Assalamualaikum. Saya nak share pengalaman saya setelah baca confession “Medical Insurance”. Boleh baca confession berkenaan di sini, (https://iiumc.com/medical-insurance/).
Saya salah seorang penghidap penyakit yang dikategorikan sebagai “Rare” oleh insurance provider saya. Saya malas nak namakan insurance tersebut.
Saya sejak mula kerja memag dah ambil medical insurance, so memang dah bayar lebih dari 7 tahun masa tu. Pernah guna sekali masuk wad sebab kena jangkitan paru2. So, masa tu Alhamdulillah sebab memang 100% insurance cover.
Awal 2017 saya start sakit. Masa tu memang misteri. Tak tau sakit apa. Ulang alik ke klinik & hospital tak payah cakap la. Macam2 klinik & hospital saya pergi. Termasuklah perubatan islam. Tapi masih belum tahu penyakit apa dan belum diberikan kesembuhan.
Hujung 2017 penyakit jadi lagi teruk. Satu malam saya collapsed dekat rumah. Mujur masa tu housemate ada di rumah. Terus ke ER hospital yang terdekat dgn rumah. Hospital tu Semi-Gov yang saya tak mahu namakan.
Dipendekan cerita setelah MRI & Ct Scan doctor sahkan saya ada penyakit “Chiari Malformation” & doctor cadangkan saya buat pembedahan dengan segera.
Masa ni saya tak pernah dengar pun pasal penyakit ni. Ramai juga pengamal perubatan yang tak tahu & tak pernah dengar pasal penyakit ni. Siapa yang rajin boleh la google untuk tambah pengetahuan.
Saya tanya doctor estimation cost untuk operation tu. Doctor cakap maybe dalam 9k untuk operation sahaja, belum tambah cost untuk wad, MRI, Scan & Ubatan. Total masa tu 15k.
Disebabkan hospital tu bukan panel hospital untuk insurance saya, saya perlu bayar dengan duit saya dahulu.
Saya tanya ejen, sebelum saya confirmkan operation dengan doctor, boleh tak dia confirmkan dengan saya yang saya boleh claim balik semua cost yang saya akan bayar nanti. Boleh tak confirm yang penyakit saya termasuk dlam coverage.
Ejen dengan confident cakap “confirm”, cik claim je nanti kita akan bayar balik semua.
So, saya pun proceed dengan operation, masa tu pun dah sakit sangat tak fikir ape dah, fikir nak baik & sihat je. Lepas dah settle semua, saya kena tunggu 2 bulan lebih untuk dapatkan medical report dari hospital untuk submit claim saya.
Dalam masa ni condition saya bertambah teruk, belum pun saya submit 1st claim tu, doctor dah suggestkan saya untuk 2nd operation. Masa ni saya mmg dah takde duit untuk 2nd operation, so tahan je sakit & harapkan medical report siap cepat & dapat claim balik duit untuk proceed 2nd operation.
Medical report siap lepas tunggu dekat 3 bulan. Saya serahkan semua documents pada ejen dan inform dia yang saya perlukan sangat duit tu untuk 2nd operation. Seminggu lepas submit claim tu, saya dapat surat yang mengatakan claim saya ditolak dengan alasan penyakit saya tidak termasuk dalam coverage insurance.
Masa tu memang terduduk jugaklah, 15k bukan sikit untuk golongan B40 macam saya ni. Geram, marah, sedih semua ada. Kalau saya tahu insurance tak cover mungkin saya akan tukar ke Government Hospital. Tapi tula, redha yang paling penting. Saya cakap kat diri saya, 15k tu bukan rezeki saya.
Keadaan saya semakin teruk, dan 5 bulan lepas operation saya terpaksa berhenti kerja disebabkan memang saya dah tak mampu lagi nak bekerja. Saya dah tak boleh tanguh lagi 2nd operation. So saya mintak refer ke Government Hospital.
Keseluruhan process dekat gov hospital start dari 1st appointment, MRI, Ct scan & sampailah operation ambil masa 8 bulan. Total cost RM300++ je. Memang tunggu lama, tapi berbaloi la dengan cost.
Sedar diri yang kita ni tak mampu nak ke private hospital memandangkan insurance pun tak sudi nak cover. Masa ni saya dah tak kerja, tapi mujur duit gaji last saya kerja 5 bulan lepas 1st operation tu saya boleh simpan separuh lepas saya setlekan semua hutang.
Kiranya saya takde komitmen bulanan hanya tinggal satu je iaitu medical insurance.
Ya, walaupun saya dah tak kerja masa tu dah dekat setahun, tapi saya masih bayar insurance saya untuk persediaan bagi penyakit2 lain.
Pada masa itu walaupun saya tak mempunyai income, tapi saya masih sangup untuk habiskan duit saving saya untuk medical insurance. Masih mengambil kira bertapa pentingnya medical insurance takut2 kalau saya mengidap penyakit lain di masa akan datang.
Saya berharap saya kembali sihat & pulih lepas 2nd operation. Berharap yang saya mampu untuk kembali bekerja. Tapi perancangan Allah mengatasi segalanya, selepas 2nd operation pun keadaan tidak banyak berubah dan saya masih tidak mampu bekerja.
Saya terminate medical insurance saya. Walaupun dengan hati yang berat, saya tak mampu lagi nak bayar.
Pada dasarnya saya berusaha jugak untuk membayar insurance sebagai salah satu usaha saya untuk menjamin masa depan saya. Tapi akhirnya saya sedar sebaik2 kita merancang, perancangan Allah adalah yang lebih baik.
Jadi, saya serahkan kembali semuanya kepada Allah untuk masa akan datang. Hanya kepada Allah saya berserah & berdoa. Semoga Allah permudahkan semua urusan saya dan diberikan kesihatan yang baik.
Saya mohon doa semua, tolong doakan kesembuhan saya.
– Miss A (Bukan nama sebenar)
Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit