia suka jalan ni dia pon ikut sekali, sekarang ni takde dah nak dukung dah. Syukur sangat! Belajar independent.

Waktu kat kampung saya takut nak tinggal anak kat mak ayah saya kalau saya nak keluar ke pekan, saya tahu diorang penat dah balik keje, nak tolong jaga anak saya lagi, jadi yang isu tinggal anak ngan mak saya ase serba salah sangat, selagi saya sihat dan mampu jaga anak,saya tetap akan jaga.

– Tunggu approval cik suami.

Ok untuk kes isteri yang nak “lari” sementara ni nampaknya kena hold dulu la, sebab dia belum dapat cuti, cuma nak raya cina ni dia mintak cuti juga 5 hari. Adela masa sikit mungkin g jenjalan sambil amek angin pantai tapi masih dengan anak2.

Takpe at least saya dah luahkan. N dia sangat memahami saya cuma sebab saya pendam, dan dia pulak jenis kena berterus terang. So itula ni, ni tengah mintak duit sikit nak usha kasut sukan, sebab dah aim naik riadah petang2 jadi mungkin cara tu boleh hilangkan stress. Dapat 2 lap lari pon jadi la kan.

– Cari keje/online bisnes.

Untuk yang ni takpe, saya dari zaman u sampai sekarang memang tetap bisnes, anak ade pon masih bisnes cuma saya tak iklan kat FB,saya banyak buat kat shopee. Sebab yang tu agak mudah bagi saya sebab saya pon banyak beli barang dari sana je sebab MURAH kan?

Hihi untuk keje tu mungkin saya kena amek lesen kereta dulu la, sebab memang keje sekarang nak yang ade lesen, ade kereta sekali mudah ke mane2 kan?

Ok tu jela kot, asenya dah bagi kesimpulan dah,harap memuaskan hati semua la. Mungkin masa tu tengah stress sangat dan diri baru perasan yang diri ni penat sebenarnya. Tapi saya suka ade sorang tu komen, dia cakap, fatimah azzahra anak nabi Muhammad pon penah ngadu kat nabi dia penat, ini kan kita manusia biasa, insyaAllah moga penat kita ni membawa ke syurga Allah.

– HAMBA SAHAYA (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *