Anak Bukan Penentu Bahagia

Terima Kasih Admin jika coretan hati aku ni di siarkan.. Aku Carmilla (bukan nama sebenar), lagipun nama ni je terlintas dalam kepala aku sempena nama hero baru mobile legends. HAHA..

Okay, aku dah berkahwin 4 years +- dengan pasangan pilihan hati. Belum ada anak. Mungkin jalan terbaik aku sekarang ni untuk ambil anak angkat.

Setiap pasangan yang berkahwin mesti nak anak kan. Kalau bunting pelamin alangkah indah dunia tu kan.. Aku dengan suami macam tu lah dulu..

Aku ni boleh di katakan setiap kali period lewat , macam-macam simptom pregnant aku dapat. Happy nak mampos tu jangan cakap lah. Tetiap bulan perasaan macam ni berlaku kat aku.. Lagi-lagi aku ni period memang regular.. So expectation aku memang aku senang nak pregnant.

Bulan berganti bulan, tahun berganti tahun. Entah berapa banyak UPT aku beli selama ni ade beribu dah. Sekali test ade 3-4 strip.. Tapi semua Negative. Kadang tu Evap line pun aku ingat Positive.. HAHA..

Tipulah kalau aku kata aku tak sedih.. aku down sangat.. Masa ni aku fikir sebab aku kemalangan motosikal dulu kot aku susah nak ada anak.. Kawan yang baru kahwin pun dah ada anak. Aku cemburu jugak kenapa aku susah nak ada anak..

Segala usaha aku dah buat. Minum jamu, makan itu ini, berurut naik peranakan, check docter pun aku tak ada problem. Orang kata tak ada rezeki. Okay masuk tahun kedua perkahwinan aku stop beli UPT. Aku dah malas nak fikir.

Yang aku tahu aku jalani hidup berdua macam biasa (mungkin sebab ni ramai fikir aku dan suami ni belum berkahwin) Kami seperti pasangan bercinta, tak macam dah kahwin pun.. Suami aku tak banyak inisiatif sebab bagi dia kalau ada, ada lah. Kalau tak ada, belum rezeki..

Jadi hari-hari dia kerja kerja kerja. sampai masa holiday, kami akan pergi bercuti.. Aku pulak games games games.. hahah tak ada benda nak buat..

Satu hari tu suami aku jatuh sakit. Baru lah kami tahu yang sebenarnya suami aku ada penyakit berkait jugak dengan kesuburan, senang cerita memang tak boleh dan tak akan ada anak lah. Manakala aku normal. Aku akur dengan ujian Allah swt beri pada aku. Ini jalan aku harus lalui..

Tapi yang lebih tersiksa semestinya suami aku lah. Dia jadi paranoid sebab takut aku tinggalkan dia.. Bertambah rimas aku di buat nya, kongkongan dia bertambah teruk. Aku sekali pun tak pernah fikir nak tinggalkan dia sebab aku terima qada dan qadar..

Selama ni aku diam dan mengiyakan sahaja apa kata orang, cemuhan dan hinaan yang di lemparkan pada aku.. makcik , pakcik bawang selalu cakap kat aku sebab aku kemalangan dulu lah aku ni tak subur.. Nanti suami cari lain lah.. Urat aku terbelit lah apa lah.. Mertua pula kias-kias teringin nak cucu.. Banyak kalau aku nak listkan menang tak habis cerita aku ni..

Aku? Aku pendam sorang-sorang.. Gila ke tak sedih.. Selalu aku menangis mengenangkan nasib aku.. Nasib baik suami aku masa tu rileks dan cool.. Selalu pujuk aku jangan dengar kata orang.. Bila sekarang kami dah tahu puncanya, aku tahu lah bukan salah aku selama ni..

Suami aku berkali minta maaf sebab selama ni dia tak fikir pun perasaan aku masa orang hina aku.. Sebenarnya dia yang bermasalah.. Tapi itulah, sebab aku dah lali dengan mulut orang.. Aku diam je tentang hal ni. Kalau orang tanya lagi, memang aku iyakan je yang masalah tu punca dari aku seperti biasa lah.

Aku tak nak suami aku stress macam aku dulu.. Suami aku dah terus terang pada keluarga dia pasal ni, tapi in law aku sangat-sangat tak boleh terima. Mati-matian mereka kata anak nya tiada masalah.. Di pandang sinis padaku setiap kali bertemu..

Berbeza dengan keluargaku, semuanya simpati atas nasib kami berdua. Beri kata semangat dan banyak lagi cara untuk adopt anak angkat dan sebagainya. Bagi mereka semua ni ujian untuk kami terus kuat..

Cuma aku nak nasihatkan sikit kat pembaca sekalian serta makcik pakcik bawang.. Jangan persoalkan rezeki orang. Anak ke apa ke, jangan. Lambat ke cepat ke.. Ade baik nya jangan tanya langsung. Kami ni bukan tak usaha, dah usaha tapi tak ada rezeki.

Ada anak bukan penentu bahagia sebuah perkahwinan.. Punya pasangan yang memahami, bertanggungjawab dan sentiasa menyanyangi kita tu pun dah cukup bagi aku lah..

Untuk mertua dan ipar, jagalah mulut bila berkata-kata.. Menantumu di didik dan di besarkan oleh orang tua nya dengan penuh kasih sayang bukan untuk di persalahkan seumur hidup..

Untuk ipar duai, hang nak ada anak berderet pun tak apa lah, jangan ajak berlumba siapa paling ramai anak, siapa paling subur. Anak tu amanah, kalau anak kalian aku yang jaga macam mana katanya kamu itu emak bapaknya?

Aku sedih dengan apa yang berlaku, tapi aku akan terus kuat dengan suami aku.. Aku minta maaf kalau cerita aku berterabuh, tapi ni jela aku nak luahkan.. Hidup kena chill baru tenang kan.. hehe..

– Carmilla (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *