Assalamualaikum warga IIUM Confession. Diharapakan confession ini akan disiarkan sebab saya ingin tahu apakah saya ni ada jalan untuk kembali normal?
Saya kenalkan serba sikit mengenai diri saya, seorang suri rumah tangga, berusia 20 an, berkahwin dan mempunyai seorang anak.
Masalah saya ialah bukan mengenai rumah tangga saya, tapi masalah diri saya sendiri yang terlalu overthinking. Dari sekecil kecil perkara sehinggalah perkara besar.
Ianya bermula sewaktu saya mengandung, saya asyik fikir yang bukan-bukan seperti contohnya, saya tengok cerita negro, saya akan berfikir anak saya akan jadi sama macam pelakon negro tersebut.
Sama juga seperi saya tengok haiwan, seperti kucing, saya akan berfikir anak saya nanti bentuk macam kucing. Allahu, bila fikir yang negatif saya akan cepat-cepat beristifar. Minta dijauhkan sebarang perkara yang tidak diingini.
Perkara ni berlanjutan sehingga sekarang, anak saya pun dah masuk umur 2 tahun. Saya jadi semakin teruk, bila mana kakak saya meninggal. Saya jadi takut, takut dia datang pada saya. Saya rasa tersangat fobia, saya teringat sangat pada keadaan dia sewaktu dikapankan tu.
Sumpah saya menjadi takut akan kematian. Bila saya teringatkan arwah, contoh, saya teringat sewaktu sedang basuh makanan, yes saya buang makanan tu. Sebab saya fikir takut terkena badi mayat. Nauzubillah.
Sama juga bila saya tengah basuh ikan atau apa-apa bahan masak, kalau benda tu macam cacat atau buruk, saya akan buang sebab saya takut nanti anak saya jadi cacat., banyak lagilah benda yang tak patut yang saya fikirkan.
Dan kemuncaknya sekarang, ayah saya meninggal, saya tak sempat tengok arwah, jadi takdelah saya terbayang wajah arwah dalam kain kapan, cuma saya asyik fikir soal kematian. Semua benda yang saya buat saya akan fikir mati.
Sebab mak saya pernah ucapkan, tanda kematian adalah seseorang tu berubah. Jadi bila terjadi perkara baru dalam hidup saya, contoh, anak saya yang dulunya fully breastfeed, nak minum formula milk, saya akan fikir bukan-bukan, saya akan teringat kata2 mak saya. “Perubahan dan kematian”. Dan saya juga teringat kata2 kakak saya.
Ayat mereka seolah2 takkan jumpa saya lagi lepas ni. Sy penat dengan keadaan ni. Bila saya terlalu berfikir, hati saya akan berdebar-debar dan tangan saya jadi sejuk. Saya tak tahu mana tempat nak rujuk, saya nak kembali pada saya yang normal.
Tolong saya. Komen yang baik-baik dan jangan kecam saya. Saya tahu mati tu pasti tapi kalau semua benda saya fikir mati, saya sangat-sangat takut. Hati saya jadi berdebar tak menentu.
Ni baru sikit saya ceritakan tapi memang banyak sgt benda yang saya overthinking, sekecil-kecil perkara pun saya akan fikir bukan-bukan. Bantu saya yang buntu ni..
Saya pernah jumpa ustaz, ustaz cakap saya mengalami trauma sahaja. Tapi sampai bila, saya rasa saya terlalu teruk sekarang. Saya takut lama lama nanti saya jadi gila.
Mohon sangat, bantulah saya bagi saya jalan penyelesaian, mungkin ada yang sama keadaan seperti saya…
– Mrs overthinking (Bukan nama sebenar)
Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit