Aku Dan Sarcoma

Assalamualaikum. Salam sejahtera. Tujuan aku menulis adalah untuk memberi kesedaran kepada orang2 di luar sana tentang Sarcoma. Pada awal tahun 2018. Aku didiagnosed dengan undifferentiated pleomorphic sarcoma ataupun nama lainnya soft tissue cancer.

Kisahnya bermula pada raya 2016, makcikku menegur akan benjolan sebesar 50sen yang nampak di bahagian pahaku. Disbbkan tidak sakit, aku tidak ambil endah akan teguran itu. Sehinggalah aku berkahwin pada 2017, suami menegur bahawa benjolan itu seakan semakin membesar dan membawa aku ke kk berdekatan.

Sampainya di kk, doc cuma bagi ubat sapu untuk surut bengkak di mana doc tersebut bermatian mengatakan yang aku jatuh dan kemungkinan aku tak sedar aku jatuh dan benjol. Malah aku turut diperli oleh nurse di kk itu dengan menyatakan “ala, ni cyst je ni, kalau kite ni artis takpelah kalau nak buang pun. Kite orang biasa2 ni tak buang pun takpe”. Maka aku dan suami pun pulang dengan rasa hambar.

Sehingga aku pulang ke kampung halaman. Ibuku memaksa untuk pergi ke klinik kerana melihat benjolan itu sudah kelihatan besar sehingga aku memakai seluar pun boleh nampak bentuknya. Di klinik. Doc terkejut kerana benjolan terlampau besar dan refer aku untuk buat ultrasound. Namun tarikh ultrasound itu tempohnya terlalu lama.

5 bulan dari hari aku jumpa doc. Akhirnya apabila aku balik semula dari kampung, suami merayu untuk dapatkan tarikh seawal mungkin dan alhamdulillah Allah permudahkan. Dapat je result ultrasound, doc kk terus buat surat refer urgent ke pakar ortopedik. Sampai ke pakar, doc suruh buat mri dan tarikhnya sebulan dari aku jumpa doc.

Selepas 3bulan aku buat mri, result pun keluar. Dan aku suspected soft tissue sarcoma. Masatu aku tak tau pun apa sarcoma tu sehinggalah aku direfer ke pakar sarcoma di hospital kl. Baru aku tahu sarcoma tu ialah sejenis kanser. Tapi masatu aku masih lagi positifkan diri. Berulang kali aku pujuk diri yang ni bukan kanser.

Di hkl aku kena admit untuk buat biopsi (mengambil sebahagian kecil tumor sample untuk diagnosis). 2minggu je lpstu hkl call urgent spy aku segera ke hos. Masatu aku dan husband sama2 final year degree. Tengah sibuk dengan fyp. Sampai je kat hkl. Aku terduduk apabila doc sebut je ayat, ‘im very sorry, u have cancer, keep strong. We will do the best as we can’. Aku pandang muka suami sepi. Takde setitis pun air mataku keluar. Entahlah macam mimpi.

Dan doc proceed untuk buat major surgery buang tumor. Aku pun follow. Sampai kat rumah. Aku telefon mak, masatu baru aku rasa segala kekuatan dan semangat aku luntur di saat aku dengar suara mak. Memang aku rasa down sangat2 lagi pula mak ayah aku jauh. N aku takde sesiapa melainkan husband and his family. Aku tak kuat. Bulan jan 2018, kali pertama admit untuk buat pembedahan, pembedahan tak dapat dilakukan sebab aku demam selsema yang agak teruk.

Dan pembedahan ditangguh lagi. Ada hikmahnya sebab pada mulanya doc plan untuk buat skin graft pada paha aku yang sebelah lagi (yang tak affected) untuk ditampal pada paha aku yang ada tumor disbbkan tumor aku terlampau besar dan kulit tidak dpt dicantum semula untuk tutup lubang kesan dari angkat tumor tu.

Maksudnya aku kena hadap 2 kesakitan dalam satu masa. Masa tu aku redha je tapi Allah itu maha penyayang. Doc pakar pembedahan plastik bagitahu yang aku boleh guna kulit sintetik yang diaorang buat untuk tampal kat paha. Maknanya tak perlu buat skin graft. Yayy. Alhamdulillah. Jadi sampailah masa di mana aku kena buat pembedahan. Ditemani suami dan mak yang datang dari jauh (borneo).

9 jam aku bertarung kat dalam dan 2 beg darah dimasukkan ke tubuh dengan 110 jahitan pada paha berserta tampalan kulit sintetik. *maaf ye saya takguna medical terms* aku dipindahkan ke wad dan dipasang lampu. Lampu itu tujuannya untuk menghidupkan kulit sintetik aku tu. Nak bagi die panas. Aku tak dibenarkan untuk minum minuman bercaffein termasuk milo dan vanilla ditakuti kulit tu akan mati. Aku pegang kulit tu memang sejuk macam ais dan rasanya sebijik macam kerusi plastik.

Seminggu aku di wad bedah plastik. Akhirnya kulit aku berjaya hidup. Ada yang kat katil sebelah aku, kulitnya mati dan tanggal maksudnya kulit tu tak sesuai dengannya terpaksa kena buat graf skin. Sepanjang seminggu tu aku ibarat orang patah kaki. Balutan pun ibarat orang patah kaki. Dibalut dengan papan yang berat supaya kaki aku tak bergerak dan kecing pakai tiub. Mak yang jaga. Masa ni memang touching sangat sebabnye aku bukanlah anak yang baik untuk mak dan ayah aku.

Tapi benarlah kasih ibu sampai ke syurga. Aku dipindahkan ke wad ortopedik. Masa ni aku tangguh study tapi husband masih teruskan jugak. Memang nampak muka husband serabut. Ulang alik hospital bawak laptop untuk buat fyp. Ye kami kahwin masa tengah study. Atas persetujuan kedua pihak. Alhamdulillah husband berjaya siapkan fyp dan grad. Aku? Baca sampai habis baru tahu apa kejadian tentang aku. Hihi. Ok. Sambung balik.

Selepas dipindahkan ke wad ortho. Balutan kaki yang ibarat disimen tu pun dah dibuka. Tapi kena pakai stoking coklet/putih bagi melancar darah. Stoking ni panjang dari paha sampai buku lali. Aku masih tak boleh berjalan.

Tiub kencing pun dah dibuka dan masa ni makcik aku (adik mak) yang ambik alih untuk jaga aku memandangkan mak kena masuk bertugas balik. Jadi makcik aku lah yang papah ke bilik mandi, mandikan, papah untuk aku kencing dan berak.  Terima kasih. Hanya allah je yang dpt balas budi baik makcik.

Makcik jaga aku 4 hari dan kena balik semula ke borneo sebab cuti dah habis. Lepastu husband yang uruskan aku makan pakai sume. Husband datang masa waktu melawat untuk uruskan aku. Seminggu jugak aku di wad ortho dan akhirnya aku dibenarkan balik. 2 bulan aku tak boleh berjalan macam manusia normal disebabkan saraf2 yang masih lemah. Jadi husband yang uruskan semua sebelum die ke tempat kerja (masa ni praktikal semester akhir) selepas 4 bulan.

Aku kena proceed untuk rawatan seterusnya iaitu radiotherapy sebanyak 33 kali setiap hari. Setiap sesi 5-10minit. Sebelum buat radio ada beberapa prosedur kena buat macam kena buat tanda permanent tempat yang bakal ditembak. Nak buat tanda ni guna mcm jarum halus & dia inject dakwat macam buat tatu. Dot macam tu.

Sampai sekarang masih kekal. Selama 3 3hari aku dan suami ulang alik ke hkl selama 45 minit naik motosikal. Pengalaman yang manis buat aku. Terima kasih husband sebab sentiasa ada di sisi. Kami muda lagi ye. Masatu 24 tahun tapi aku bersyukur sebab suami memang bertanggungjawab.

Oh ya. Sebelum buat radio. Aku kena buat ct scan dan masatu kanser belum merebak ke tempat lain. Jadinya aku masih berada di stage 2. Kenapa 2 bukan 1. Sebabnya jenis kanser aku ni aggressive, giant, dan doc gagal untuk buang margin lebih dari 5cm masa pembedahan. Margin ni isi yang belum terjangkiti. Isi sihat.. Isi sihat aku hanya lah 2mm je. Bayangkan kau 2mm dari 5cm.

3 bulan selepas tamat radioterapi. Aku disahkan mengandung. Masa ni happy sangat. Husband pun dah grad dan alhamdulillah terus dapat kerja dan aku? Aku memilih untuk berhenti belajar sebab nak fokus pada kesihatan dan bakal baby masatu. Ye memang ramai yang cakap sia2 sebab 4 tahun belajar terbuang macam tu je. Tapi aku yakin rezeki tu Allah yang bagi sama jugak macam sakit ni.

Dan sampai sekarang aku tak menyesal pun ambil keputusan tu sebab aku rasa jiwa aku lebih tenang. Asalnye sebab aku tak minat course tu dan course tu pulak hardcore. Hehe tapi impian aku untuk belajar lagi masih belum terpadam. In shaa allah aku nak belajar lagi dan kalini dalam course yang aku betul2 minat lagipula aku nak tunaikan hajat makayah aku yang nak tengok aku pakai topi segiempat tu. Ok. Sambung ye. Lepas disahkan pregnant aku dgn husband memang happy sangat2.

Cumanya kandungan aku bermasalah. Mungkin disebabkan rawatan dan ubatan yang aku pernah ambil sblm mengandung. Sehari sebelum aku disahkan keguguran. Aku nampak dengan jelas jantung baby. Masa tu happy sangat. Tapi sayang. Baby tak boleh bertahan. Malam tu jugak aku keguguran di rumah. Gugurlah janin sekali dengan uri. Dan keesokannya doc sahkan aku complete misscarriage. Kemungkinan bayi ni cacat. Sebab nya aku mungkin dah pregnant dalam aku buat rawatan cumanya aku tak sedar.

Allah lebih mengetahui. Anak syurga kami. Penutup 2018 aku dikhabarkan dengan result ct scan ned (non evidence detected) kiranya aku bebas kanser. Masa tu memang happy sangat2 ibarat hilang segala beban yang digalas. Selepas Allah ambil anak syurga kami, aku dapat berita gembira ni dan pada awal tahun 2019. Aku disahkan mengandung lagi.

Alhamdulillah. Sekarang anak aku dah masuk 4 bulan. Cumanya mimpi ngeri aku tidak bernoktah lagi. Bulan 2 ni kena buat ct scan untuk tengok sama ada sel kanser tu aktif balik atau pun tak dan sekarang ni aku jadi lebih takut dan tidak bersemangat seperti aku pada awal2 dulu. Sebabnya aku dah ada anak dan aku seringkali berasa gusar memikirkan sekiranya sakit aku datang balik dan aku tewas.

Bagaimana dengan nasib anakku. Aku belum puas menjaga dia dan bermanja dengannya. Tiap kali aku pandang wajah anak. Aku rasa sedih yang teramat lagi2 aku seakan2 merasakan ada benjolan baru di pahaku di tempat yang sama sewaktu aku dapat tahu aku ada kanser.

Aku mohon doakan keputusan ct scan aku pada bulan 2 ni NED dan benjolan baru itu bukanlah benjolan kanser. Doakan agar aku umur panjang dapat melihat anak2 ku masuk universiti dan berkahwin. Memang itu yang aku harapkan sangat. Ini lah kisah aku dan sarcoma. Perkara yang paling aku menyesal ialah aku tak take serious masa benjolan ini masih kecil dulu.

Dan aku nak kepada pembaca2 tolong lah sayangi diri anda untuk orang2 di sekeliling anda. Bawalah segera ke pakar kalau ada sesuatu kelainan pada diri anda. Tolonglah. Cancer is a beast. Perjuangan aku masih belum selesai. Mama sayang sangat bunga syurga mama. I will fight and be strong for you sayang. Assalamualaikum.

– Bidadari Bunga Syurga (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *