Assalamualaikum wbt. Saya seorang ibu, berumur 28 tahun. Ada 2 anak seorang lelaki dan perempuan, Berusia 4 tahun dan 2 tahun.
Saya berasa agak keliru dengan diri sendiri, dan kadang2 tertanya adakah saya berada dalam fasa kemurungan?
Pada waktu ini, saya mula berasa yang saya tiada keseronokan dalam hidup, saya rasa kosong walaupun ada anak dan suami. Saya sendiri tak sedar sejak bila saya mula rasa begini.
Saya bekerja sebagai guru. Pekerjaan ini bukan pilihan saya, tetapi lebih kepada desakan mak saya. Suatu ketika dulu dia memaksa saya memilih bidang ini, end up saya hanya tertumpu pada bidang ni.
Saya ada mencuba mendapatkan pekerjaan lain tapi gagal. Tapi itu tak bermaksud saya bukan guru yang tak bagus, saya tetap menjalankan tanggungjawab saya seperti dalam ikrar guru.
Mungkin itu salah satu bahagian yang tidak menyeronokkan dalam hidup saya. Well, banyak je orang lain terpaksa bekerja yang bukan pilihan mereka, right.
Saya ada sejarah keluarga yang tidak baik, ibu bapa bercerai, ibu saya pula kerap memaki hamun saya, dan sebagainya. Akhirnya saya memilih jalan untuk berkahwin kerana ingin keluar daripada rumah ibu saya sebab tak tahan dengan mulutnya.
Tapi lepas kahwin, dia semakin okay, lagi2 setelah saya dapat anak. Masih ada saki baki perangainya yang dulu, but its getting better. Cuma sepanjang pengalaman hidup di rumah itu, salah satu perkara yang menggangu fikiran saya, i hardly to get moving on.
Suami… suami… awalnya memang lah sweet. Tapi sejak masuk kandungan kedua, hubungan mulai berubah. Semasa saya mengandung anak kedua, dia terkantoi bermain “chatting” dengan perempuan2 di satu “apps” ni.
Saya menangis teruk. Saya tanya kenapa? Dia kata sebab saya tak layan dia. Walhal masa tu saya mabuk teruk. Mengandungkan zuriatnya. Tak sangka. Tapi malam tu juga dia buang apps tu, dan janji takkan buat lagi.
Memang dia tak buat dah, tapi saya seakan hilang kepercayaan. Dan ada lagi beberapa peristiwa yang buat saya hilang hormat pada dia. Entahlah, kifarah saya ke? Hmmm.
Kami kerap bergaduh, mungkin jiran2 pun dengar ke entah tak tahulah. Saya rasa hubungan kami makin renggang, kurang komunikasi dan jarang berkongsi masalah. Saya tak tahu nak baiki macam mana, sebab saya rasa tak ada gunanya.
Erti kata lain, saya dah bosan dengan hidup ni. Kadang harini elok, esok jadi semula. Dia pun seolah bosan dengan saya ke tak tahu lah.
Terlalu panjang kalau saya nak kisahkan dalam satu confession. Cukuplah setakat ini, saya cuma inginkan kata2 semangat dan motivasi, mungkin jalan keluar yang boleh dilakukan.
Terima kasih.
– HambaYangLemah (Bukan nama sebenar)
Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit