Perlukah Terima Tetamu Yang Membuatkan Kita Trigger?

Hai assalamualaikum semua. Terima kasih admin sebab publishkan tulisan ini.

Tujuan saya menulis confession ni adalah kerana saya betul2 dalam keadaan buntu dan memerlukan jalan keluar bagi masalah yang saya hadapi.

Ceritanya bermula waktu saya bekerja di salah sebuah sekolah swasta di utara. Sewaktu saya menjejakkan kaki di sekolah tersebut, saya dilayan cukup baik. Tapi hanya sehari. Keesokannya, waktu hari pendaftaran saya usaha menunjukkan prestasi kerja dengan baik. Tiba2 saya terdengar mereka menyindir saya tunjuk hebat walhal langsung tidak terdetik di hati nak tunjuk hebat.

Hari berikutnya keadaan seperti biasa. Sebagai pekerja baru dan first time bekerja sebagai guru, sudah tentu banyak perkara yang saya perlu pelajari dan sudah tentu banyak kekurangan dan kelemahan dari banyak segi.

Satu hari tu, waktu saya mengajar, saya perasan seorang ustazah sembunyi2 merakam saya mengajar. Saya kurang pasti dia hendak tunjukkan kepada siapa. Jika guru besar yang arahkan mustahil kerana guru besar sangat professional dan mustahil dia akan menyuruh pekerja yang suka menghinanya membantu dia dalam pemantauan guru baru.

Oh ya, untuk pengetahuan ustazah yang merakam saya ketika waktu pengajaran itu adalah dia seorang guru yang sangat berani memberontak dan mengcomplain pihak atasan dengan cara sungguh tidak beradab sehingga menghina orang atasan.

Setelah itu, Bermacam2 lagi keadaan yang membuatkan saya semakin down dan merasa trigger. Mereka sebenarnya begerak dalam kumpulan. Mereka akan attack guru yang tidak sehaluan dengan mereka secara mental. Mereka akan berusaha mencari di mana silap kita dan di mana kekurangan kita hingga sanggup berpura2 masuk ke kelas di waktu kita mengajar sedangkan waktu itu mereka juga ada kelas.

Dua kali mereka kerjakan saya. Pertama saya di rakam. Keduanya dua orang guru ini berpura2 bercerita hal penting di belakang kelas walhal gaya mereka sangat ketara ingin mengintip cara saya mengajar.

Kebetulan ketika itu saya terlupa membawa pen marker dan ia memerlukan saya berpatah semula ke kelas di bawah jagaan saya untuk mengambil pen marker. Setelah itu saya kembali ke kelas tempat saya mengajar dan saya lihat mereka suda mengambil alih saya mengajar sedangkan itu adalah subjek saya yang ditugaskan untuk saya mengajar.

Tetapi mereka tiba2 mengambil alih mengajar murid tanpa meminta izin. Saya rasa sungguh terhina. Seolah2 mereka sahaja yang paling bagus dalam mengajar. Jika hendak menegur dan mengajar pasti ada cara lain. Bukan dengan cara seperti itu.

Bukan itu sahaja, saya jenis lurus bendul. Sangat jarang saya jumpa org yang baik dengan saya. Ustazah yang sama yang merakam saya dulu datang kepada saya bertanyakan “tidak mahu cari kerja lain ka?” saya kata buat masa sekarang belum lagi. Lagi pun saya berada dalam kontrak mengajar di situ. Tetapi dia seperti memujuk saya untuk cari kerja lain..

Waktu itu saya merasakan baiknya dia. Sangat caring. Tiba2 keesokannya dia datang lagi bertanyakan hal yang sama. Katanya jika saya mahu dia bole bantu. Setelah dia memujuk saya dengan penuh islamik akhirnya saya setuju hendak cari kerja lain. Maka bermula lah episod mencari kerja lain dengan mengisi borang interim.

Setelah lulus saya dipanggil untuk temuduga bertulis namun tempat temuduga itu sangat jauh. Ia memerlukan duit untuk saya ke sana dan sudah tentu harga tiketnya mahal. Maka saya membatalkan niat saya untuk mencari kerja lain. Tetapi dia keras memujuk saya untuk mencari kerja lain.

Waktu itu dia sanggup pinjamkan saya duit untuk balik ke tempat asal saya untuk mengikut temuduga tersebut. Tetapi saya tolak. Saya kata tidak mahu takut tak mampu nak bayar balik. Tetapi dia tetap memujuk dengan penuh islamik. Katanya jika tak mampu bayar, bayar perlahan2. RM10 sebulan pun tak apa katanya.

Waktu itu saya hairan kerana pertama kali orang memujuk saya untuk berhutang. Sudah pun saya tolak berkali2 tetapi tetap dia memujuk hingga saya mahu. Dipendekkan cerita, saya membatalkan niat untuk mencari kerja lain. Waktu itu dia sangat marah dan menghina saya seorang yang mundur. Otak kolot katanya.

Dan waktu itu dia menagih hutang dengan cara mengajak hampir ke semua guru menyindir saya di dalam perpustakaan. Waktu itu dia mesej saya. Katanya ada perjumpaan. Bila saya turun, dan tunggu. Langsung tiada perjumpaan. Apa yang saya lihat mereka tiba2 duduk dalam bulatan dan berpura2 me mulakan cerita kosong.

Saya hanya duduk di depan komputer menunggu di panggil. Apa yang terjadi adalah mereka tidak memanggil saya malah mereka beramai2 menyindir saya kerana tak bayar hutang walhal atas perjanjian bersama, dia bersetuju untuk saya bayar perlahan2.

Waktu itu saya merasa sangat tertipu dan sangat diaibkan. Seolah2 saya yang bersalah sepenuhnya soal itu. Dengan penuh rasa down saya balik sendiri ke rumah sewa. Tiba ya di rumah sewa saya menangis semahunya di dalam bilik.

Kemudian begitulah hari2 seterusnya. Hari saya penuh dengan sindiran oleh mereka tetapi saya berpura2 tidak terkesan sedangkan Tuhan saja yang tahu perasaan saya setiap hari. Saya rasa sungguh tertekan hari ke hari tetapi atas nasihat ibu, saya tetap bertahan untuk bekerja. Namun, apabila mereka dapat tahu saya hendak berkahwin, mereka berubah secara drastik.

Layanan mereka kepada saya sungguh baik. Saya hairan dan sangat hairan. Rupanya mereka takut tidak dijemput. Setelah hari pernikahan telah pun selesai. Mereka tiba2 berubah secara drastik kembali. Mereka kembali ke perangai asal iaitu raja bawang. Mereka kembali menyindir saya.

Saya rasa sangat kecewa dan sedih kerana mereka baik bersebab. Maka keadaan saya kembali seperti biasa. Sentiasa dalam keadaan murung. Disebabkan keadaan telah berubah Selepas kawin, saya terpaksa berhenti kerja mengikut suami.

Waktu itu, beberapa orang guru dipecat oleh guru besar kerana banyak mendatangkan masalah dan suka menghasut sesama guru sehingga sistem sekolah terganggu. Guru yang dipecat mengamuk dan menyaman sekolah tersebut. Setelah itu saya tidak ambil tahu lagi mengenai mereka kerana saya cukup tertekan disebabkan mereka.

Banyak lagi yang mereka lakukan kepada saya secara mental tetapi perit untuk saya mengingatinya. Peristiwa itu membuatkan saya trigger setiap hari. Mereka juga suka menyindir saya di Facebook ataupun di whatsApp.

Jika saya tidak membalas, mereka akan provoke sehingga saya membalas dan ya. Saya terprovoke dan mengikut mereka menyindir. Mereka berkumpulan menyindir saya. Entah apa yang mereka tidak puas hati.

Oh ya, hutang saya dengan guru tersebut sudah saya lunasi Selepas kawin dan saya berazam tidak mahu lagi ada kaitan dengan mereka. Cukup lah mereka sebagai sejarah dan pengajaran buat saya.

Masalahnya sekarang, setelah mereka menyindir teruk dan setelah berbulan lamanya tidak berhubung. Tiba2 seorang semi seorang mesej saya bertanyakan kabar. Mengucapkan tahniah kerana mereka dapat tahu saya pregnant. Waktu itu saya kembali trigger. Mengingati kembali apa yang telah mereka lakukan. Katanya mereka hendak melawat saya selepas bersalin.

Masalahnya saya tidak mahu ada apa2 kaitan lagi dengan mereka kerana setiap kali saya teringat mereka, saya akan merasa trigger dan saya tertekan. Saya suda maafkan tetapi saya tidak mahu berjumpa dengan mereka. Mereka tiba2 berubah baik dengan saya. Sama seperti waktu mereka tahu saya hendak berkahwin.

Kadang2 rasa pelik, mereka tidak suka saya dan suka mengata buruk tentang saya. Tetapi bila mereka dapat tahu. Sesuatu tentang saya, mereka hendak melibatkan diri. Apa sebenarnya yang mereka mahu. Saya cukup tertekan. Maka sebab itu saya tulis confession ini untuk meminta pendapat apa yang perlu saya lakukan. Saya tidak tahu harus buat apa.

Jika saya tidak terima mereka sebagai tetamu, saya takut jika saya memutuskan silaturrahim saya berdosa. Tetapi jika saya terima, saya takut dan trauma dengan gaya mereka yang sangat suka menyindir, merendahkan dan mencari kekurangan saya. Saya tidak mahu berjumpa selamanya jika diikutkan apa yang ada di dalam hati.

Tolong saya para pembaca. Saya Sangat2 buntu. Perlukah saya terima tetamu yang membuatkan kita trigger????

Terima kasih semua.

– Diana (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *