Salam Dedikasi Semua Pembaca IIUM Confession.
Izinkan berbahasa diri Kak Ros.
Kak Ros banyak buat bacaan di sini. Jika ada masa terluang, join sama menulis komen di Page tersohor ni.
Selalu lah terbaca confession berbentuk masalah dan luahan. Kali ni, apa kata kita lari daripada kebiasaan. Bantu beri tulisan yang membina, merungkai, memberi jalan keluar atau sekurang-kurangnya menjadi idea umum.
Merujuk kepada Confession Aza :
(https://iiumc.com/si-isteri-jobless/).
Kak Ros sering terbaca isu diberhentikan kerja, VSS, pengangguran, mohon kerja dan sebagainya. Nak fokus isu ni sikit berdasarkan pengetahuan yang ada ye korang semua.
Kak Ros selit sikit background diri. Supaya netizen semua timbang tara apa yang nak disampaikan kepada kamu semua yang membaca.
Kak Ros Generasi X. Pendidikan Ijazah di dalam bidang Sains Tulen dan seterusnya berpengalaman 10 tahun bertugas di dalam bidang Sains Makmal di sebuah U terkemuka.
Tiada pengalaman berbisnes kecuali pernah terjebak dengan MLM. Normal la kan bagi wanita bekerja yang ada duit sendiri. Famili pun tidak berbisnes, Mak Ayah adik-beradik kami semua jenis makan gaji. Kami support beli barang orang bisnes adalah… haha.
Pendek kata, selepas puas bekerja serta diuji diri sebagai survivor rare blood cancer, Kak Ros memilih bisnes online dari rumah sebagai punca pendapatan.
Kiranya, ilmu meniaga kena bermula dari bawah. Itu yang nak dikongsikan dengan korang semua.
Rupanya, bekerja dan punca pendapatan ni, kita boleh create sendiri. Bukan bermakna membina kerjaya perlu bermula dengan “hunting for interview” semata-mata, isi borang temuduga sebanyak mungkin. Selepas tu, tunggu keputusan sama ada berjaya mendapat jawatan ataupun tidak.
Tetapi, jika awal-awal lagi korang dah bina tembok/shield, hanya nak duduk bawah orang dan makan gaji. Boleh stop baca sampai perenggan ni sahaja ye.
Lepas tu, yang sedang berkhidmat, jangan gatal-gatal baca confession Kak Ros, esoknya serah surat letak jawatan kat HR department pulak.
Biasa juga, orang datang bertanya pada Kak Ros. Patutkah nak berhenti kerja semata nak fokus berbisnes??
Kak Ros pasti jawab, jika ada 12 bulan kali ganda gaji komitmen kewangan tu termasuk medical, insuran dan komitmen lain dengan konfiden, boleh la pecat Boss kamu tu.
Maka, jika tiada alasan kukuh, tak perlulah guys. Elok dah ada kerja, terbalik kot. Sibuk nak berhenti buat apa. Fokus saranan tulisan Kak Ros kepada yang masih belum ada pekerjaan sekaligus tiada pendapatan.
Kita sambung lagi.
Masuk scope bisnes ni, membuka mata Kak Ros bahawa pekerjaan itu kita boleh create sendiri malahan kita boleh “fleksible” kan sesuai untuk diri kita.
Jika bisnes berjaya, mana tahu kita pula yang sediakan peluang pekerjaan untuk mereka yang menganggur di luar sana.
Why not to be the creator??
Betul tidak.
Kerjaya tidak bermakna kena keluar dari rumah, bekerja 9 pagi ke 5 petang atau 8 jam mana-mana syif dan hujung bulan tunggu gaji masuk.
Jika seorang muslimah atau isteri pula, bukankah sebaiknya bekerja di dalam rumah dan dapat mengelakkan terperangkap dengan ikhtilat jika berada di luar sana.
Gaji kita perolehi, unlimited income. Bergantung kepada pelbagai faktor seperti diri-sendiri, ilmu, masa, tenaga, keupayaan dll.
Bagi diri Kak Ros juga, mempunyai legasi bisnes servis dan produk atas talian daripada pelbagai online platform, pendapatan secara bulanan mencecah 5 angka dan 4 angka itu pendapatan biasa normal.
Rakan niaga Kak Ros pula, boleh handle seorang diri dengan serba sedikit bantuan famili hanya di rumah. Simpanan bersih telah perolehi sehingga 6 angka.
Ada yang berbisnes, telah terbukti mampu touch juta semua bermula secara home base. Terpaksa rela mereka buka kedai, butik, stor simpanan barangan.
Sekarang pula, Kak Ros dah berpindah daripada kesibukan kota, separa bersara, tenang sambil menikmati kehidupan dengan apa yang telah diusahakan sebelum ini.
Kak Ros…
Saya tiada pengalaman, saya tak tahu nak mula, saya buntu, saya tiada modal, saya tak boleh keluar rumah, suami kedekut bak ang, anak saya melekap spider je kat saya, susah nak keluar rumah nak pos, COD barang dan pelbagai isu lain.
Ni Kak Ros nak senaraikan apa yang kamu dapat buat sementara kamu hunt I.V atau menunggu result jawatan bekerja yang entah bila kunjung tiba tu. Menyambil lah layan hero korea jambu batu drama bersiri yang korang minat tu ye.
1. Handphone.
Wajib ada dan pastikan berdata. Kalau tak, apa namanya bisnes online. Telefon tangan inilah sebagai aset utama untuk kita mulakan berniaga di atas talian. Bukan digunakan sebagai senjata “Onion Army Universe” mengecam di Alam Maya semata-mata.
Belajar mulakan penulisan di profile secara berhemah. Tulislah seperti seorang yang belajar Bahasa Melayu ketika di sekolah. Tak perlulah menulis sampai darjat Bahasa Melayu beraras tinggi.
Penulisan sebagai satu skill tambahan untuk mendapatkan trust orang ramai. Dah kalau netizen pun tak berapa faham penulisan kamu sampaikan, bagaimana mereka nak mendapatkan servis dan jualan kamu. Baca pun dak dak wicet je yang faham.
2. Modal.
Tiada modal atau minima modal. Mulakan dengan menjadi Dropship atau menjual secara Pre-Order dengan mana-mana produk/servis.
Cari jenama servis atau produk yang mana mereka sediakan ilmu secara percuma dan jualan barangan “atas angin”. Tugas kamu cari pelanggan sahaja.
Barang terus dihantar ke tangan pelanggan tanpa memerlukan kita keluar dari rumah pun. Tinggal tadah duit untung melalui telefon sahaja
3. Ilmu Marketing Online-Basic.
Sentiasa Baca dan Update. Banyak percuma di internet. Semua orang tahu, paling mudah berjual-beli di Social Media Platform. Banyak sangat lambakan ilmu yang ada. Follow secara konsisten seorang dua mentor bisnes.
Boleh follow Sifu, Master, Mentor, Naga, Jerung sebagai rujukan. Join seminar, kelas dan belajar. Jangan follow membuta tuli. Follow yang berkaitan dengan apa aktiviti bisnes yang kamu jalankan.
Jangan tamak follow semua, sampai mana satu nak mulakan pun tak tahu. Jem jadinya.
4. Pasukan Niaga.
Dalam masa terdekat, nak hasil segera, Kak Ros sarankan kamu pilih mana-mana yang ada di dalam friendlist kamu, seseorang yang mahir berbisnes. Join beliau berniaga servis atau barangan yang kamu suka. Lama-lama kamu pasti nampak jalan rezeki niaga akan terbuka.
Join juga group-group berkenaan bidang bisnes yang kamu jalankan. Banyak tips, info dan maklumat di luar pegetahuan ilmu kita boleh perolehi. Kadangkala tips, yang dikongsikan itu tidak terfikir oleh diri kita sendiri.
Cari seseorang yang dekat, humble, mesra dan mudah kamu nak berinteraksi. Jadikan pembimbing dan perujuk bisnes online kamu. Susah nak jumpa. Cari sampai dapat. Ada ramai di luar sana yang sudi berkongsi ilmu. Zaman info di hujung jari, cari sehingga jumpa dengan mereka.
5. Gunakan apa yang ada di tangan.
Contoh, jika kamu berkemahiran seperti minat mengajar. Boleh buka kelas di rumah dengan masa tertentu. Marketing secara online. Ajar anak-anak kecil membaca pun boleh jadi satu pendapatan.
Tak pernah buat. Mulakan mengajar anak jiran, kekawan. Pantau result sampai proven. Selain servis, contoh jualan produk home base seperti menjual Aiskrim Malaysia. Pun ianya boleh bertukar menjadi duit poket. Tak tahu nak mula menjual, dapatkan tips daripada group yang kamu sertai.
Dapatkan testimoni dan feedback. Jangan malu bertanya mereka semua. Feedback daripada segi servis, harga, kualiti dll. Boleh mulakan dengan beri mereka servis atau produk secara percuma.
…………………..
Bisnes sudah mula ada impak dan konsisten, sila daftarkan bisnes online anda. Buka Akaun Bank Semasa. Simpan semua resit, invois, akaun keluar masuk, catat dulu walaupun hanya di kertas A4 kosong.
Disiplin diri mau ada guys.
Jangan lupa buat caruman KWSP untuk diri sendiri. Buatlah Slip Gaji, rekodkan. Jangan pulak enjoy semua duit yang dapat. Pastikan persen untuk menyimpan dan modal. Jangan “merompak” wang bisnes niaga anda sendiri.
Okay guys.
Daripada kita mengeluh, merungut, tertekan tiada kerja dan pendapatan, apa kata kita mulakan sekarang.
Musim perayaan akan tiba. Musim inilah kerja menjual dan mendapatkan pelanggan paling mudah.
Tips last.
“Marketing itu Buat Orang Nampak”
Lepas tu, korang boleh dah show off dengan orang lain hasil pendapatan yang terbukti daripada kerjaya yang kita bina sendiri.
Jadikan bisnes online sebagai satu kerjaya serius. Lepak rumah klik klik atas katil je pun.
Jika komen diterima ramai secara positif. Kak Ros akan belanja penulisan seterusnya “Pengalaman Bisnes Online dari Lubuk Sumber Luar Negara terus ke Tangan Pelanggan Serata Dunia”
– Kak Ros (Bukan nama sebenar)
Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit