Depresi Dan Kemurungan

Assalamualaikum semua. Nama aku Fezzul (bukan nama sebenar) umur aku dalam 22 tahun. Aku nak cerita pengalaman aku apabila disahkan menghidap depresi dan kemurungan.

Okay aku ni boleh dikatakan budak cerdik juga la sebab UPSR dan PMR aku straight A. Cuma SPM aku je dpt 6A tapi aku tetap bersyukur. Then aku mohon la UPU untuk masuk universiti malangnya permohonan aku gagal. Aku cuba buat rayuan dan keputusan still sama aku gagal.

Aku kecewa dan sedih la jugak sebab kawan2 semua smbung belajar masuk universiti. Okay takpa la aku teruskan belajar dgn ambik STPM di sekolah dan Alhamdulilah aku berjaya grad dgn CGPA 3.6 Aku berasa gembira sngat time tu.

Nak jadikan cerita lepastu aku dapat tawaran masuk universiti awam yang top la jugak di Malaysia dalam kos pendidikan. Aku gembira sngat. Nak jadikan cerita sebulan aku stay di sana aku rasa stress sangat sebab aku pi kelas naik bas. Nak naik bas pula kena tunggu dan keadaan dalam bas tu sentiasa penuh dengan orang.

Aku pernah lewat kena marah dengan lecture sebab lambat datang kelas pada hari pertama sedangkan aku bukan tertidur ke sengaja datang lewat cuma bas tu dah penuh aku terpaksa tunggu bas lain datang pula la. Dan universiti aku ni pula besar first time datang nak daftar dulu pon aku sesat tak jumpa jalan.

Macam2 terjadi dekat aku dekat sana. Dalam sebulan tu jgak wifi universiti tak boleh nak connect dengan laptop aku. Aku stress. Terpaksa pergi Pusat Teknologi maklumat jalan kaki jauh la jugak sebab nak settlekan masalah ni.

2 kali aku pergi ulang alik jalan kaki penat tau sampai ja sana terus berpeluh. Aku bukan tak nak naik bus cuma aku tak tahu sama ada bus tu berhenti ke tidak kat pusat teknologi tu. Daripada sesat aku ambik keputusan jalan kaki.

Dan apa yang malang lagi roomate aku pula jenis buat hal sendiri je. Tak pernah nak ambil kisah pasal aku ni. Aku nak survive kat sini pon susah sebab aku tak ada kawan dan aku pula bukan jenis cepat bergaul dengan orang.

So memang susah la bagi aku nak survive kat universiti tambah pula dengan banyak esaimen dan grup wassap melibatkan universiti saja ada sampai 24 grup. Mesej chat sentiasa masuk sampai aku rasa lemas.

Semua ni buatkan aku stress overthinking dan sampai satu tahap aku tak boleh tidur malam. Otak aku tak berhenti berfikir dan aku serabut fikir banyak masalah sampai satu tahap aku keluar seorang pergi mall sebab nak release stress dan di situlah timbul satu idea nak bunuh diri. Time ni aku ada dekat mall tingkat atas dan aku dengar suara orang berbisik “best jugak kalau terjun ni”.

Start dari situ aku dah tak boleh nak kawal diri aku. Aku rasa otak aku ni dah lost sekejap. Tapi aku tak layan perasaan macam tu. Aku terus call parents kata depress rasa nak bunuh diri. Aku menangis dan aku cerita kat parents aku macam2 jadi dekat universiti sampai aku depress sangat.

Dan malam tu jugak aku ambik keputusan nak balik rumah. Sebab aku memang rasa ada yang pelik dengan diri aku. Aku tak macam aku yang selalu. Aku pon tak tahu macam mana aku boleh depress sampai tahap macam tu sekali. Aku bersyukur sebab akhirnya sampai juga rumah walaupon time tu otak aku dah tak betul. Aku menangis teruk dan give up dengan life kat sana.

Aku beritahu parents nak berhenti belajar. Lepas je berhenti belajar aku kemurungan pula. Aku tak dak selera nak makan. Otak aku 24 jam fikir nak mati. Aku kecewa dengan diri sendiri sebab tak boleh nak survive kat universiti sedangkan antara goals aku adalah nak masuk universiti. Aku selalu rasa nak cederakan diri aku. Aku meroyan teruk. Dan aku tak boleh nak tidur malam.

Otak ni kalau tak dapat rest atau tidur secukupnya memang tak boleh nak fikir dengan waras. Dan smpai 3 hari aku tak mandi. Rasa betul2 hopeless. Dan 3 bulan tu juga aku tak keluar rumah sebab takut dengan orang sekeliling. Dunia aku jadi gelap.

Dan parents aku tengok keadaan aku makin teruk parents bawa pi rawatan islam. (Time ni aku dengan parents tak tahu lagi yang aku kena penyakit depression). Merata pi berubat sampai ada ustaz seorang ni kata aku ada saka. Tapi aku rasa aku tak ada gangguan makhluk halus pon sebenarnya. Sampai la satu hari ada orang suggest dekat parents aku suruh bawa pergi hospital pakar psikatrik.

First time jumpa doktor aku rasa takut sangat. Aku tak boleh nak pandang dan bercakap dengan doktor sebab otak aku 24 jam overthinking. Aku just tunduk ketakutan dan aku menangis non stop. Keadaan aku time tu sangat la lemah dan penat sebab otak non stop berfikir je. Dan aku juga susah nak fokus dan mudah lupa. Aku juga mengalami lupa ingatan sementara.

Doktor tu kata kat parents aku bawa balik dulu nanti jumpa lagi. And doktor tu bagi aku ubat banyak gila nak kena makan. Aku balik dan hari2 aku makan ubat. Alhamdulilah aku dah boleh tidur malam dan aku boleh kawal emosi aku.

2 bulan selepas tu aku semakin baik dan sembuh. Aku jumpa doktor tu lagi dan time tu baru ada keyakinan nak bercakap dengan doktor. Dan doktor sahkan aku menghidap depresi dan kemurungan. Doktor kata antara salah satu punca dia adalah kurang tidur. Doktor selalu ingatkan aku supaya tidur kena cukup.

Dan sekarang aku masih lagi menerima rawatan 3 bulan sekali. Kadang2 aku rasa sedih hidup tengok kawan2 berjaya dan pergi belajar sedangkan aku sekarang menganggur ja. Aku sempat kerja sebagai cikgu ganti selama 2 bulan selepas saja aku sembuh dari penyakit ni tapi dah habis tempoh kontrak. Parents aku ada juga suruh apply kerja tapi aku tak berminat nak kerja benda yang aku tak suka.

Buat masa sekarang aku masih lagi menunggu panggilan kerja sebagai guru ganti sebab hati aku ni tak terbuka nak kerja benda lain. Aku semakin baik cuma aku kadang2 ada juga la rasa murung tu. Aku dah tak happy macam dulu lagi. Aku tetap bersyukur walaupon aku rasa ujian aku ni berat sangat tapi aku masih bernyawa lagi. Allah tetap bagi aku hidup lagi.

Semua yang berlaku pasti ada hikmahnya. Tapi kadang2 aku fikir juga kenapa Allah bagi aku ujian macam ni penyakit yang luar nampak normal tapi dalam tu merana sangat.

Aku tak tahu nak cerita penyakit aku dekat orang sebab kalau aku cerita pon mereka tak akan faham. Mesti mereka akan judge aku yang aku ni lemah iman sedangkan aku dulu dekat universiti subuh dekat surau. Solat lima waktu.

Apa pon doakan aku dipermudahkan urusan nak sambung belajar balik dalam bulan 9 tahun ni. Cuma sekarang aku buntu nak buat apa kat rumah lama². Bosan teruk dengan takda kawan. Itu saja cerita aku. Terima kasih.

– Fezzul  (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc. com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *