Assalamualaikum. Cerita aku agak panjang. Aku just nak share. Hope korang sudi baca. Aku K. Lelaki. 32 tahun. Handsome. Ayah aku boleh dikategorikan sebagai ayah yang sukar difahami. Semua benda dia sahaja yang betul. Anak yang 1st, akak aku so pape ikot laki dia la kan.
Atas aku abang tua setahun dari aku tapi tak kerja dan tak berminat nak mencari kerja. Dia hanya lepak kat rumah tengok tv main game, keluar rumah bila bosan, mintak duit mak aku dan mak aku sebagai mak yang sayangkan anak sebijik cerita adelia sofea yang mak dia backup anak menagih.
Haa.. family aku lebih kurang cerita tu just belom ada yang hisap dadah lagi la.. plus bapak aku semua benda akan letak kat kepala mak aku pasal anak-anak ni dan bapak aku tak de pompuan lain.. aku yakin.
Ayah ramai kawan. Kebanyakannya mereka yang berpangkat dan bergelar tan sri,dato dan datuk. Orang kebanyakan ni tak ramai. Bangga perkenalkan kat aku padahal aku tak berminat. Mereka sangat dipandang tinggi oleh ayah.
Sampai kan semua benda akan dikaitkan dengan mereka. Dah pencen pon sanggup lagi berkhidmat untuk mereka. Bagi aku ayah tak ubah macam kuli mereka. Beli barang dapur untuk mereka pon pernah. Aku pernah tegur tapi, hamun yang aku dapat.
Sejak kecil aku tak bebas untuk buat apa yang aku nak. Ayah tak pernah tanya sekolah macam mana, seronok ke kat sekolah.. Yang ayah pesan belajar rajin-rajin. Sedangkan dia tak pernah ambil tahu yang aku kene buli kat sekolah. Duit aku selalu kene paw dengan senior. Orang pukul aku mengadu kat cikgu, cikgu rotan aku.
Senior pernah meraba aku dan buat gangguan seksual. Ayah mak tak pernah nak kisah yang penting ‘belajar rajin-rajin’. Aktiviti sekolah seperti lawatan,camping semua dilarang bahaya katanya.
Bila weekend aku suka tengok kartun kat tv, dia suruh tutup dan akan hantar aku pergi segala program motivasi, anak cemerlang, skor A, kira matematik pantas segala sampai sijil-sijil aku dah sejengkal tebalnya. Sedangkan bukan itu yang aku nak.. Aku nak perhatian dan kasih sayang mereka. Aku rasa tekanan bila ada di rumah.
Masuk universiti, aku bebas sebab belajar jauh di selatan tanah air. Dengan hidup ditaja aku agak senang sebab tak perlu berkomunikasi sangat dengan ayah. Tapi tula.. ayah asyik sebut ‘nasib baik ikut cakap aku kalau tak ko tak dapat tajaan M’. Itulah yang diulang setiap kali jumpa aku.
Bagi aku semua tu rezeki Allah. Mungkin untuk uji ayah yang asyik bongkak. Aku suka hidup dengan kawan-kawan berbanding di rumah. Cuti semester akan aku penuhi dengan kerja sambilan di selatan tanah air. Ayah call untuk tanya bila kelas mula,macam biasa tak pernah tanya aku macam mana yang penting belajar.
Abis U, aku balik ke rumah semula. Start cari kerja. Ayah sibuk suruh apply kerja kerajaan. Aku ikutkan jela walau hati aku memberontak. Aku tak mahu kerja pon ditentukan ayah. Macam biasa akibat lambakan graduan aku tak dapat pekerjaan yang sesuai dengan bidang aku. Jadi aku mohon apa sahaja kerja.
Aku dapat bekerja di sebuah restoran makanan segera. Aku gembira dapat bekerja tapi tidak ayah. Ayah nak aku duduk sahaja di rumah dan tunggu kerja kerajaan. Malu kalau dilihat kawan-kawannya aku kerja di restoran. Tapi aku tak peduli. Aku kerja juga sebab tu je yang boleh buat aku gembira.
Setahun kemudian aku dapat kerja kerajaan. Bukan benda yang aku minat. Ayah orang paling gembira. Dengan berat hati aku pergi dan sejujurnya aku tak ikhlas berkhidmat. Aku rasa berdosa kerana aku rasa ramai lagi lebih layak. Ramai lagi yang memohon dan sangat berharap nak kan kerja kerajaan ni tapi tak dapat sedangkan aku pula tak ikhlas berkhidmat.
Setiap hari nak pergi kerja memberontak hati rasa down sangat. Tapi aku buat je demi ayah. Segala yang aku buat ni semuanya nak puaskan hati ayah. Sekarang pesan ayah, ‘kerja rajin-rajin’. Urghhh terngiang2 kat kepala ni pon dah buat aku tekanan.
Dalam 3 orang anak dia aku seorang berkelulusan ijazah, kerja kerajaan dengan gred 41. Anak bongsu lagi. Jadi aku sepatutnya jadi kebanggaan family la kan?
Tapi tak.. Ayah masih cuba kawal aku, sedangkan abang aku yang mengangggur tak pernah dia kisahkan. Malah dimanjakan lagi nak duit,nak makan semua dihidang depan mata. Aku masih lagi dilayan macam anak tak guna. Segala yang aku lontarkan akan diakhiri dengan pergaduhan.
Sebenarnya banyak lagi perihal ayah yang aku tak larat nak coretkan. Hubungan dia dan mak juga ibarat housemate sahaja. Ayah lebih selesa lepak bersama kawan-kawan daripada di rumah. Kalau bercakap mesti bergaduh, jadi better diam sahaja. Toksik. Inilah keluarga toksik yang sangat memberi kesan kepada mental aku.
Aku pernah buat ujian di klinik untuk kesihatan mental aku. Keputusannya positif. Aku kat border. Aku ada masalah dengan keyakinan diri aku. Aku tau punca masalah ni semua so aku decide tak nak jumpa doktor and try to solve bende ni sendiri.
Satu hari aku kenal dengan L. Baik, bijak, kelakar, indipendent, good listener, penyanyang, disenangi ramai, semua la yang best2. Background family aku dengan L dari segi ekonomi sama je. Middle class family tapi aku mewah sikit la sebab both parents kerja manakala L mak dia surirumah. Semua dah pencen.
L accountant. Aku kenal masa dia buat audit kat tempat kerja aku. Dia sangat baik, cool. Dia terima aku yang introvert, yang banyak masalah ni. Dia tau hal aku a-z dan tak pernah jemu sokong aku, nasihat aku. Dalam aku tak sedar, aku rasa ringan dada aku bila borak dengan dia. Lebih buat aku selesa sebab hubungan kitorang lebih kepada kawan. Tiada yang special, tak ada benda yang perlu aku cover.
Bila jumpa family dia aku rasa penuh kasih sayang, respect, mesra. Pendek cerita aku senang sangat dengan dia dan ajak dia kahwin sebab dah selesa sangat. Aku happy dia terima dan tak kisah pon pasal belum bercinta. Dia ajak bertunang setahun, dalam tempoh tu baru belajar bercinta. Tapi tak adalah beriya sangat sebab kitorang bestfriend.
Macam biasa aku buka mulut nak kahwin terus dapat negative feedback dari ayah. Dia nak aku naik pangkat dulu baru fikir kahwin. Lagi pulak L bukan kerja kerajaan. Family L pulak bukan siapa-siapa. Adoi.. sedihnya aku. Sampai camni sekali dia nak tentukan hidup aku. Tapi kali ini aku kene bertegas sebab aku dah libatkan orang lain. Aku tak nak lukakan hati L.
Akhirnya aku kahwin dengan L. Alhamdulillah dah 3 tahun. Belum ada baby. Alhamdulillah family L sangat baik sangat supportive. Aku sangat bersyukur diberi kurniaan keluarga yang sangat penyanyang, ambil berat. Aku rasa bersalah kerana tak adil dengan L. Aku tak dapat bagi mcam mana yang dia bagi kat aku.
Sepanjang 3 tahun ni ada la 10 kali ayah bertegur dengan L. Tu pun 3, 4 ayat je, masa salam raya kot. Layanan ayah pada keluarga L juga hambar. Sangat berbeza dengan layanan pada kawan-kawan hebat ayah. Aku malu. Aku malu dengan ayah. Ayah masih marah dengan aku sebab tak nak dengar cakap dia dulu. Merajuk yang entah apa-apa yang aku malas nak layan.
Makin lama dengan aku pun dia tak nak tegur. Ajak datang rumah pon dia tak berminat nak datang. Aku sangat berkecil hati. Tapi aku pikir aku perlu jaga hati L yang sangat bersabar dengan keadaan ini. Awal kahwin dia pernah menangis luahkan dia terasa sangat dengan ayah. Tengok dia nangis aku rasa hati aku macam kene tikam. Aku mampu minta dia bersabar sahaja.
Sekarang dengan L aku try cari kebahagiaan aku sendiri. L terlampau baik. Aku betul-betul manjakan L sebab aku sayang dia sangat-sangat. Dia tak pernah ambil kesempatan dengan kebaikan aku. Setiap kali bersolat, mengaji dengan L aku rasa jiwa aku damai sangat. Semua harta, insurans, hibah aku sediakan untuk L. Aku juga sayang keluarga beliau.
Walaupun teruk layanan ayah pada L, L tetap tak jemu ajak balik rumah family aku. Family L tahu tentang ayah tapi mereka tetap tanya khabar family aku, kirim macam-macam kalau tahu aku akan ke sana. Ya Allah sungguh besar hati mereka. Hanya Allah dapat membalas.
Sesungguhnya sekarang ni hati aku kosong untuk family aku. Sikit sayang pon dah tak ada. Aku hanya fikir tanggungjawab melawat orang tua sahaja.
Kepada L dan family, terima kasih terima aku yang serba kekurangan. Hanya Allah mampu membalas segala kebaikan, kasih sayang,layanan.
Maaf andai coretan ini terlalu panjang. Tak menarik dan mendatar. Aku hanya nak kongsikan yang kebahagiaan tu kita kene cari. Dilahirkan dalam keluarga toksik menyebabkan kita sangat menghargai kebaikan setiap orang dan keadaan sekeliling kita. Sakit hati macam mana pun elakkan bermusuh, berdendam. Berdiam diri tak bermaksud kalah tapi lebih kepada matang dalam mengambil tindakan.
Kepada yang rasa diri tidak disayangi, mahukan layanan, pelukan dari keluarga jangan kecewa. Teruskan berdoa dan usaha wujudkan dalam keluarga kecil masing-masing. Ada benda yang kita tak mampu ubah hanya mampu doa dan redha, ada benda yang kita ada pilihan. Pilih sebaiknya dan jangan putus asa dan berdoa.
Doakan kami dikurniakan zuriat yang mampu membawa kami ke syurga.
Terima kasih,
K for Kacak.
– Kyoto (Bukan nama sebenar)
Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit