Hai semua. Aku Mimi bekerja di salah sebuah negeri timur Malaysia. Okay now aku nak berkongsi cerita dengan korang pasal aku kena gangguan seksual di tempat kerja dengan perspektif dari keluarga aku. Secara spesifiknya mama aku.
Aku baru dapat kerja dengan gomen tahun lepas. Alhamdullilah, setelah penantian selama setahun dari gomen akhirnya membuahkan hasil. Tapi sebagai kerani je lah bukan pegawai pun. Tapi aku okay je syukur.
Bila aku masuk je sektor awam ni, aku rasa bersemngat. Takde langsung plan nak kerja main-main ke apa sebab aku sangat menghargai peluang nak mendapatkan kerja. Jadi bila awal masuk ni aku tak tahu lah aku ni b0doh ke naif ke apa. Tapi sampai sekarang aku asyik salahkan diri aku yang aku ni b0doh.
Bila awal masuk, bersemangat, jadi aku ni clueless. Tak tahu siapa yang boleh percaya siapa yang tak boleh percaya. Jadi, bila aku diletakkan di bawah jagaan orang tua ni (ketua kerani) aku jenis yang mengikut je.
Kat sini lah aku cakap aku bodoh. Sebab patutnya aku boleh nampak apa yang akan terjadi tapi aku pun tak tahu. Mungkin sebab aku terlalu positif sangat, berprasangka baik sangat sampai aku jadi bodoh. Kemuncaknya, aku ikut si tua ni punya arahan. Dia suruh aku join macam aktiviti sosial pada hari ahad. Aku ni tanpa syak wasangka join lah.
Sebelum tu, kitaorang berduaan dalam kereta dia. Dia ada cakap dengan aku yang dia nak aku terima dia dalam hidup aku bla bla bla. Aku just iyakan sebab aku pun tak faham sebagai apa tapi aku anggap je la sebagai bapak since dia pun nak pencen tahun depan dan itu pun perspektif aku.
Masa aku nak balik tu, aku perasan dia ada sentuh aku sana sini bahagian badan aku tapi bahagian macam lengan, bahu. Sekali lagi aku bodoh, aku anggap dia macam bapak aku dan aku fikir dia anggap aku anak dia je kot.
Kemucak insiden ni, bila dia suruh aku stayback konon ada tugasan. Sekali lagi, aku patuh. Ni aku rasa paling bodoh. Aku nak balik dengan grab tapj dia konon macam risau dengan keselamatan aku. Since aku pun masa tu bodoh dan dia pun menggesa untuk hantar aku, aku just ikut.
Masa aku dalam kereta dia, dia sentuh tangan aku dan bagi RM550 untuk aku and dia cakap duit tu hadiah untuk aku buat facial treatment. Aku tergamam. Lepastu dia cakap, kalau dia bagi aku duit untuk buat umrah ke apa pun ambik je jangan banyak soal. Tu salah satu sebab kenapa aku macam kejap fikir dia anggap aku sebagai anak dia dan sekejap sebagai bukan sebagai anak.
Tetiba, masa nak sampai rumah aku, dia cakap kat aku, dia nak aku sentuh tangan dia sebagai tanda aku terima dia dalam hidup aku. Masa tu aku punya sel otak tetiba bersambung.
Aku tak ingat apa yang aku cakap kat dia secara jelas tapi yang aku ingat aku naikkan suara kat dia. Lepas tu aku blah dari kereta dia macam tu je. Hati aku sedih sangat weh. Sebab aku rasa kenapa aku bodoh sangat even sampai sekarang aku salahkan diri aku.
Keesokannya dia minta maaf, dan bila aku pulangkan duit dia, dia campak kat aku kemudian aku tunggu tengah hari sikit aku letakkan duit tu kat atas meja dia jugak. Aku tak tahan dengan si tua tu sebab dia asyik cari kesempatan untuk berduaan since incident tu.
Pada masa yang sama aku tak nak orang tahu. Aku geram aku bagi tahu abang aku yang kerja tempat yang sama jugak dengan aku tapi lain department. Kemudian abang aku bagitahu boss dia ended up aku yang dipindahkan.
So, bila aku dipindahkan, aku tahu aku sepatutnya refer perkara ni kat integrity department. I keep putting the blame on myself. I keep saying that I’m such an idiot. I should have known, that I was not supposed to let my family members be involved on this issue.
Since, aku pun terus ada trust issue dengan orang sekeliling, aku bagitahu abang aku instead of boss tempat kerja aku tu. Seriously, trust issue tu sampai boss tempat aku kerja tu aku ada masalah kepercayaan even dia baik hati gila. Tu kesilapan aku lagi. Bila aku ditukarkan, aku pergi integrity department, aku cakap aku nak mintak nasihat bla bla bla.
Korang yang kerja gomen tahu kan, integrity department ni macam adik beradik kepada HR. Dorang boleh tau je semuanya. So, aku bagitahu je lah yang abang aku dalam HR and dia yang ambik report aku bagai.
Bila aku bagitahu perkara ni, mama aku marah gila. Dia cakap aku cuba tabur pasir dalam periuk rezeki abang aku. Sampai sekarang aku menangis masa tulis ni. Sanggup mak aku cakap macam tu kat aku.
Kalau aku tak bagitahu, integrity akan tahu jugak and kat situ ketelusan aku dalam menyampaikan maklumat yang ada ketirisan that is why aku terus terang dan cerita dari A sampai Z. Cuma bila mak aku tuduh aku macam tu, dan tak faham situasi aku dan yang aku nampak dia risaukan abang aku lebih dari keadaan aku.
Korang tahu tak, ni dah kali keberapa aku kena gangguan seksual dan ini kali pertama aku bagitahu family aku. Tapi bila aku nampak perkara macam ni yang terjadi trust issue aku terhadap family aku makin nipis.
So sekarang ni, mental health aku macam on off. Aku just tahu, aku yang b0doh. Aku patut nampak, aku jangan jadi jahil sangat nak berprasangka baik sangat. So, aku tak jadi nak laporkan kat integrity sebab tersepit dengan keluarga aku. Biarlah maruah aku ni dipijak asalkan itu yang mak aku gembira.
So, kepada adik-adik yang membaca, jangan jadi macam akak yang b0doh ni konon nak berprasangka baik sangat sampai maruah dipijak.
– Si B0doh (Bukan nama sebenar)
Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit