Hi semua. Confession ini sekadar perkongsian untuk pengajaran kita semua.
Tengok tajuk pun dah boleh agak. Setiap orang pun diuji dengan cabaran yang pelbagai. Begitu juga i. Cuma bab rumahtangga lah ujian i yang paling besar setakat ni.
Background: i kerja profesional sama macam husband. Upbringing smooth je selama ni. Positive environment je. Walau ada ujian macam2, semua i boleh handle dgn jayanya. Hidup rasa dipermudah Tuhan. Sehinggalah i berkahwin. Baru i sedar ku sangkakan panas hingga ke petang, rupanya hujan di tengahari.
Sebelum tu masa bertunang lagi sebenarnya Tuhan dah bagi hint.. Tapi i leka dan tetap juga berkahwin. So inilah consequences for my biggest decision in life. Which is the worst
My husband was a total jerk for:
Sebelum berkahwin, dalam fasa pertunangan.
1- Dia kantoi masih berhubungan dengan memana wanita katanya memang ramai kawan perempuan. Tapi ada satu ni beriya contact i, dia tak bagi contact dan suruh block terus, tapi i curious, i unblock her, she told me everything, rupanya perempuan tu pernah ditebuk oleh tunang i. Dan diabai begitu saja.. Rupanya awek2 lain pun mula contact i. Mereka berjemaah nak bagitahu i yang tunang i playboy.
Masa tu i naif, malas korek cerita lama dia. Dia ajak kahwin terus di saat i memang tengah dalam fasa pilih calon suami. Good timing. Macam2 lah dia buat untuk convince i masa tu kata dah taubat. Rupanya semua itu lakonan drama dia.
Initially dia tipu i kata dah 2 tahun single mingle sejak last clash dengan perempuan masa universiti tu.. I was in few relationships ‘teman tapi mesra’ and he just came at right timing, i pun jenis malas bercinta lelama. Few months terus kahwin.. So serve me right kan for being stupid and naive enough to believe his lies.
2- Dia kantoi merokok. Heavy pula tu. I ni memang anti perokok. Dia sanggup tipu i kata dah quit smoking few years.. Tu pun kantoi pasal masa lepak sesama, member dia sendiri tanya peliknya tunang i takde merokok pun sejak couple dengan i. Tersandarlah daku di situ rupanya kriteria suami paling ku benci bakal jadi suami ku..
Dia janji berhenti pelan-pelan.. Macam2 i dah tolong belikan yang ubat berhenti rokok tu.. Harga beratus.. Sekarang dah beranak pinak pun tak juga quit.. Selama dating, rupanya alasan dia ke tandas tu rupanya merokok, pandai dia sembur perfume banyak2 nak kasi bau rokok tu hilang.. Dan i memang tak pernah date/couple dengan perokok selama ni, so i tak tahu sangat pasal perokok ni.
Cuma pernah 1x terbau rokok, dia tipu kata orang lain dalam tandas yang merokok. Bodoh tapi logik la kan. So begitulah cara i tertipu. Lepas kahwin rasa terseksa sangat sebab suami jenis perokok yang tidak beradab. Tahu kan jenis selfish smoker ni macam mana :)
3- Dia cakap famili dia sangat berkasih sayang, sangat bertanggungjawab, sangat penyayang, kalau kahwin dengan dia, confirm semua orang layan menantu sulung ni mcm permaisuri. Rupanya selepas kahwin lain jadinya hahahaha ini nanti i cerita.. Rupanya a toxic family that he has.
4- Dia cakap dia kerja sekarang kontrak gaji 5k. Dan saving dia dah 40k. Yela fasa taaruf semua kena ambil tahu kan. So i kira sekufu lah dengan dia ni pasal i pun kerja gaji gitu dan savings i pun lagu tu juga.. I dah beli rumah, akaun TH i cukup tunggu turn je. Rupanya. Lepas bertunang tak lama tu dia tukar kerja, gaji separuh ja.
I teruskan gak lah kahwin, fikir dia ada saving banyak dah pun 40k. Hantaran pun tak kisah berbelas ribu mampu bagi i. I pun berlapang dada bersuamikan gaji lebih rendah padahal i tahu bnyk org share akan ada masalah bila gaji beza camtu. Tup tup famili dia datang merisik jumpa makpak i minta diskaun hantaran.. Padahal tang tu kami dua dah persetujui.. Sebab dia kahwin pun 100% duit dia dan i. Tak sentuh sesen pun duit makpak memasing.
Yela saving 40k memasing ada dah kan.. Duit hantaran tu i aim nak beli rumah pertama kami bersama atau simpan je untuk pendidikan anak2 sebab i macam dah stabil kira ada segalanya pun. Mak pak i cakap tak campur dah, kalau ikutkan makpak i boleh je terima hantaran seikhlas hati. Tapi pasal itu persetujuan i dengan anak dia, makpak i ikut jelah. (walaupun banyak kos makpak i besarkan i sampai berjaya tapi mereka tak kisah)
5- Dia cakap majlis belah lelaki akan buat, kami dah setuju guna duit kami juga buat majlis kecil-kecilan RM250 bajet pun takpe. Asalkan ada lah nak bagitahu orang kampung pasal perkahwinan kami ni dan raikan keluarga i pulak lah. Famili i pun nak kenal rumah mentua i dan famili besar mentua i kan. Tapi sampai beranak pinak pun tak buat.
Rupanya pasal makpak dia tak suka buat majlis. Tak suka campur orang. Tak suka orang tahu tentang kewujudan famili mereka.. Masa majlis belah i, rupanya sikit ja wakil dari famili dia yang datang. Sebab tak dijemput kot mungkin mereka ada masalah keluarga.. Hancur hati i tak dapat bersanding kali kedua merasa beberapa persalinan perkahwinan, padahal dah survey nak pakai baju masa majlis belah nun. Sobs
6- Dia kantoi masih simpan gambar2 tak senonoh ex ex dia semua dalam fon. Start ex dia kacau i tu yang i macam ada trust issue and he said will delete all the memories. Turn out i checked again, i still found it. After we were engaged. Takkan nak putus kan? He said he would delete all. And blocked those other girls yang hari2 dia pernah mesej. Glad that he did.. Such a liar kan? Again, i was too stupid to accept him. Tapi so far takde lagi dia buat hal lagi. Dan i pun takde ungkit hal lama ni pun kalau gaduh.
7- Dia ada janji nak bahagiakan dan hargai i kononnya. Dah kahwin nanti cuci kaki je masuk rumah kalau boleh. Hahahaha big lie rupanya penipu je. Masa ni i dah plan our future if he could prepare all, so gaji i totally i akan focus pada child care and education plus our investment together. I suruh dia buat tabung haji account..
I berangan nanti i nak bawa dia sekali buat umrah/haji bila rezeki dikongsi bersama. Rupanya kesedaran dia pasal TH takde. I suruh buat awal2 so dapat turn awal kan.. Tapi sampai beranak pinak ni tak buat dan just last year i paksa buat depan mata i. Daftar guna kwsp dia sebab dia takde duit simpanan rupanya.
Selepas kahwin, dia cakap simpanan dia famili dia dah guna, so kena start dari zero. Barang rumah segala peralatan elektrik perabot i yang beli 95% i can say. Duit rumah i bayar.. Gaji dia cuma bagi duit untuk pengasuh dan barang anak, bil api air, entah ke mana gajinya yang lain, dia ada buat loan untuk mewahkan famili dia just before kami kahwin maka separuh gaji tadi dari yang 2k plus tu dia tanggung bayar loan..Sobs..
8. Sebelum kahwin dia ada plan rutin lah kalau dah kahwin nanti, sebelum tidur nak pillow talk bagai kongsi cerita bersama. Penipu sangat, sebab lepas kahwin dia asyik tengok tv dan main game sampai lewat malam pun dan tak tidur sekali sekatil sebab tertidur depan tv. Sedih betul sebab kena paksa suami tidur sekatil ni dan kadang i terpaksa gigihkan diri tidur depan tv sekali. Sebab rasa lain sangat dah bersuami tapi tidur seorang juga. Sexually, no problem pun.
Entahlah, mungkin berbeza cara pemikiran kami yang membuatkan kami tidak click in conversation sangat so after dinner dia akan lepak luar rumah merokok/ baca novel anime manga/ main game/ tengok tv sampai pagi buta.
I wonder memang suami anda yang lain pun macam ni juga ke. Ada pun macam takde.. Ada anak pun i kena paksa dia spend time dengan anak for quality bonding time.. Malangnya, dia selalu buka youtube saja, dia tengok tv, anak terbiar. Masa ni biasanya i tengah urus rumah lipat baju etc.
Kepada yang belum kahwin tu, selidik lah betul2 pasangan anda. Zaman sekarang ni kata-kata dari seorang lelaki tak boleh dipercayai 100%. Macam i bukan tak selidik, cuma perkenalan singkat tu, yelah kawan famili dia semua sebut yang manis2 saja bulan bintang, tapi hakikatnya dirinya sebenar, isteri saja yang merasa. Apapun perkahwinan ini memang suatu perjudian, 50-50. Penuh kelemahan dan kekurangan serta kelebihan yang melengkapi.
Ini baru cerita sebelum kahwin pun dah banyak penat menaip, cerita selepas kahwin lebih rumit dan lagi banyak penipuan. Semua ini i rasa memang ujian terbesar untuk i. Selama ni i sangat hidup dalam zon selesa, ini kali i tersungkur dalam takdir yang i pilih sendiri. I rasa perkahwinan ini sangatlah suci cuma pengemudi nya saja yang mencemarkan.
To all men out there, if you start your marriage with lies just to get the girl you want, you’ll pay the consequences sooner or later, kalau dah kantoi, si isteri tak terima, janganlah kecam isteri, sebab in the first place, it was you who lied.
Yang bujang, jangan takut kahwin (dulu saya takut kahwin sebab banyak baca confession macam ini, i rasa dah sangat berhati-hati dalam memilih, tetapi jodoh i macam ni, i terpaksa terima, taktahu sampai bila.
Banyak benda berlaku selepas kahwin yang boleh memfasakhkan perkahwinan i, tapi entah ye, masih boleh tolerate kot, cuba nak redha sebab cik suami ada motivation to change, cuma very slowwwwww, i taktahu sampai bila i boleh sabar dengan apa dia buat pada i dari awal sampai sekarang,
tapi i kira dah cukup bersedia untuk i tinggalkan dia atau i ditinggalkan.
I mean about savings, rumah pun i dah ada, kerja i tetap, mungkin agak perit sikit pada mulanya kalau start hidup baru tanpanya tanggung hal anak, tapi i dah ushar untuk buat part time, just in case my finance belum stabil kalau we are divorced. Dan segala undang-undang tuntutan selepas bercerai pun i dah baca. Bila perkahwinan dah goyah baru nak baca. Huhu it helps.
Btw, macam mana uols yang gaji lebih tinggi double ni bahagikan gaji dengan suami secara harmoni? By percent? By amount?
To all women out there, know your rights well. Baru kita tak kena pijak-pijak oleh sang lelaki.
Penceraian ini merugikan terutama untuk si anak, tapi sesetengah penceraian adalah perlu jika perkahwinan pun tak bawa bahagia malah lebih menderitakan dan merugikan. Doakan perkahwinan saya berpanjangan.
Salam sayang dari satu wanita untuk wanita lain.
– Amanda (Bukan nama sebenar)
Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit