Ibu Mertua Yang Kolot

Hi All, sorry kalau terpaksa luah kat sini. Nak minta nasihat pada yang sudah berumah tangga dan ada ibu mertua.

Saya ada seorang ibu mertua yang memang kekampungan. Ada saja pantang larang walaupun ada yang point tu ridiculous.

Dahulu waktu mula berkenalan dengan suami, saya tak tahu pulak yang maknya agak kampung pemikiran. For your information, saya memang anak bandar. Both my parents memang asal KL damansara so memang kami agak moden pemikiran.

Jumpa husband waktu zaman uni, benarlah orang cakap cinta tu buta kan? husband baik orangnya, solat semua memang lengkap, waktu bawa dia datang rumah memang my dad agak janggal dengan dia.

Waktu makan pun dia siap angkat tangan doa kuat-kuat. Waktu nak solat memang dia ringan mulut nak ajak semua orang berjemaah. Bukannya kami tak solat, tapi memang jarang kami berjemaah sebab semua busy dengan kehidupan masing-masing.

My youngest sister memang annoying dengan husband sejak dulu lagi. Apa saja dia pakai memang my husband tegur. Saya dah tegur husband, my family dia tidak perlu nak campur. Takut nanti dia akan dipulau kerana terlalu ringan mulut.

I love my husband so much, tetapi kerana dia terlalu ringan mulut menyebabkan my family rasa tidak selesa dengan kehadirannya.

Waktu dia first time bawa saya balik ke kampung, memang culture shock. I almost batalkan majlis kami sebab merasakan kami terlalu berbeza. Tetapi mungkin jodoh kuat, kami tetap teruskan perkahwinan.

Permulaan dirumah sendiri tidaklah susah mana. Walaupun saya moden life, saya pandai memasak dan mengemas, suami hanya balik kerja dan uruskan hal-hal kebersihan diluar rumah.

Tapi kadang-kadang agak stress dengan dia kerana setiap kali solat, dia memaksa saya untuk berjemaah bersama. Kadang kita letih, just nk solat sendiri dan rehat, tetapi bab itu dia cukup susah untuk fahami.

Bila balik ke rumah mertua, jadi satu hal, ada saja yang tak kena, pantang itu ini, dari dekat pintu rumah lagi kena berdiri berdoa dahulu lepaskan kena langkah dengan kaki kanan, kalau tak, mak mentua akan bising. Rumah pulak rumah kayu.

Pernah sekali saya usulkan untuk ubahsuai ke rumah batu, tetapi mertua taknak. Nak pasangan aircond pun dilarang. Punyalah panas sampai tak boleh tidur, tu tak cakap lagi hal nyamuk, serangga semua.

Lepas tu anak-anak perempuan kena bangun pukul 5.30 pagi. Kena pastikan air dijerang dahulu, kononnya itu permulaan pagi. Dapur kena berasap. Lepas solat berjemaah sama-sama, kena siapkan sarapan, semua perempuan kena duduk didapur siapkan segalanya. yang lelaki akan ke masjid utk berduha.

Memang kolotkan pemikiran mereka, bagi mereka perempuan ni kena duduk didapur, kalau tak berasap dapur tu macam tak elok katanya. Its ridiculous for me. Bukan malas, tapi pemahaman macam tu kena diubah takut jatuh syirik.

Bila abis masak, wajib masuk lantai semua, sedangkan sekali guna bukannya kotor pun. Nak maghrib je semua tak boleh keluar rumah, pintu tingkap pun takboleh dibukak, dah la panas, tak tahu la nak explain mcmana.

Dek kerana tak tahan dengan keadaan macamtu, saya selalu usulkan kami tinggal di hotel je bila balik kampung. Mulalah mentua masam muka. Memang hidup kami semua takboleh nak utamakan keselesaan. Suami pun mulalah bising cakap saya terlalu manja.

Salah ke kalau saya inginkan keselesaan, dia patutnya hormati saya sebagai isteri, apatahlagi rimas nak bertudung 24 jam dirumah. Dah la terlalu banyak pantang larang sehingga saya rimas.

Sekarang saya tidak bercakap dengan husband kerana hal tersebut. Adakah saya dikira derhaka? Bagaimana ingin mengubah cara hidup mertua yang terlalu kolot?

Sekian…

Isteri derita,

– Hani (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit