Aku anak tunggal. Masa kecil sekitar umur 4-5 tahun, bila orang tanya mana adik, bila nak dapat adik, aku rasa sebal, tak suka dengan soalan tu.
Kalau aku yang kecil masa tu pun tak suka, apa tah lagi mak ayah aku kan… Tapi tu lah soalan² menyucuk hati tu bukan baru wujud sekarang, 30 tahun lebih yang lepas pun skrip sama juga yang diulang.
Mak ayah memang berusaha. Mana saja ada tempat yang boleh berubat, mereka akan cuba. Kadang² aku pun mereka bawa sama. Mak memang follow up di klinik O&G di hospital.
Ayah aku pun pergi cek jugak. Buat sperm count. Ayah aku kata sedikit low dari normal. Ada treatment, ayah aku buat. Aku pasang telinga juga bila mereka berbual, berbincang. Tapi tak pernah menyampuk. Tak faham lagi masa tu. Bila dah besar baru aku cari.
Masa aku sekolah rendah sekitar darjah 4-5 tu, mak aku buat laparoscopy. Mak aku kata, nak teropong tengok apa masalah dalam perut. Aku terbayang² teropong macam teropong bintang kat langit masa tu. Kalau sekarang boleh Google ja procedure dia macam mana.
Hasil dari laparoscopy, masa aku tingkatan 1, mak aku kena buat operation di HKL. Mak aku kata, penyakit dia doktor sebut PID. Aku tak tau apa dia, yang aku tahu, lama mak aku di hospital. Aku kat utara. Mak aku kena operate di KL.
Mujurlah nenek aku kuat lagi masa tu untuk teman dan jaga mak aku. Masa tu dekat dengan cuti sekolah, bila cuti, ayah aku bawa aku jumpa mak di hospital. Rindunya pada mak masa tu. Agaknya masa tu tak ada pakar di hospital di tempat aku sampai terpaksa ke HKL.
Dah besar baru aku tahu, PID tu pelvic inflammatory disease. PID boleh merosakkan reproduction organ sebab ia boleh meninggalkan scar pada certain organ dalam rahim, mungkin itulah nak dijadikan sebab mak ayah aku tak dapat anak lagi. Wallahualam.
Hiduplah aku sebagai anak tunggal sampailah sekarang. Alone and lonely. Aku developed habit membaca. Buku dan majalah banyak, sama ada beli atau pinjam. Mujurlah juga keliling rumah aku ada rakan sebaya. Taklah boring sangat.
Aku selalu berangan ada adik beradik lain. Kadang bersembang² sendiri… Buat skrip dan berlakon sorang². Memang teringin nak beradik beradik. Cemburu pada sepupu² aku yang punya adik beradik yang ramai.
Bila aku kahwin, aku tertunggu² nak dapat anak. Setahun lebih menunggu, aku dah mula panik.. Aku tengok 2-3 orang sepupu aku yang dah lama kahwin dari aku tapi masih tak dapat anak. Aku terfikir² kalau aku tak ada anak, kesian kat mak ayah aku, keturunan mereka tamat setakat aku saja.
Aku tertanya² juga, aku mandul ke. Sedih jugak masa tu. Pada masa yang sama aku hadapi masalah dengan period cycle aku. Kalau orang lain period cyclenya 28 hari, untuk aku pulak cycle aku 40 hari. Menyebabkan aku tak tahu macam mana nak kira tarikh subur aku.
Aku follow up dengan klinik O& takga selepas satu insiden, period aku sangat banyak dah macam tumpah darah pulak masa tu. Menorraghia doktor kata. Aku warded dan kena follow up. Bila doktor buat background check dia tahulah yang aku dan suami tengah TTC.
Jadi doktor rawat aku dengan bagi pil clomid. Pil hormon. Alhamdulillah, masuk cycle yang kedua, aku disahkan mengandung. Allah Maha Baik, Dia uji kami tak lama. Tapi merasalah juga resah gelisah TTC tu.
Aku berdoa pada Allah agar anak aku ni tidak keseorangan… Biarlah dia punya saudara. Sekurang-kurangnya punya seorang adik. Aku nak anak aku ada kawan, tak keseorangan. Nak mereka merasai manisnya bersaudara. Tak macam aku.
Bila jadi anak tunggal ni, memanglah aku dapat sepenuh perhatian di rumah. Walaupun tak lah mewah, sebab gaji ayah pun tak banyak mana, tapi kalau bab belajar memang ayah aku tak berkira. Tiusyen, bagi tau ja nak masuk tiusyen kat mana, ayah aku tak pernah kata tak boleh.
Aku masuk matrikulasi pertengahan 90an. Ayah aku usahakan jugak beli sebuah komputer masa tu. Mahal.. Almost 6K. Kalau laptop lagilah mahal zaman tu. Aku guna sampai habis degree. Berkongsi dengan kawan² sebilik. Banyak jasa komputer tu pada kami dulu.
Allah Maha Baik… Aku dapat kerja pun berdekatan dengan mak ayah. Alhamdulillah…
Cuma bila mereka menginjak usia tua ni, aku asyik terfikir, kalau mereka pergi, bagaimana aku nak hadap. Bertuahnya mereka yang punya adik beradik, masih ada each other, walaupun mak ayah dah tiada. Dengan siapalah nanti aku nak berkongsi cerita manis tentang mak dan ayah…
Segala kenangan masa kecil aku dengan mereka, hanya aku yang tahu. Selalu dengar mak cerita tentang masa kecil adik² mak… Siapa paling nakal, paling manja, paling montel. Bahagia sangat aku rasa. Adik² mak dan adik beradik ayah pun sama, bila berjumpa, saling mengenang masa lampau dan sama² gelak ketawa bahagia. Aku tak punya peluang tu.
Aku kesian jugak kat mak ayah. Aku tak dapat nak menyumbang banyak untuk mereka. Sebulan dalam RM500 ja aku mampu bagi pada mereka. Kalau adik beradik ramai, bagi sorang sikit pun dah banyak untuk mak ayah.
Bukan apa, aku terkilan jugak, sebab ayah aku tak ada pencen, KWSP dan simpanan tu adalah semasa dia bekerja dulu… Ayah aku still kerja lagi, ambik upah buat rumah orang, buat bendang. Kalaulah aku dapat bagi sebulan lebih 1K, tak perlu lah ayah aku bekerja lagi. Tapi itulah.. Aku punya tanggungjawab juga pada keluarga sendiri.
Bila aku ziarah pak saudara aku di hospital baru² ni, aku bahagia tengok sepupu² aku saling take turn jaga ayah mereka sama²…. Harmoni sangat. Aku kagum. Lepas tu mulalah aku terpikir kalau mak ayah aku masuk hospital, mampukah aku bagi terbaik buat mereka.
Sepanjang masa aku doakan mak ayah aku diberikan kesihatan yang baik dan aku mampu jadi anak yang solehah buat kedua mak ayah aku
Buat pembaca yang punya adik beradik, hargailah mereka. Tak usahlah bergaduh sampai putus² saudara.. hakikatnya aku, sebagai anak tunggal teringin sangat nak ada at least seorang kakak atau adik atau abang.
Mujurlah jugak suami aku punya 12 beradik… Dapatlah jugak aku menumpang bahagia dengan ipar duai aku… Alhamdulillah, semua baik² belaka. Tolak ansur nampak jelas masa proses pembahagian harta pusaka arwah mak dan ayah mentua. Tak ada ungkit mengungkit sehingga kini.
Allah izinkan jugak aku merasa nikmat dalam keluarga besar, walaupun menumpang keluarga sebelah suami.
Untuk anak² aku yang empat orang ni, aku selalu pesan jaga nilai persaudaraan ni.. Susah senang biar sama². Doa aku juga agar disatukan hati anak² aku sampai bila². Moga makbullah doa seorang ibu ini….
– Elle (Bukan nama sebenar)
Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit